Isnin, 8 November 2010

Nujum Pak Belalang

Bermulanya seorang nujum

Filem dimulakan dengan diperkenalkan watak Belalang, seorang budak yang sangat rajin dan melakukan kerja ladang serta mengambil upah untuk menyara hidup keluarganya. Beliau mempunyai seorang bapa yang dipanggil Pak Belalang, yang merupakan seorang yang sangat malas dan kerjanya hanya tidur siang malam. Apabila orang bertandang ke rumah, di dapurnya tiada apa walaupun kopi. Akhirnya, tetamu dijemput minum minuman campuran arang bontot kuali.
Pada suatu hari, Belalang terserempak dengan dua orang pencuri, Badan dan Nyawa, yang mencuri kambing dan lembu orang kampung. Belalang menakut-nakutkan pencuri tersebut dengan menyamar menjadi "anak jin yang mahu makan darah" untuk mendapatkan balik lembu dan kambing sebaik pencuri tersebut melarikan diri. Di rumah penghulu, dua orang pengembala yang kehilangan lembu dan kambing dan orang kampung mencari penghulu untuk melaporkan hal tersebut. Dalam keriuhan, Belalang muncul dan mengatakan bapanya seorang nujum yang mampu mengetahui kedudukan lembu dan kambing tersebut. Dalam perasaan tak percaya, penghulu dan orang kampung yang lain turut ke rumah Pak Belalang.
Pak Belalang (yang masih tidur) dikejutkan dengan kehadiran orang ramai. Pak Belalang tak tahu apa yang berlaku walaupun dia tahu itu semua rancangan anaknya. dia mengikut sahaja arahan anaknya, lalu mengambil semangkuk air dan dijampi (walaupun tidak tahu apa jampinya). Air itu kemudian ditunjukkan kepada penghulu dan si pengembala dan jika mereka tidak nampak, diugutnya bahawa mereka pendek umur. Pak Belalang turut tidak nampak apa-apa di dalam air tersebut tetapi mujur Belalang yang mengetahui kedudukan lembu dan kambing itu dapat memberitahu mereka lalu meyakinkan orang kampung akan kebolehan Pak Belalang.

[sunting]Pak Belalang Ahli Nujum Negara

Pada suatu malam, Badan dan Nyawa telah menidurkan seluruh Istana Negeri Beringin Rendang lalu mencuri harta istana termasuk syilingemas, rantai kepunyaan Puteri Si Bujur Sirih dan Mahkota milik Sultan Shahrul Nizam ibni Sultan Malik Shah. Selepas seluruh isi istana sedar, Sultan telah murka dan kemudian Penghulu menyatakan tentang kebolehan Pak Belalang sebagai nujum. Pak Belalang telah dibawa ke istana dan diperintahkan untuk mencari tempat harta tersebut disembunyikan. Seperti biasa, Pak Belalang tidak dapat melakukan apa-apa dan meminta untuk meminta masa itu. Sebagai balasan sekiranya Pak Belalang tidak menemui harta tersebut, baginda Sultan akan memancung Penghulu.
Pak Belalang pulang dan melarikan diri mencari jalan. Pak Belalang telah bersembunyi di dalam sebuah gua di Bukit Tunggal dan secara kebetulan terdengar Badan dan Nyawa mengira-gira harta istana. Pak Belalang mengugut mereka sebagai "penunggu gua" dan menyuruh mereka meninggalkan harta tersebut suppaya tidak mati. Sementara itu, Belalang telah dibawa menghadap Sultan untuk menggantikan Pak Belalang yang tiada di rumah tentang khabar harta istana. Belalang memberitahu helah bahawa bapanya ke "Gunung Cinerama" (katanya diJepun). Sultan menemui bekalan yang dipegang Belalang da dihelahkannya bahawa bekalan itu untuk 'jin lapar'. Disebabkan Sultan tahu bahawa semuanya hanya temberang, Sultan ingin menghukum Belalang. Mujur Pak Belalang muncul dan dapat memberitahu kedudukan harta istana itu tersembunyi (oleh 'jin miskin'). Pak Belalang memberitahu, untuk memasuki gua tersebut, hanya empat orang sahaja yang dibenarkan untuk memasuki gua iaitu Sultan, Permaisuri, Perdana Menteri dan Puteri. Mereka juga perlu masuk ke dalam dengan cara merangkak dan tidak dibenarkan berdiri. Mereka dibawa ke sana dan memasuki gua tersebut (sambil mengikut syarat Pak Belalang).
Setelah berpuas hati dengan 'kebolehan dan hasil tilikan' Pak Belalang, Sultan melantik beliau sebagai Ahli Nujum Negara.

