Sabtu, 6 November 2010

Petua Daripada Nenek : Menjaga Hati Suami



Hubby ada bagi artikel ni. Dear Hubby ambik dari http://www.idealis-mahasiswa.net/artikel-harian/nov2006/26nov01.html. Jom kita tengok dan kaji-kaji.....

1. Selalu berdoa agar suami sentiasa menyayangi dan mengasihi kita. Bila suami pulang dari kerja, tegur dan sentuh suami sebelum membuat kerja-kerja lain.

2. Luangkan masa yang betul-betul 'berkualiti' dan sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari kepada suami.

3. Cepat-cepat pujuk bila suami marah atau berkecil hati. Minta bantuan suami hanya iika sesuai. Sesuai pada masa, tempat dan jenis profesyennya. (Suami pun kena cepat2 jugak pujuk isteri bila isteri marah & kecik hati)

4. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai oleh suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau untuk memujuk.

5. Beri pujian terhadap penampilan suami (rambut, wajah, pakaian kacak, kesederhanaan dan seumpamanya). (Handsomenya abang hari ni..hehehe...)

6. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan suami sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai). Belajar dan berlatihlah untuk mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat. Jangan tergesa-gesa untuk menyelesai masalah suami. Apa yang lebih penting ialah memberi perhatian dan simpati.

7. Bila ingin memesan barang untuk dibeli oleh suami, senaraikannya di atas kertas. Jangan buat suami terpaksa pergi ke kedai 2 atau 3 kali. (kadang-kadang ada jugak terlupa barang yang nak dibeli w/pun dah buat list.sorrylah abang ya....)

8. Bila suami memberitahu yang dia akan pulang lewat, ucapkan terima kasih kerana memberitahu. (Lebih baik beritahu dari tidak beritahu langsung)

9. Bila suami meminta bantuan, buatlah dengan serta-merta dengan ikhlas dan gembira dengan tidak mengungkit atau banyak komen. (suami pun kena camtu jugak)

10. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik pada suami sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Jika kita marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk beritahu suami apa yang mengganggu fikiran secara sopan. Jangan sesekali salahkan suami.

11. Elakkan suami dari menunggu terlalu lama terutama bila bersiap.

12. Bila suami bercakap, beri perhatian sepenuhnya, hentikan apa jua pekerjaan yang sedang dilakukan (jika boleh).

13. Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

14. Peluk suami dengan penuh kasih sayang sebanyak 7 kali sehari.

15. Telefon suami di tempat kerja hanya apabila ada perkara penting/kecemasan sahaja. Telefonlah dengan lebih kerap apabila suami menggalakkannya.

16. Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala, tanya bila dia akan pulang. Fahamilah, dia perlu bersendirian untuk berfikir.

17. Jangan ganggu suami ketika dia sedang asyik melakukan sesuatu yang memerlukan penelitian.

18. Jika suami marah, jangan sekali-kali meniawab, hanya tunduk dan diam (walau pun kita tidak bersalah). Terangkan keadaan yang sebenar selepas dia sejuk.

19. Bila meminta bantuan suami, terangkan pada suami dengan jelas mengenai kerja rumah yang perlu bantuan. Beri pilihan kerja yang disukainya. Jangan menyuruh-nyuruh dan gunakan perkataan yang sesuai serta lemah lembut.

20. Pesan kepada suami untuk menelefon rumah apabila 'out station'. Jangan marahi dia jika dia tidak berbuat demikian cuma terangkan akan kerisauan kita apabila tidak mendapat berita.

21. Sentiasalah kemas, anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

22. Sokong pendapat suami kalau pendapatnya berbeza dengan orang lain.

23. Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa implikasi seksual.

24. Bila keluar berkereta, jangan ganggu suami yang sedang memandu (walau pun ada jalan yang lebih dekat atau kita sendiri boleh memandu dengan baik). (apa salahnya beri pendapat...)

25. Jangan menunjuk-nunjuk yang kita tahu jalan selagi tidak dipinta berbuat demikian. Jangan berleter bila suami tersalah jalan semasa memandu. Bersangka baik apabila tersesat jalan. (kalau kita tahu, apa salahnya kita tunjukkan jalan.takkan nak biar sesat plak....)

26. Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

27. Jangan tukar-tukar saluran televisyen bila menonton bersama suami. (suami pun janganlah tukar-tukar bila isteri tengah khusyuk tengok tv)

28. Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendak suami di ketika itu. Segala bantahan boleh dilakukan semasa berdua-duaan.

29. Bila berpegangan tangan, peganglah sebagaimana yang disukai suami.

30. Buatlah air minuman untuk suami tanpa diminta dan tanpa bertanya "Abang nak minum air apa?" atau " Abang nak minum ke?" (apa salahnya tanya suami. blehlah tau dia nak minum air apa petang ni. nescafe O/ milo tarik/milo O/teh O dll)

31. Bila makan di luar, berilah peluang pada suami untuk memilih tempat atau meja mana yang disukai. Tanyakan pada suami bagaimana kita perlu berkelakuan di khalayak ramai ketika di sisinya.

32. Sentiasa bersegera apabila bersiap dan jangan tiba-tiba ingin menukar baju yang dipakai.

33. Hantar kad ucap selamat pada hari-hari istimewa.

34. Belikan hadiah-hadiah praktikal dari masa ke masa contohnya tali pinggang, kasut, cermin mata hitam dan seumpamanya.

35. Urut suami dari masa ke masa

36. Jika suami melakukan kesalahan/kesilapan, jangan sesekali menempelak atau 'pulangkan paku buah keras'.

37. Sentiasa lebihkan suami daripada anak-anak (jika sesuai).

38. Beri layanan istimewa pada suami di hari-hari istimewa. Pergi 'dating' atau 'berbulan madu' sekali sekala.Layanlah suami sepertimana kita melayannya semasa baru-baru kenal dahulu. (suami pun kena layan isteri seperti masa mula-mula kenal@ bercinta dulu...)

sumber : http://aiman-aleya.blogspot.com/2008/07/tips-menjaga-dan-mengambil-hati-suami.html