Sabtu, 17 Julai 2010

takbir!!!pandanghlah..lihatlah..fikirkanlah...

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

Renungan bersama...

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Hasil Yang Lumayan..


Ikan-ikan ini semua adalah hasil dari anak muda yang meluangkan masa mereka diPULAU TERMORAK..Kepada yang berminat untuk menjadi kaki pancing pendek kata tidak rugi MASA ANDA DI BATANG PANCING..

Isnin, 12 Julai 2010

THE MAKING OF LEKIRMAI.BLOGSPOT.COM

LEKIRMAI.blogspot.com kini sedang dalam pembinaan, yang mana para 'contributors'nya masih baru dalam dunia blogger. Blog-blog rakan dan berbagai pihak dijadikan rujukan, kami amat hargai para blogger yang sedia ada dalam merencanakan pandangan mereka.


InsyaAllah, kami berusaha untuk melakukan yang terbaik, pastinya bukan kerana kepentingan mahupun mencari nama, justeru keikhlasan berbicara kami tanamkan dalam penulisan yang bakal kami paparkan.


Dorongan sahabat 'partime blogger' dari warga blogger Otai Manjung, menyemarakkan lagi semangat kami mewujudkan blog ini.