Jumaat, 12 November 2010

Sayang Mereka tidak bertepi...


Entah sejak akhir-akhir ini Miza selalu teringat pada walid dan umi, setiap kali usai solat dan tiapkali berdoa mesti salju panas akan membasahi pipi.seringkali Miza teringat akan kasih walid dan Umi yang tak bertepi, pengorbanan yang tiada penghujung …

Doa Miza pada suatu hari

“ Ya Allah Ya Rahman… Ampunilah hamba atas segala dosa yang hamba lakukan samada sedar mahupun tidak sedar… ya Allah ampunilah dosa kedua2 dosa walid dan umi hamba ya Allah… hamba sering buat mereka resah dan gelisah tentang hamba, ya Allah berikanlah kesenangan pada walid dan umi, berikanlah mereka cintamu dihati mereka ya Allah…”

Doa miza di suatu malam yang sunyi… Malam itu Miza tak dapat tidur kerna sering teringat pada keluarga kesayangan… baru minggu lepas Miza membantu Umi dan kadangkala walid… bayangan kesibukan mereka bagai tiada noktahnya, mana tidaknya pagi-pagi walid bangun awal untuk mengambil surat khabarnya, manakala umi sibuk dengan aktiviti menjual nasi lemaknya… Kesian umi dan walid hingga saat ini Miza terasa sering membebankan kalian, andai bukan kehendak Miza nak sambung belajar ibu tidak akan terus membanting tulang sebegitu…

“… Sha, bila nak langsungnya… ” Tanya Miza pada sepupunya kerana setahunya telah setahun dengan ikatan pertunangannya.

“eh! Kita pulak , awak tu bila lagi … bukan ke awak lagi tua pada saya… ” balas Sha sepupu Miza menjawab soalan yang tidak berapa tepat balasannya.

“ Betul la Sha, bila nya tak payah la kira Miza ni, kan orang nak sambung master pulak… hehe” Balas Miza walau dalam hati tuhan sahaja yang tahu jawapan yang bagaimana harus diuraikan.

“Ya Allah Miza, tak kesian ke kat walid ngan umi awak tu… tak nak keje dulu ke atau kawin dulu ke, untung2 dapat cowok kayak lagi…” balas Sha dengan loghat Indonesia, mungkin juga pengaruh dari cerita kegemarannya Liontin

Miza Cuma tersenyum, tidak tau apa lagi harus diucapkan bagi menyedapkan kalam terbaik untuk insan karibnya yang satu ini, persoalan tentang kahwin bukan soalan pertama yang diterima, malah kuping telinganya sudah lali dengan terjahan soalan yang memerlukan dia menjawab dengan ukuran iman, juga untuk kekuatan hatinya kelak , tak lupa untuk menjaga hati si penyoal…. Lumrah kehidupan , andailah Miza tahu tentang aturan al-Khaliq siapakah pasangan yang akan di gandingkan menjadi pasangan hidupnya akan dia kejar pasangan itu, namun ia rahsia ilahi tidak diketahui oleh sesiapa sahaja… Usahanya dengan doa dan tawakkal tanpa putus asa…

Teringat 3 minggu lepas Miza diuji dengan kesihatan batuk, selsema dan diakhiri dengan demam. Saat diuji dengan sakit itu tiba-tiba Miza teringat akan KeMATIan..

“Andailah diriku tidak sempat membalas jasa dua orang tua hamba ya Allah, berilah mereka bahagia dan sentiasa dalam keberkatan ..”salju hangat mula membasahi pipi Miza.. dibiarkan kehangatan itu meratahi wajahnya yang semakin lesu hari demi hari… Saat diuji itu, Allah telah anugerahkan padanya kekuatan untuk diri yang lesu, dalam lemah longlainya bagaikan ada jalur semangat mngutuhkan dirinya… Lahaula wala quwwata illa billahil aliyyil azim…

Simpuh beliau pagi itu bagaikan ibadah yang terakhirnya… solat dan tangis silih berganti… itulah teman akrabnya kala ini,

“… Ya Allah hamba sering melakukan dosa padamu, sering lalai dari mengingatimu, kau kuatkanlah diri hamba dan hati hamba ini dengan siraman iman yang mendamaikan…

