Kasih dan cintaku padamu bukanlah semata-mata siapa dirimu..tetapi semuanya kerana Allah..tetapi cukupkah aku mengatakan bahawa aku mencintaimu? Aku sayang padamu? Ketahuilah wahai mujahidku..segala rasa yang ada kini adalah rasa yang dikurniakan DIA pada kita..maka berbahagialah dengan itu..namun ISLAM itu menjanjikan yang INDAH pada yang MEMELIHARANYA…
Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
CINTA+SAYANG+RINDU+KASIH++++++ hanya akan ku lafazkan, apabila bersama yang HALAL bagiku…kerana apa? Kerana bagiku KEMANISANNYA akan lebih terbalas dan akanBERGANDA kebaikannya nanti..mengapa aku tak ucapkannya padamu? Kerana aku mengimpikan KEMANISAN itu..aku impikan itu…dan ketahuilah, aku menghargai segala-galanya dengan rasa yang tak terluah…DIA juga Maha Mengetahui segalanya dalam hatiku…
Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Doaku tak pernah putus dalam memohon kepadaNYA agar terus ditetapkan dirimu untukku..agar terus ditetapkan hatimu bagiku..dan ketahuilah aku mengetahui, dirimu juga mengimpikan hal yang sama…maka kita mempunyai impian yang sama..BERSATU MENUJU CINTANYA…MENUJU REDHANYA…dan aku akan menunggu dengan setia mujahidku menjemputku untuk terus pacu HATI dan JIWA MENUJU CINTA ILAHI YANG ABADI…
Ketahulah dirimu yang menjadi mujahidku…
Fasa demi fasa, tahap demi tahap, peringkat demi peringkat akan dilalui…kerana kita mengetahui, perjalanan itu jauh..dan BEKALAN itu perlu untuk kita mengharunginya…maka katika inilah UJIAN dan DUGAAN akan menerpa..maka, BERSABARLAH..bersabarlah..bersabarlah…itu yang selalu dikatakanNYA dalam Kalam yang Agung…dan itu juga dirimu selalu berkata padaku dan peringatanku pada diriku dan dirimu…
Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Bagai ombak menghempas pantai, semuanya ada hikmah disebaliknya..semoga kita tidak terleka..Kelekaan membawa kerugian, ketakwaan paling utama..Moga taubat ku diterima, dibawah keredhaan Mu Ilahi..Dunia tidak laksana embun yang dingin, tidak sedingin sang bayu pagi..Dilanda gelisah tiada pedoman, mencari jalan Ilahi..
Angin bertiup membawa berita duka, menyentuh rasa hati naluri berdebar..Mengenang diri tiada pedoman, memohon keampunan..Lantaran sepi di jiwa ini, dilindungi gelisah tanpa iman Ilahi
Dunia sepi bagai tiada penghuni, kosong hati ini terpancar duka..
Angin bertiup membawa berita duka, menyentuh rasa hati naluri berdebar..Mengenang diri tiada pedoman, memohon keampunan..Lantaran sepi di jiwa ini, dilindungi gelisah tanpa iman Ilahi
Dunia sepi bagai tiada penghuni, kosong hati ini terpancar duka..
Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Makin kita mendekati-Nya, makin kita diuji, makin banyak doa, makin banyak ujian menimpa, kerana segala yang dipinta tidak akan datang dengan segera, tapi ia akan diperolehi apabila kita berjaya mengharungi ujian yang diberi oleh-Nya kerana Allah tak memberi apa yang kita mahu, tetapi Dia memberi apa yang kita perlu…
Ketahuilah dirimu yang menjadi mujahidku…
Ku bangga melihatmu derita dalam perjuangan dari melihatmu gembira dalam kelalaian..Ku bangga mendengar tangisanmu kerana pengorbanan dari melihat tawamu dalam pengkhianatan…Ku bangga andai dikau syahid di medan kebenaran dari hidup dalam kesesatan…Kerana jangan lupa..Muliamu bukan pada pangkat dan harta, paras rupa atau popularity…Tapi kerna KETAQWAAN DAN KEPATUHAN kepada Allah..Kerana Islam yang dikau junjung tinggi…
Bersambung…..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan