Ahad, 23 Januari 2011

Solat lah ubat yang paling mujarab bagi mengubati kesedihan manusia..

Tulisan ini dipertik dari buku La Tahzan, karya Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni.

Selamat membaca dan semoga bermanfaat.


Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 153;

....Wahai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat...

Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang!Sesungguhnya solat itu, atas izin Allah, boleh menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.



Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w.

Lihatlah sejarah tokoh-tokoh yang hebat!

Kebanyakan mereka,apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon Pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyuk.Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat, dan tekad hidup mereka pulih kembali.

Solat khauf misalnya dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang akibat peperangan. Apabila keadaan semakin buruk, maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyuk.


Setiap generasi umat manusia yang sedang dideritai berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai kesempitan hidup. Jika tidak, tangisannya mungkin akan membakar kelopak matanya dan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati melainkan dengan mendirikan solat.

Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar (jika kita mahu berfikir) ialah pelaksanaan solat wajib lima waktu sehari semalam, yang merupakan penghapus dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Tuhan. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mrngubati pelbagai kesedihan dan pelbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan iman ke dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.

Adapun mereka yang menjauhi masjid dan apatah lagi meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan ke kesusahan yang lain, dari kegoncangan jiwa ke suatu kegoncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan ke suatu eksengsaraan yang lain.

Dan orang-orang yang kafir,maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka.
Surah Muhammad,ayat 8.


Moga dengan RahmatMu ya Allah, kami terpelihara dari golongan yang kufur padaMu...
Kurniakanlah kami kenikmatan dalam beribadah...
Rahmatilah kami dan hindarilah kami dari azab api nerakaMu.

Ketika Rasulullah s.a.w dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah R.A.

Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.
(Al-Hadith)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan