Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran), atau secara umumnya masyarakat lebih mengenali penghafaz al-Quran dengan gelaran “al-Hafiz”, akan mendapat 2 ganjaran :
Ganjaran di dunia. Ganjaran di akhirat. Ganjaran di dunia.:
Selain ganjaran-ganjaran di akhirat yang dijanjikan dalam Hadis Nabi S.A.W terhadap golongan Hamlatul Quran, terdapat juga ganjaran di dunia yang diberikan terhadap mereka. Rakan saya Ustaz Asraff menyatakan bahawa :
Penghafaz al-Quran merupakan VVIP Allah S.W.T di dunia.“Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. Lalu mereka bertanya : Siapakah mereka ya Rasulullah S.A.W? Jawab baginda : Mereka adalah ahli al-Quran, merekalah kerabat Allah (Ahlullah) dan orang-orang pilihannya.
” (Riwayat Ibnu Majah)Penghafaz al-Quran juga diangkat sebagai pemimpin. “Yang menjadi imam suatu kaum adalah yang paling banyak hafalannya.” (Riwayat Muslim) Penghafaz al-Quran mendapat certificate (pengiktirafan) dari Nabi S.A.W.
“Adalah nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, “Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjuk kepada salah satunya, maka beliau mendahulukan pemakamannya di liang lahat.” (Riwayat Bukhari)
Al-Quran menjanjikan kebaikan.“Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari Al Qur’an dan yang mengajarkannya” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Ganjaran di akhirat
Ibu bapa penghafaz al-Quran mendapat kemuliaan.Sesiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung dalamnya maka kedua-dua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinaran mahkota itu akan melebihi daripada cahaya matahari ,
sungguhpun matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini. (Riwayat Imam Ahmad , Abu Daud)Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat (penolong) Dari Abi Umamah ra.
ia berkata, “Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Bacalah olehmu al- Quran, sesungguhnya ia akan menjadi pemberi syafaat pada hari kiamat kepada para pembacanya (penghafalnya).”(Riwayat Muslim)
Penghafaz al-Quran mendapat bonus berlipat kali ganda.Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitab Allah (al-Quran) maka baginya (pembaca) dengannya (al-Quran) pahala dan pahala digandakan sepuluh sebagaimananya. Aku tidak kata bahawa “alif laam mim” itu satu huruf tetapi alif satu huruf, lam satu huruf dan mim itu satu huruf (Riwayat Tarmizi)
Oleh itu tidak hairanlah ramai ibu bapa berlumba-lumba mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran. Marilah kita berdoa agar dalam keluarga kita mempunyai sekurang-kurangnya seorang penghafaz al-Quran.
Seorang gadis menarik tangan saya ke suatu sudut yang agak jauh dari orang, sebaik saja saya selesai menjalankan sesi motivasi untuk sekumpulan penghuni rumah pemulihan akhlak remaja bawah umur. Pagi itu saya mengisi satu slot program outreach CENSERVE dengan membicarakan erti sebuah kelahiran. Dalam sesi itu saya masukkan juga bagaimana kelahiran itu berlaku dengan harapan anak2 muda yang mendengarnya faham betapa pentingnya dia dilahirkan ke dunia.
Gadis yang menunjukkan gaya yang agak ‘tomboy’ itu memegang tangan saya dengan begitu erat sekali. Dia memakai tudung putih dan baju sekolah yang lusuh dengan lengan dilipat hingga ke siku. Kainnya yang labuh diseret menyapu lantai seperti halnya dengan temannya2 yang lain di situ.
“Ibu cuba perhati muka saya. Ibu rasa saya ni bdak jahat ke budak baik?” katanya. Panggilan ‘ibu’ yang diucapkan oleh anak itu cukup syahdu.
“Ibu yakin anak budak baik” Jawab saya.
“Dulu memang saya budak baik. Saya pakai tudung labuh macam kakak tu” sambil mengarahkan tunjuknya kepada salah seorang pelajar uia yang bertudung labuh berdiri agak jauh dari situ.
“Rambut saya panjang sampai ke lutut. Sekarang ibu tengoklah rambut saya” Gadis itu terus membuka tudungnya. Rambut pendek gaya Mawi membuat saya terkejut.