[sunting]Cabaran Ahli Nujum Negara

Ketika Sultan dan para penghulu Beringin Rendang sedang membincangkan masalah kerajaan dan rakyat, Inang telah meluruh masuk ke balai penghadapan dalam keadaan teresak-esak dan mengatakan Puteri Si Bujur Sirih telah rebah tidak sedarkan diri. Baginda Sultan Shahrul Nizam memerintahkan agar Nujum Pak Belalang dipanggil untuk memeriksa keadaan tuan puteri itu. Ketika Pak Belalang tiba di kamar peraduan puteri, beliau mendapati bahawa puteri mengada-adakan pengsan tersebut dan sebagai helah untuk mengetahui hal sebenar daripada tuan puteri itu, Pak Belalang mengatakan bahawa puteri telah dijangkiti penyakit "angau" dan pemeriksaan harus dilakukan Pak Belalang seorang di dalam bilik tanpa orang lain.
Pak Belalang (P. Ramlee) bersama Puteri Si Bujur Sirih (Hashimah Yon).
Setelah semua orang keluar, Puteri Si Bujur Sirih bangun dan mengatakan dia ingin berjumpa dengan Pak Belalang di Taman Istana pada jam 11 malam. Memandangkan perkara tersebut berbahaya untuk dilakukan Pak Belalang, beliau mencari akal dan memberitahu Sultan bahawa cara untuk puteri berubat adalah dengan membiarkan puteri keluar ke taman pada malam itu berseorangan tanpa dikawal oleh pengawal juga. Maka, itulah peluang Pak Belalang untuk berjumpa puteri tanpa diketahui sesiapa (walaupun semua ini adalah rancangan Inang pada asalnya). Keesokan harinya, puteri berkata bahawa dia sudah sembuh setelah "berubat" pada malam itu.
Setelah lega dengan keadaan tuan puteri, Sultan kembali ke Istana Besar untuk menyambungkan perbincangan dengan penghulu yang tergendala tempoh hari. Ketika dalam perbincangan, mereka terdengan berdas-das tembakan meriam. Kemudian dikhabarkan bahawa kapal dari Masai telah tiba. Sultan ragu-ragu dengan kedatangan mereka dan mengatakan sediakan bala tentera. Sekiranya mereka ingin berperang, mereka akan menyerang semula. Sekiranya mereka datang dengan aman, mereka akan mengalu-alukan kedatangan mereka.

[sunting]Pertaruhan Dua Sultan

Mereka melihat rombangan Sultan Masai adalah untuk jalan damai iaitu tiada satu bala tentera pun yang dibawanya. Hal itu disebabkan mereka tahu mereka tidak mempunyai kekuatan tentera untuk menentang Beringin Rendang, maka mereka datang ke sana untuk bertanding kepintaran. Di istana, kedua-dua orang sultan pun bertemu.
Sultan Masai pun mengutarakan pandangannya tentang beradu akal antara kedua-dua ahli nujum negara dan untuk itu, baginda sedia mempertaruhkan negaranya. Sultan Shahrul Nizam berfikir sejenak sebelum meletakkan keyakinan sepenuhnya kepada Pak Belalang yang sebenarnya tiada kepintaran akal. Setelah menanda tangani perjanjian antara dua negara, ahli nujum Masai pun mengajukan soalan:
  • "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkal?"
  • "Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?"
  • "Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak-banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?"
  • "Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?"
Setelah mendengar dan melihat sendiri keadaan di istana, Pak Belalang gerun kerana sultan sanggup mempertaruhkan negara kerana memprcayainya yang tidak mengetahui apa-apa. Dia pulang dan menyuruh Belalang mencari perahu untuk melakrikan diri sementara dia mengesan barang. Di kuala, Belalang cuba mengambil perahu Sultan Masai tetapi ketika ingin menolak perahuu itu, rombongan Sultan Masai tiba. Belalang memasuki perahu itu dan bersemunyi di bawah tempat duduk dan belayar bersama rombongan itu untuk pulang ke kapal baginda Masai. Dalam perjalanan, Sultan Masai memujuk ahli nujumnya untuk memberitahu jawapannya dan walaupun baginda melarang semua anak yang mendengarnya dari turun ke darat, semua jawapan itu telahpun didengar oleh Belalang. Belalang berenang pulang dan memberitahu bapanya semua jawapan yang didengarnya.
Pada hari tersebut, Pak Belalang sudah bersedia dengan jawapan yang diberikan Belalang dengan yakin. Berikut merupakan penyelesaiannya:
  • "Terdapat sebatang kayu yang diraut cantik. Yang manakah hujung dan yang manakah pangkal?"
Pak Belalang mengambil sebatang kayu yang diraut cantik dan meletakkannya ke dalam air dan dilihat kayu terdapat hujung yang timbul dan yang satu lagi tenggelam. Pak Belalang mengatakan bahawa yang hujung itu timbul dan yang pangkal itu tenggelam disebabkan "tiap-tiap yang hujung lebih ringan daripada yang pangkal".
  • Ada dua ekor itik yang baru menetas. Bagaimana hendak mengetahui yang mana jantan dan yang mana betina?
Pak Belalang membawa dua ekor anak itik jantan dan betina yang baru menetas dan dibiarkan kedua-duanya berenang di permukaan air. Didapati seekor itik berenang di hadapan dan seekor lagi mengikut di belakang. Pak Belalang mengatakan yang di hadapan itik betina dan yang di belakang itulah itik jantan. Alasan yang diberikan adalah "lumrah dunia" kerana si jantan akan mengekori yang betina.
  • Terdapat sebuah masalah. Satu, banyak-banyak. Dua, sikit-sikit. Tiga, jarang-jarang. Empat, kadang-kadang. Apakah ia?
Pak Belalang menjawab "kahwin" kerana "Satu, banyak, ertinya, orang yang kahwin satu, banyak di dalam dunia ini. Dua, sikit-sikit, ertinya, orang yang kahwin dua lebih sikit bilangannya dari orang yang kahwin satu. Tiga, jarang-jarang, ertinya, orang yang kahwin tiga 'jarang yang kita dengar. Empat, kadang-kadang, ertinya, orang yang kahwin empat kadang-kadang baru kita dengar sekali.
  • Di manakah terletaknya kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah. Di kerisnya kah? Atau di tenaganya kah?
Pak Belalang menjawab "kekuatan Datuk Laksamana Hang Tuah bukan terletak di keris atau di tenaganya tetapi terletak pada huruf Takerana huruf Ta yang menguatkan Tuah, Ta - Wau - Alif - Ha : Tuah, ﺗﻮﺍﻩ." Jika ditukar Ta itu kepada Ba, bunyinya akan jadi 'Buah'.

