- KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK ANAK DAN PENYELESAIANNYA
- 1. Kurang berdoa dalam mendidik anak anak .
- Doa ibubapa terhadap anak anak sangat makbul
- Bangun malam untuk mendoakan anak anak
- 2. Memperkecilkan kebolehan anak anak. Pupuklah kebolehan anak anak walaupun kecil sebagai mendidik emosi anak anak supaya ada keyakinan diri.
- 3. Lebih banyak memberikan belaian yang negatif daripada belaian positif.
- Kata pujian sebagai vitamin untuk membunuh sifat negatif seseorang
- 4. Kurang pandai menjadi kawan kepada anak anak.
- Berbual lah dengan anak anak supaya kita dapat memahami jiwa anak anak dan anak anak pula akan merasakan kita bersama dengan mereka
- 5. Kurang memberikan sentuhan kepada anak anak.
- Sentuhan emosi
- Sentuhan fizikal
- Sentuhan suara
- Sentuhan penglihatan
- 6. Menegur secara negatif.
- Walaupun anak anak melakukan kesalahan hendaklah menegur dengan menyebut dahulu sifat yang baik yang ada pada anak.
- 7. Membenarkan orang yang tidak baik sahsiahnya berkawan dengan anak anak.
- Tidak boleh menghalang anak anak berkawan tetapi ibubapa mesti kenal siapa kawan anak anak.
- 8. Kurang mengasuh anak anak membuat kerja rumah.
- Melatih buat kerja seperti menolong ibu bapa mengemas rumah untuk melatih hidup berdikari dan rasa bertanggungjawab.
- 9. Kurang mendedahkan kepada anak anak erti kesusahan.
- Melawat kampung orang orang miskin
- 10. Pilih kasih kepada anak anak.
- Berikan kasih sayang kepada anak anak tidak melebihkan yang bijak dan cantik sahaja. Yang tidak pandai tidak di berikan kasih sayang
- 11. Tidak meraikan anak ketika ke sekolah dan balik dari sekolah.
- Menghantar anak anak ketika hendak ke sekolah hingga ke pintu rumah
- 12. Tidak banyak masa bersama anak anak dan kurang sentuhan kepada emosi anak anak.
- Luangkan masa bersama anak anak walaupun pendek tetapi maksimumkan.
- 13. Tidak melihat di dalam diri anak anak ada emas – potensi diri anak anak, akademik atau kemahiran.
- Anak anak ibarat sebiji bawang.
- 14. Terlalu memanjakan anak anak.
- Kemewahan yang berlebihan akan menjadikan anak anak sukar untuk di didik berdikari.
- 15. Mungkir janji kepada anak anak.
- Anak anak akan hilang kepercayaan secara tersembunyi kepada ibubapa yang mungkir janji.
- 16. Kurang menunjukkan minat kepada aktiviti anak anak.
- Tunjukkan minat ingin tahu kepada aktiviti anak anak supaya tidak terjebak aktiviti yang tidak sihat.
- 17. Kurang memberikan perhatian kepada pertanyaan atau kemusykilan anak anak.
- Tunjukkan minat dan kesungguhan untuk mendengar masalah anak anak supaya anak anak tidak memendam perasaan segala masalah yang di hadapi
- 18. Menggunakan kaedah mengancam atau mengugut anak anak untuk mendapatkan perhatian atau tindakan.
- Gunakan pendekatan yang hikmah untuk mendapatkan perhatian anak anak.
- 19. Mempunyai tanggapan yang negatif terhadap anak anak.
- Tanggapan negatif terhadap anak anak akan mewujudkan jurang perhubungan emosi antara anak dan ibubapa.
- 20. Kurang berbincang dan kurang memberi layanan kepada pandangan dan pendapat anak anak.
- Menerima pandangan anak anak akan melatih anak anak berfikir dan melatih mempunyai sifat kepimpinan
- Petikan Kata kata “ Sesungguhnya kita tahu Islam sebagai suatu cara hidup, tetapi kita masih terus mengadakan majlis penuh kemungkaran, Arak diteguk, isteri orang dipeluk”. Jika demikian keadaan , hairankan kita jika anak anak kita menagih dadah? Hairankah kita menularnya penyelewangan dan rasuah? Hariankah kita, negara kita kaya tetapi kita lemah? Jawapannya mudah , “ Kita Lupa Pada Allah ”.
Selasa, 2 November 2010
Cara masing-masing mendidik anak2
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
>
Tiada ulasan:
Catat Ulasan