Selasa, 9 November 2010

Apa yang tersirat dalam lagu tema World Cup 2010?




Sebuah Artikel oleh : Faisal Tehrani

Kalau saya mendengar lagu, yang menjadi perhatian saya selalunya lirik dahulu, irama kemudian. Hari ini Waving Flag dendangan K'naan (nama asal Keinan Abdi Warsame) telah menjadi fenomena ekoran musim Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan. Keinan dilahirkan di Somalia pada tahun 1978, dan membesar di Mogadishu. Beliau turut merasai Perang Saudara Somalia (ingat filem Black Hawk Down? Rakyat Somalia mengajar cukup-cukup tentera Amerika). Keinan dikenali juga sebagai penyair di Somalia, malah datuknya Haji Mohamed, adalah penulis tersohor di Somalia. Ketika berusia 13 tahun, Keinan berhijrah mengikut ibunya ke New York di mana beliau mulai mencambah minat terhadap muzik. Setelah berpindah ke Toronto, Kanada, Keinan mempelajari bahasa Inggeris dengan mendengar lagu-lagu hip hop daripada penyanyi seperti Nas dan Rakim.

Keinan adalah seorang penyair yang baik (pada pandangan saya), dan hakikat ini boleh dilihat pada lirik asal Waving Flag (lirik untuk lagu tema Kejohanan Piala Dunia 2010 telah diubah). Lain dari itu, Keinan seorang yang tajam sorot pandang politiknya. Bukan sahaja ia terpancar pada lirik Waving Flag ini tetapi ia juga sempat menjadi kontroversi apabila Keinan dalam satu siaran Al-Jazeera meminta dunia merenung punca masalah kepada aktiviti pelanunan di pesisiran Somalia.

It has no basis, no roots, and I'm not talking about, when I say basis – it's not the same as justifications [...] but how there came to be pirates, I think that is probably the most undiscussed thing in major media today – it's as if they just sprung from nowhere. But Somalis have long known about the issues.

Keinan mendedahkan 'dakwaan lanun' terhadap nelayan Somali adalah tidak adil malah sebenarnya mereka bermula dengan mempertahankan diri. Nelayan Somalia katanya bertindak begitu untuk melindungi pantai dan laut Somalia sebagai punca pendapatan dari menjadi tempat pembuangan nuclear toxic waste dari syarikat-syarikat besar Barat (baca Amerika setan besar). Maka ini menjadi punca kepada "greed and the lure of money eventually produced what we see today as Somali piracy".

Lirik asal Waving Flag adalah mengenai orang tertindas, the oppressed. Tentu, ia adalah semangat Islam yang sebenar. Kehadiran baginda Rasulullah saw dan ahlul baitnya adalah sebagai penyelamat kepada manusia yang tertindas. Maka tidak hairanlah bani Umaiyyah dan bani Abbasiyyah sebagai salinan kepada citra 'islam istana' amat memusuhi gerakan the oppressed. Hari ini, semangat menentang penindasan boleh dikaitkan dengan perjuangan Palestina yang benar, tekanan terhadap Republik Islam Iran, perjuangan masyarakat buruh seluruh dunia dan minoriti yang 'benar' tetapi dinafikan haknya atas nama kepalsuan.

Lagu puisi ini ialah tentang keadilan yang belum kesampaian. Tetapi keadilan itu tentu pasti. Sangat pasti. Tipu helah akan kalah satu hari nanti. Kita semua akan diselamatkan. Akan ada penyelamat kembali. Bahagian Waving Flag yang paling dominan di telinga saya ialah, 'But we struggling, fighting to eat, and we wondering, when we'll be free, so we patiently wait, for that faithful day, it's not far away, but for now we say,'. Ya, kita menanti dengan sabar, hari itu akan tiba, dan ia tidak jauh. Sementara menanti kita akan membesar, membesar dan membesar lalu melawan, melawan dan terus melawan. Bendera itu akan berkibar kelak.

Bendera keadilan dan kesejahteraan.



When i get older, they'll call me freedom
Just like a Waving Flag.

[Chorus]
When I get older, I will be stronger,
They'll call me freedom, just like a Waving Flag,
And then it goes back, and then it goes back,
And then it goes back

Born to a throne, stronger than Rome
but Violent prone, poor people zone,
But it's my home, all I have known,
Where I got grown, streets we would roam.
But out of the darkness, I came the farthest,
Among the hardest survival.
Learn from these streets, it can be bleak,
Except no defeat, surrender retreat,

So we struggling, fighting to eat and
We wondering when we'll be free,
So we patiently wait, for that fateful day,
It's not far away, so for now we say

[Chorus]

So many wars, settling scores,
Bringing us promises, leaving us poor,
I heard them say, love is the way,
Love is the answer, that's what they say,
But look how they treat us, Make us believers,
We fight their battles, then they deceive us,
Try to control us, they couldn't hold us,
Cause we just move forward like Buffalo Soldiers.

But we struggling, fighting to eat,
And we wondering, when we'll be free
So we patiently wait, for that faithful day,
It's not far away, but for now we say,

[Chorus] 2x

(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And everybody will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And you and I will be singing it
(Ohhhh Ohhhh Ohhhhh Ohhhh)
And we all will be singing it
(Ohhh Ohh Ohh Ohh)

[Chorus] 2x

When I get older, when I get older
I will be stronger, just like a Waving Flag,
Just like a Waving Flag, just like a Waving flag