[sunting]Tuah Pak Belalang

Dengan negara Beringin Rendang beroleh kemenangan, Sultan Masai tidak berpuas hati kerana mengesyaki ahli nujumnya berpakat dengan pihak Beringin Rendang lalu mengajukan satu lagi persoalan. Pak Belalang tidak bersetuju tetapi Sultan Shahrul Nizam memujuk untuk menyahut cabaran baginda Masai. Sultan Masai mengeluarkan sesuatu dari uncang ke dalam genggamannya dan menyuruh Pak Belalang mengeka apakah itu. Pak Belalang mengetahuui bahawa dia tidak dapat menjawabnya lalu merintih dan merungut menyalahkan Belalang yang berdegil untuk berlawan. Sultan Masai yang mendengarnya terduduk. Sultan Shahrul Nizam bertanya sebab dan baginda menjawab bahawa jawapan Pak Belalang itu betul kerana yang digenggamnya adalah seekor belalang. Maka, dengan itu, Beringin Rendang beroleh kemenangan mutlak dan negara Masai jatuh ke tangan Beringin Rendang.
Disebabkan tiada negara, Sultan Masai menetap di atas kapalnya. Suatu hari, Badan dan Nyawa datang mengadap Sultan (kononnya mereka abang ipar Sultan) dan mengutarakan cadangan untuk memperoleh semula negara baginda. Mereka berdua akan menculik Tuan Puteri Si Bujur Sirih dan menyembunyikannya. Kemudian dicadangkan apabila Sultan mengumumkan baginda akan memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu, Sultan Masai akan muncul dan memulangkan puteri lalu miminta untuk dikembalikan negara serta mengahwini puteri itu.
Mereka kemudian bersembunyi di Gua Bukit Tunggal sementara Badan dan Nyawa menculik puteri. Setelah itu, seperti yang diagak, Sultan Shahrul Nizam akan mengumumkan yang baginda memperkenankan apa sahaja permintaan sesiapa yang memulangkan tuan puteri itu. Mujur, Perdana Menteri sempat mengingatkan Sultan bahawa mereka sudah mempunyai Ahli Nujum Negara. Lalu, Pak belalang dipanggil mengadap Sultan dan dipaksa untuk 'meramalkan' sehingga jumpa tempat puteri disembunyikan atau dia akan dihukum pancung. Seperti biasa, semangkuk air disediakan dan seperti biasa, Pak Belalang tidak tahu apa hendak buat dan berlakon seolah-olah berjampi. Tiba-tiba, dari dalam air, kelihatan puteri diikat oleh Sultan Masai, penculik Badan dan Nyawa serta pengikut baginda. Ketika Sultan menanyakan tempat persembunyian itu, Pak Belalang telah hilang.
Mereka semua menuju ke Gua Bukit Tunggal dan menumpaskan kumpulan itu. Penculik itu dihukum pancung manakala Sultan dan pengikutnya dihukum penjara seumur hidup. Pak Belalang yang berpelukan dengan Puteri Si Bujur Sirih dilihat oleh Sultan lalu baginda 'menghukum' mereka untuk berkahwin. Sebelum tamat, muncul Belalang mengatakan dia akan tidur situ kerana dirungutnya bapanya tak mahu memperbesarkan rumah dan dia tiada tempat tidur (mengetahui dia akan mendapat 'ibu baru').
Pautan : http://www.filemkita.com/filem/n/nujum_pak_belalang_01.html

Tiada ulasan:

Catat Ulasan