Isnin, 8 November 2010

OTAK SAYA CANTIK KE TAK??? OTAK KAMU BAGAIMANA????

Assalamualaikum wbt...

Terima kasih sebab sudi singgah dan membaca nukilan Mira.. Jarang nak ucap terima kasih kepada sahabat-sahabat yang singgah ke laman Muslimah Optimis ni...
Syukron semua... Semoga ALLAH melindungi kalian semua dan semoga kita semua mendapat Mardhotillah. Mardhotillah atau Redha amatlah kita perlukan dalam kehidupan kita. Setiap yang kita lakukan mesti dengan redha ALLAH. Sebagai anak redha Ibu bapa sangat kita perlukan kerana redha ALLAH adalah redha Ibu bapa. Sebab tu kalau kita nak lakukan sesuatu mohonlah restu daripada ibu bapa kita dulu (aduhh, skema ayat ibu dan bapa)..heheh..ok, kita tukar jadi Ibu dan ayah..heheh....


Jom-jom kita kembali ke pangkal tajuk.. heheh

Otak oh otak… bukan otak otak ye…hehhe.. otak-otak tu sejenis makanan...


Teringat al-kisah semasa masa tahun pertama di Uni Malaya ni. Dalam kelas Introduction of Special Education yang diajar oleh Prof Khadijah Rohani Yunus. Rindu la sama Prof...sebab sekarang Prof dan ditukar ke UiTM..huhuhu...

Terima kasih atas budi dan jasa Prof Khadijah yang banyak memberi tunjuk ajar dan banyak bercrita di dalam kelas membuatkan kami tak boring belajar.

Pada satu hari, Prof ada bertanya kepada kami. Ayat perbualan kami di dalam kelas bunyinya lebih kurang macam ni...

" Baik anak-anak, cuba kamu bayangkan kamu pergi melawat ke dalam sebuah muzium yang dipenuhi dnegan organ-organ manusia"....

Ok, kami pun bayangkanlah situasi tersebut.

"Kemudian, kamu ternampak ada dua balang yang didalam setiap balang tersebut mempunyai otak manusia di dalamnya. Balang A mempunyai otak yang sangat cantik manakala balang B mempunyai otak yang sangat buruk dan hodoh"

Kemudian, beliau diam lama. Kami setia menanti kata-kata seterusnya. Al-maklumlah kami ni kan budak baru belajar, baru nak mengenal alam sebagai pelajar universiti. Beliau diam, kami pun diamlah. Kemudian dia menyambung lagi kata-katanya.

"Jika diberi pilihan kamu ingin memilih balang A (otak baru dan cantik) atau balang B (otak hodoh dan buruk)?"

dah hampir emat tahun kisah ni berlalu, tak ingat pulak jawapan yang teman2 sekelas bagi...
nak pilih balang A ke balang B ek??? Otak buruk ke otak cantik ek????

Prof pon cakap la....

nak tahu tak apa prof cakap,
"Otak yang buruk dan hodoh itu adalah lebih mahai nilainya daripada otak yang cantik tersebut."..

aikkkkkkkk....kami semua buat muka blurr. Yela kan selalunya kalau kita beli barang, barang yang baru dan cantik mesti lagi mahal daripada barang yang dah lama kan..

ermmm...

Prof kata lagi,

"Nak tahu sebab apa??"

kami semua pon cakap macam budak kecik.. "Nakkkkkkk" serentak.

Prof meneruskan penerangan.

"Sebabnya otak yang buruk dan hodoh itu adalah otak seorang saintis yang banyak membuat kajian dan menggunakan fungsi otaknya semaksima mungkin manakala otak yang cantik dan baru itu pula adalah otak orang biasa yang tidak banyak berfikir"

lepas tu, semua berbunyi OOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO......biasa la tu kan, kao kita baru tau sesuatu kita akan cakap OOOOOOOO.... takde plak kita nak cakap pppppppp, qqqqqqqqqq... heheheh....

Itulah gambaran mengenai otak manusia. Otak kita bagaimana agaknya ya, masih baru dan cantikkah??? ermmmm....

