Rabu, 10 November 2010

Terdampar Di Pusat Pemulihan Akhlak


Seorang gadis menarik tangan saya ke suatu sudut yang agak jauh dari orang, sebaik saja saya selesai menjalankan sesi motivasi untuk sekumpulan penghuni rumah pemulihan akhlak remaja bawah umur. Pagi itu saya mengisi satu slot program outreach CENSERVE dengan membicarakan erti sebuah kelahiran. Dalam sesi itu saya masukkan juga bagaimana kelahiran itu berlaku dengan harapan anak2 muda yang mendengarnya faham betapa pentingnya dia dilahirkan ke dunia.

Gadis yang menunjukkan gaya yang agak ‘tomboy’ itu memegang tangan saya dengan begitu erat sekali. Dia memakai tudung putih dan baju sekolah yang lusuh dengan lengan dilipat hingga ke siku. Kainnya yang labuh diseret menyapu lantai seperti halnya dengan temannya2 yang lain di situ.

“Ibu cuba perhati muka saya. Ibu rasa saya ni bdak jahat ke budak baik?” katanya. Panggilan ‘ibu’ yang diucapkan oleh anak itu cukup syahdu.

“Ibu yakin anak budak baik” Jawab saya.

“Dulu memang saya budak baik. Saya pakai tudung labuh macam kakak tu” sambil mengarahkan tunjuknya kepada salah seorang pelajar uia yang bertudung labuh berdiri agak jauh dari situ.

“Rambut saya panjang sampai ke lutut. Sekarang ibu tengoklah rambut saya” Gadis itu terus membuka tudungnya. Rambut pendek gaya Mawi membuat saya terkejut.

“Dulu saya lemah lembut, tak pernah bersuara tinggi. Saya tak pernah bergaduh. Saya tak bercakap dengan budak2 lelaki sebab mak mengasuh saya menjadi budak pemalu. Saya hanya tahu pergi sekolah dan balik sekolah dan tak pernah ikut kawan kemana-mana. Tapi sejak saya simasukkan ke sini saya jadi ganas. Tak ada siapa pun berani melawan saya. Budak2 lelaki yang kat sebelah sana pun saya pernah tumbuk.” Tangannya menunjuk ke arah pusat pemulihan remaja lelaki di seberang jalan.

”Saya dah rasa sakit bersalin yang ibu cerita tadi.” Genggaman tangannya semakin kuat.

Dia terdiam seketika, air mata mula mengalir.

“Anak dah pernah bersalin? Macam mana anak boleh masuk ke sini? ” Tanya saya.

“Ibu, saya bukan budak jahat. Keluarga saya orang baik2. Sya masuk sekolah agama di Pasir Mas. Nenek saya kaya. Mintalah apa saja, nenek akan berikan.” suaranya agak terketar2.

“Saya tak minta tinggal di sini. Keluarga yang hantar. Saya dapat anak sebab saya dirogol semasa pulang dari sekolah. Masa tu saya sedang berjalan sendirian. Tiba2 sebuah kereta berhenti. Seorang lelaki keluar pura2 bertanya rumah orang di kampung tu. Semasa saya menunjukkan arah, dia terus tutup mulut saya dan tarik saya ke dalam kereta. Ada beberapa orang lagi dalam kereta tu. Saya cuba lepaskan diri. Saya tak tahu apa terjadi selepas tu. Saya pengsan. Bila tersedar saya dah ada dalam parit. Ada seorang tua cuba selamatkan saya. Baju saya koyak rabak. Saya balik ke rumah dan ceritakan pada kakak. Kakak melarang saya bercerita pada mak, takut mak sakit jantung. ” Dia terus bercerita.

“Selepas kejadia tu saya pergi sekolah macam biasa. Tapi beberapa bulan lepas tu saya rasa ada benda bergerak dalam perut saya. Kakak membawa saya ke hospital. Doktor kata saya mengandung. Saya menjerit kuat2. Keluarga saya tak boleh menerima keadaan itu. Saya terus berkurung dalam bilik. Saya jadi macam orang gila. Saya potong rambut saya dan tak benarkan siapapun datang dekat. Saya sentiasa pegang gunting. Cuma kakak yang boleh dekat untuk hantar makanan. Satu hari saya rasa sakit macam nak mati. Saya menjerit kuat2. Tak lama lepas tu darah turun mencurah2….bayi saya lahir dalam bilik air. Kakak membawa saya dan anak saya ke hospital. ”

“Lepas pantang keluarga serahkan saya ke sini. Setan2 yang rogol saya tu lepas kat luar sana. Dah 3 tahun saya di sini, Ibu, saya sekarang bertekad nak keluar dari sini. Saya nak ambil anak saya. Saya nak bawa dia lari jauh2. Saya nak jadi baik balik” Dia mneruskan cerita.\

“Anak tu kat mana sekarang?” tanya saya.

“Kat rumah kebajikan. Ada seorang Datin nak ambil. Tapi saya tak bagi. Itu anak saya.” Esakkannya bertukar menjadi suara keibuan yang masih punya kasih pada anaknya. Wajah hitam manis yang kasar disebabkan keadaan mula menunjukkan riak2 harapan.

Saya terus melayan perbualan gadis itu bagi meyakinkannya bahawa masih ada peluang baginya untuk meneruskan kehidupan. Di penghujung pertemuan, saya memeluknya dan mengesat air mata yang gugur mencurah2 dari wajah anak gadis malang itu.

Pengalaman bersama anak2 muda yang terkurung di situ amat memberi kesan kepada saya. Waktu pulang, anak2 itu mengiringi saya sampai ke pintu. .

‘Ibu…..ibu… datang lagi, ye” Rayuan mereka mengiringi perpisahan kami hari itu masih terngiang2 di telinga sampai sekarang. Saya terpaksa pulang awal dan program itu diteruskan oleh pelajar2 UIA yang saya bawa menjadi fasilitator untuk selama beberapa hari.

Kejadian itu sudah lama berlaku. Ia amat menginsafkan. Mereka adalah anak2 bangsa yang tergelincir kerana kurang bimbingan. Di antara mereka ada yang masih berumur 10 tahun yang tertangkap kerana berzina dengan abangnya berumur 11 tahun.

Sumber : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/09/