Rabu, 1 Disember 2010

Tudung Vs Topi Keledar


Topi keledar menjaga keselamatan nyawa, tudung menjaga keselamatan akhlak.

Persoalan: knp ehh org bertudung skrg boleh senang2 membonceng motor dgn lelaki..? mcm mn nk relate dgn statement “tudung menjaga keselamatan akhlak”?

sama seperti topi keledar. Ada keadaan2 tertentu yang topi keledar pun tidak mampu menyelamatkan nyawa pemakainya. Pelumba haram, pemandu laju dan pemandu cuai semuanya pakai topi keledar, tapi berkecai kepala bila di langgar.

maksudnya?

Ada yang lebih penting drp sekadar topi keledar untuk menyelamatkan nyawa pemandu motosikal. Antaranya memandu secara berhati2, jgn terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak memandu dlm keadaan mabuk..

Apa kaitan semua ini dgn tudung?

Nak jaga akhlak tu bukan hanya dengan bertudung. Ada yang lebih penting lg. Umpamanya, menjaga tingkah laku, tutur kata, pergaulan, selain masa dan tempat perempuan itu berada.

Contohnya??

kalau hanya bertudung, tingkah laku liar, pergaulan bebas, pandangan mata tidak dikawal, keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat2 maksiat, maka tudung pun tidak akan mampu menjaga tingkah laku dan akhlak.

Pakai tudung dan menutup aurat 2 perkara berbeza. Ramai yang bertudung tapi tidak tutup aurat. Tutup aurat ada konsepnya, ada falsafahnya. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak.

Tapi orang yang tudung kekadang pandang hina orang yang tidak bertudung..Mengapa?

“Orang bertudung mungkin boleh menghina orang tak bertudung. Tetapi orang yang menutup aurat, jika benar2 dia menghayati konsep menutup aurat, dia tidak akan sekali-kali memandang hina kepada orang yang tidak bertudung”

Macam mana orang yang tidak bertudung, akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung?

Bagi saya, dia umpama orang yang memandu dengan baik, berhemat dan cermat tetapi tidak memakai topi keledar. Di malaysia ni kalau tak pakai topi keledar salah di sisi undang2 sekalipun dia memandu dengan baik, tetap salah kalau tidak bertopi keledar. Bumi ALLAH ini ada undang2nya jugak kn?

YA ALLAH AZZA WAJALA, berikan Hidayah kepada hamba-MU…Ameen.. 

dipetik dari

http://www.facebook.com/note.php?note_id=180990665248699&id=167037783316647