Saiz Otak
Nak tahu otak kita besar mana?? Cuba genggamkan kedua-dua belah tangan kita dan rapatkan kedua-duanya.. Tulah saiz otak kita secara kasarnya. Kalau sebelah genggaman saja menunjukkan saiz jantung kita.

Mengikut kajian sains, saiz otak manusia adalah kira-kira 325 gram dan otak akan menyerap kira-kira 75% oksigen dari hemoglobin. Dengan fungsi otak dan akal, maka kita boleh menjana pendapatan, kekayaan sekiranya kita menggunakan otak kita di jalan yang betul dan semaksimum mungkin. Namun minda manusia banyak diselaputi oleh penyakit PHD (penyakit hasad dengki [bukan semua namun segelintir daripada kita], tamak, suka mengeluh, dan bersikap pesimis atau negatif.

Ayat yang biasa kita dengar adalah "Ala, aku tak boleh la. Aku tak berani la, Aku takutla" itukan semua ayat-ayat yang pesimis. Selagi kita tak cuba mana kita tahu kebolehan kita kan. Jadilah optimis seperti saya (promote blog sekejap-Muslimah Optimis)..heheh

Sikap-sikap yang pesimis ini semuanya dalah membawa kita kepada kemusnahan. Sebabnya setiap perlakuan dan percakapan kita adalah doa hatta niat juga merupakan doa yang paling dekat dengan kita.

Contohnya apabila anda bercakap tentang keburukan orang lain, kehinaan atau aib orang lain, sebenarnya dari segi Undang-undang Daya Tarikan, ia akan menarik apa yang anda lakukan itu kepada diri anda semula. Seperti juga sekiranya kita mendoakan kebaikan untuk seseorang, doa itu akan melimpah kepada diri orang yang mendoakannya.


Ini juga bersesuaian dengan sebuah hadis Qudsi Sabda Nabi Muhammad s.a.w.,


“Wahai sekalian manusia, janganlah kamu mengutuk makhluk yang lain, kerana kutukan itu akan kembali kepada diri kamu.
Hadis Qudsi, Imam al-Ghazali, Nasihat dan Bimbingan. Tahqiq: Dr. Abdul Hamid Salil Hamdan


Oleh itu, terbalikkan minda dari pemikiran yang buruk sedemikian itu.

Fikir positif, tarik tenaga yang positif, kekuatan, kejayaan dan kekayaan agar ia melekat ke dalam diri kita.


Ada otak kiri dan otak kanan ke?? Ciptaan ALLAH memang kompleks. Tak dapat melangkaui pemikiran kita yang cetek ini..


Teori otak kanak dan otak kiri ini telah dimulakan sejak tahun 1960-an. Otak kanan dan otak kiri juga mempunyai fungis yang berbeza (Roger Sperry). belaiu juga menyatakan bahawa apabila otak kanan sedang bekerja maka otak kiri akan berehat dan berada dalam keadaan tenang begitulah sebaliknya.


Otak Kanan
Otak kanan lebih cenderung kepada emosi, muzik, warna, khalayan dan sebagainya. Tambahan lagi daya ingatan otak kanan adalah lebih bersifat long term memory

Otak Kiri
otak kiri lebih menjurus kepada bahasa, tulisan, angka, logik dan sebagainya dan daya ingatan otak kiri adalah short term memory.

So, kita banyak menggunakan otak mana? Otak kanan atau otak kiri selama ini?
Jawab dalam hati pun takpe.
Jawab dalam hati telinga kita merasai ayatnya berbicara membuatkan akal kita berfikir sejenak..credit to muaz

Kita ada otak. binatang pun ada otak. Cuma yang membezakan antara manusia dan binatang adalah akal. Oleh itu, gunakanlah akal kurniaan ALLAH ini dengan bijaksana. Amal Makruf Nahi Mungkar.

Antara ayat Quran yang menyentuh mengenai akal adalah :


"Jika kami mendengar dan berfikir nescaya kami tidak akan tergolong bersama ahli neraka",
(surah al-Mulk, ayat 10)

Berfikirlah sebelum bertindak. Nescaya kamu tidak akan menyesal.

sekian...semoga memperoleh manfaat...
Masallamah

http://ukhwah-dhearty.blogspot.com/2010/11/otak-saya-cantik-ke-tak-otak-kamu.html