Ya Allah berilah hamba cintamu , hamba ingin merasai kemanisan cinta sepertimana insane-insan yang sudah menjadi kekasihMu ya Rabb…

Ya Muhaimin limpahi diri hamba dengan cintaMu sebelum merasai cinta makhlukmu…

Ya wahab.. ya razzaq berilah hamba dan keluarga rezqi yang diberkati olehMu untuk lebih merasai dekat dan syukur padaMu…

Ya Rahman kasihanilah dua ibu dan bapa hamba yang sentiasa mengasihi hamba tanpa mengenal jerih dan payah memberi bahagia untuk hamba dan adik-adik hamba… andai hamba hitung tak terhitung jasa mereka … namun engkau telah anugerahkan pada mereka kekayaan pada hati mereka sehingga tiada garis duka meskipun dalam fasa kesulitan…. Ya Allah~~ ” Telekung pemberian ummi hadiah exam final semester lepas habis dibasahi salju hangat …

Minggu kedua dalam fasa demam , batuk Miza semakin menjadi-jadi sehingga kadangkala menyesak rongga penafasan… menjadikan perubahan pada suaranya kejap tenggelam dan kejap timbul..

ya Allah ampunilah hamba, andai inilah kafarah dosa untuk hamba … hamba redha ya Allah…

Namun ikhtiarnya tanpa putus bertemankan air asam jawa dan ubat batuk bersekali dengan ubat selsema… selebihnya doa atas penyembuhan itu, pada walid dan umi tidak sesekali diberitahu tentang sakit beliau, Cuma andai walid telefon tekaan walid sering menyatakan Miza baru bangun tidor sahaja, Miza tak mahu menyusahkan walid dan ummi kerana ummi dan walid setiap hari sentiasa penat… cukuplah Miza harunginya dengan doa dan pengharapan dari Allah…

Alhamdulillah , syukur pada Allah yang Miza sudah sembuh walau tidak seratus peratus… andai ungkapan yang lebih hebat dari ucapan syukur iaitu kalimah alhamduulillah akan Miza sebutkan ya Allah, Alhamdulillah Miza dapat harunginya… terbayang kembali wajah redup dua orang tua Miza, walid dan ummi.. Miza akan terus dengan cita-cita untuk bahagiakan kalian berdua dengan izin dari Allah.

Petang yang tenang itu memberi ketenangan pada sesiapa yang mengagumi kebesaran ilahi… Subhanallah!! Gema bacaan itu bergegar dicuping telinganya sahaja.. Pohon melambai-lambai mengikut rentak tari yang ditentukan ilahi, rumput dibelakang hostel sudah meninggi juga mengikut tari angin sepoi-sepoi bahasa ciptaan ilahi …

Ingatan Miza kembali pada kembali menerawang kepada kalam ustaz muda dua hari lepas

“ … andai kamu masih mempunyai orang tua , sayangilah mereka, dan hargailah mereka kerana bila mereka telah tiada, kita akan rasa masih banyak kita perlu lakukan untuk mereka, justeru hargailah kedua-duanya…ustaz telah merasa macamana kehilangan sebab itulah tiapkali teringat pada orang tua ustaz, ustaz masih lagi bersedih kerana hati kami begitu dekat sekali, namun bagi insan yang hidup mestilah meneruskan kehidupan yang lebih baik, andai mereka tahu kita ini adalah anak yang baik mereka akan berdoa untuk bertemu dengan kita namun jika anaknya sebaliknya mereka mendoakan supaya jangan adakan pertemuan melainkan setelah ia menjadi anak yang soleh… ” bicara lembut ustaz muda itu menyentuh jiwa kami yang hadir tika itu… ada yang sudah mula berkaca-kaca ainnya ,

Begitulah meresapnya kalam ustaz muda itu, “Astaghfirullah, ampunilah aku… ya Allah berilah kesempatan untukku menabur bakti menghargai mereka ya Rabb…”doa Miza di dalam hati…

Sayang tidak bertepi……………tuk walid dan ummi..

Hasil Nukilan

http://www.facebook.com/note.php?note_id=459040308469&comments