PERUTUSAN HARI RAYA AIDIL ADHA HIJRAH 1431
17 NOVEMBER 2010 DARI AHLI PARLIMEN BUKIT GANTANG
MERANGKAP AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI PASIR PANJANG
YB DATO’ SERI IR. HJ MOHAMMAD NIZAR BIN JAMALUDDIN
LABAIK ALLAHUMA LABAIK (aku datang kpd Mu ya Allah, Aku datang)
LABAIKA LAA SYARIIKALAKA LABAIK (aku datang dgn tidak mensyirikan Engkau, aku datang) INNAL HAMDA (sesungguhnya segala puji-pujian) WANI’MATA (sesungguhnya segala nikmat) LAKAWALMULK., LAA SYARIIKALAK(dan sesungguhnya kerajaan hanyasanya milik Engkau. Tidak ada sekutu bagi Engkau)
Assalamualaikum dan salam aidil adha
Rukun Islam yg kelima fardhu haji antara lain menumpukan perhatian kepada setiap orang Islam supaya bersiap sedia untuk menghadapi maut dengan tidak mensyirikan Allah tatkala ajal telah sampai apabila dijemput oleh malaikat maut nanti. Disaat itu perkara yg paling penting disisi Allah ialah hamba itu tidak mensyirikan Allah sebagaimana yg terkandung dalam kalimah talbiah yg tersebut diatas. Kalimah Talbiah ini dibaca oleh setiap para haji bila meninggalkan rumah untuk ke tanah suci.
Nabi IbrahimAS bersama istri siti Hajr dan anak kecil Ismail AS mengharung kehidupan mengesakan Allah dalam suasana getir hatta diuji dgn mengorbankan puteranya Ismail AS pun sanggup ditaati dan dituruti tanpa soal, sangsi dan keberatan. Semua ini dilakukan bagi merealisasikan tuntutan talbiah tersebut.
Maha pentingnya rukun haji ini dgn tidak mengecilkan rukun Islam yg lain, sehingga Allah memaktubkan satu surah bernama Al-Hajj (surah 22) dalam Al-Quran sedangkan rukun2 lain tidak dinamakan As-Solah, As-Saum, As-Zakah sebagai surah khusus. Malangnya akibat perubahan dan ketempangan pengurusan dan pentadbiran pemerintahan yang ada menjadikan rukun Haji ini seolah2 tidak diraikan sebagai satu rukun yang berperanan setiap ketika dalam kehidupan sesaorang Muslim. Oleh kerana maut ini terjadi pd bila2 masa, maka amat wajarlah segala persiapan dibuat dan berwaspada pada setiap ketika agar kita tidak terjebak dengan pebuatan atau amalan berunsur syirik.Bagi mencapai tujuan ini , talbiah tersebut melakarkan 3 formula supaya kita dapat mengelakan bersyirik dgn Allah.
Pertama hendaklah kita I’tiqadkan semua pujian kepada Allah dan tidak kpd makhluq. Jangan pula kita memuji benda, alat, system, orang, pangkat, parti, peraturan dll sebagai memberi bekas dalam kehidupan kita.
Kedua hendaklah kita mengi’tiqadkan dan yakin bahawa semua ni’mat dari Allah. Dari sebesar2 ni’mat beriman, bertaqwa dan Islam sehingga sekecil2nya termasuk sihat, pancaindera zohir dan bathin, keluarga , harta benda, rasa, dengar, makan, minum, lapar, kenyang, lena dan banyak lagi.
Ketiga hendaklah memastikan dan mengembalikan kerajaan atau pemerintahan termasuk dalam sosial politik milik Allah. Sistem dan peraturan, perundangan, pimpinan dan kekuasaan hendaklah berteraskan segala aspek yang diunjurkan Islam seperti adil, amanah, amar ma’ruf nahi mungkar. Sebagaimana yang termaktub dalam surah hajj itu sendiri pada ayat 41 yg bermaksud: “Ia itu (umat islam) yg jika Kami berikan kekuasaan memerintah dibumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta menguruskan zakat dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar . Dan ingatlah!bagi Allah jualah kesudahan segala urusan”.
Kesimpulanya, segala perbuatan dan peraturan haji itu sendiri melambangkan proses menghadapi maut. Kain ihramnya, ukufnya, talbiahnya, sembelihanya, takbir rayanya dll adalah manifestasi kearah persiapan menghadapi maut. Oleh yg demikian bagi memastikan kita tidak bersyirik sewaktu menghadapi ajal, marilah kita bertekad dan berusaha-amal agar ketiga2 perkara penting tadi dikembalikan kepada Allah SWT. Ia itu pujian, ni’mat dan kerajaan hanyasanya kepunyaan dan milik Allah SWT.
Selamat menyempurnakan ibadat penyembelihan. Allahu Akbar 3x walillahil hamd.
Wasalam. Sekian.
YB Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar bin Jamaluddin