“Dulu saya lemah lembut, tak pernah bersuara tinggi. Saya tak pernah bergaduh. Saya tak bercakap dengan budak2 lelaki sebab mak mengasuh saya menjadi budak pemalu. Saya hanya tahu pergi sekolah dan balik sekolah dan tak pernah ikut kawan kemana-mana. Tapi sejak saya simasukkan ke sini saya jadi ganas. Tak ada siapa pun berani melawan saya. Budak2 lelaki yang kat sebelah sana pun saya pernah tumbuk.” Tangannya menunjuk ke arah pusat pemulihan remaja lelaki di seberang jalan.
”Saya dah rasa sakit bersalin yang ibu cerita tadi.” Genggaman tangannya semakin kuat.
Dia terdiam seketika, air mata mula mengalir.
“Anak dah pernah bersalin? Macam mana anak boleh masuk ke sini? ” Tanya saya.
“Ibu, saya bukan budak jahat. Keluarga saya orang baik2. Sya masuk sekolah agama di Pasir Mas. Nenek saya kaya. Mintalah apa saja, nenek akan berikan.” suaranya agak terketar2.
“Saya tak minta tinggal di sini. Keluarga yang hantar. Saya dapat anak sebab saya dirogol semasa pulang dari sekolah. Masa tu saya sedang berjalan sendirian. Tiba2 sebuah kereta berhenti. Seorang lelaki keluar pura2 bertanya rumah orang di kampung tu. Semasa saya menunjukkan arah, dia terus tutup mulut saya dan tarik saya ke dalam kereta. Ada beberapa orang lagi dalam kereta tu. Saya cuba lepaskan diri. Saya tak tahu apa terjadi selepas tu. Saya pengsan. Bila tersedar saya dah ada dalam parit. Ada seorang tua cuba selamatkan saya. Baju saya koyak rabak. Saya balik ke rumah dan ceritakan pada kakak. Kakak melarang saya bercerita pada mak, takut mak sakit jantung. ” Dia terus bercerita.
“Selepas kejadia tu saya pergi sekolah macam biasa. Tapi beberapa bulan lepas tu saya rasa ada benda bergerak dalam perut saya. Kakak membawa saya ke hospital. Doktor kata saya mengandung. Saya menjerit kuat2. Keluarga saya tak boleh menerima keadaan itu. Saya terus berkurung dalam bilik. Saya jadi macam orang gila. Saya potong rambut saya dan tak benarkan siapapun datang dekat. Saya sentiasa pegang gunting. Cuma kakak yang boleh dekat untuk hantar makanan. Satu hari saya rasa sakit macam nak mati. Saya menjerit kuat2. Tak lama lepas tu darah turun mencurah2….bayi saya lahir dalam bilik air. Kakak membawa saya dan anak saya ke hospital. ”
“Lepas pantang keluarga serahkan saya ke sini. Setan2 yang rogol saya tu lepas kat luar sana. Dah 3 tahun saya di sini, Ibu, saya sekarang bertekad nak keluar dari sini. Saya nak ambil anak saya. Saya nak bawa dia lari jauh2. Saya nak jadi baik balik” Dia mneruskan cerita.\
“Anak tu kat mana sekarang?” tanya saya.
“Kat rumah kebajikan. Ada seorang Datin nak ambil. Tapi saya tak bagi. Itu anak saya.” Esakkannya bertukar menjadi suara keibuan yang masih punya kasih pada anaknya. Wajah hitam manis yang kasar disebabkan keadaan mula menunjukkan riak2 harapan.
Saya terus melayan perbualan gadis itu bagi meyakinkannya bahawa masih ada peluang baginya untuk meneruskan kehidupan. Di penghujung pertemuan, saya memeluknya dan mengesat air mata yang gugur mencurah2 dari wajah anak gadis malang itu.
Pengalaman bersama anak2 muda yang terkurung di situ amat memberi kesan kepada saya. Waktu pulang, anak2 itu mengiringi saya sampai ke pintu. .
‘Ibu…..ibu… datang lagi, ye” Rayuan mereka mengiringi perpisahan kami hari itu masih terngiang2 di telinga sampai sekarang. Saya terpaksa pulang awal dan program itu diteruskan oleh pelajar2 UIA yang saya bawa menjadi fasilitator untuk selama beberapa hari.
Kejadian itu sudah lama berlaku. Ia amat menginsafkan. Mereka adalah anak2 bangsa yang tergelincir kerana kurang bimbingan. Di antara mereka ada yang masih berumur 10 tahun yang tertangkap kerana berzina dengan abangnya berumur 11 tahun.
Sumber : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/09/
Sebuah lagi kisah pengalaman peribadi saya semasa membantu penghuni sebuah pusat pemulihan akhlak. Munghkin ia boleh dijadikan i’tibar untuk kita semua yang punya anak gadis atau adik perempuan yang masih remaja.
Beginilah kisahnya;;
Selepas sesi motivasi pagi itu di rumah Pemulihan Akhlak bawah umur saya memberi peluang remaja2 itu meluahkan perasaan mereka.
“Saya tak tak pernah terfikir saya akan berada di rumah ini. Saya tahu mak dan abah sedih punya anak macam saya.” Kata Ina (bukan nama sebenar), memulakan ceritanya.
Sengaja saya duduk dilantai bersama mereka untuk mewujudkan suasana santai. Kawannya2 yang lain turut mendengar dengan penuh perhatian. Dalam kepala masing2 mungkin sedang merangka bagaimana untuk bercerita apabila ‘Ibu Neli” memanggil namanya nanti.
“Ini semua sebab saya tercabar dengan kutukan kawan2. Mereka kata muka saya hodoh, mana ada ‘balak’ nak dekat saya. Saya tak puas hati. Saya nak bagi tahu semua orang yang saya pun boleh cari ‘balak’ sebanyak mana saya suka,” Kata Ina dengan menggunakan bahasa kasar remaja yang seangkatan dengannya. Saya sudah membiasakan diri dengan istilah2 itu dengan bantuan pelajar UIA.
‘Suatu hari saya keluar rumah tak bagi tahu mak ayah. Saya dah target tempat balak2 biasa berlonggok. Sengaja saya pakai baju seksi masa itu. Masa saya melintas depan budak2 tu, masing2 mulut ternganga tengok saya. Saya datang dekat dorang. Apalagi, buaya mana nak lepaskan bangkai depan mata. Salah seorang dari budak2 tu ajak saya naik motor. Saya terus naik. Dia ajak saya ronda2 sampai malam. Bila dah penat saya minta dia bawa saya balik ke rumah. Saya takut kena marah dengan ayah. Tapi dia bawa saya ke rumah sewanya. Dia kata biar rehat2 dulu. Nanti dia bawa balik.” Suara Ina mula terputus2. Saya cuba memberi sokongan moral dengan memegang tangannya.
“Saya tak sangka rupanya dia dah beritahu kawanya2 yang lain yang saya akan jadi habuan mereka malam tu. Lepas dia rogol saya, kawanya2 yang lain kerjakan saya ramai2. Saya meraung sakit tapi dorang semua ketawa.” Airmata Ina mula jatuh.
“Saya balik ke rumah lepas tu dengan dendam. Saya nak kwan2 yang pernah ejek saya rasa apa yang saya rasa. Lepas kejadian tu saya kenalkan seorang demi seorang kawan saya pada jantan tu. Saya rasa puas.” sambung Ina.
“Jadi macam mana Ina boleh masuk ke sini?” Tanya saya.
“Lepas kejadian tu saya dah tak kisah siapa2 yang nak rasa tidur dengan saya. Jantan tu jadi balak saya tapi dia bagi juga kawan dia tidur dengan saya. Mungkin ada orang laporkan pada polis, satu hari saya kena tangkap tengah buat projek dengan balak saya. Tapi balak saya dapat lepas.”
Ina seorang gadis berumur 17 tahun yang terperangkap dalam dunia remaja tanpa bimbingan sempurna. Ina tidak mempunyai hubungan mesra dengan ibunya sebagaimana lumrahnya anak2 remaja Melayu. Apabila saya bertanya apakah dia mahu kembali ke pangkuan ibubapa dian hanya menggeleng kepala. Dari riak wajahnya ada kemungkinan dia akan meneruskan aktivitinya selepas keluar nanti. Saya hanya mampu berdoa agar Ina dapat kembali ke pangkal jalan.
Sebelum pulang saya sempat memujuknya,”Ina, Ina tak hodoh. Ina cantik sebab itu budak2 tu ambil kesempatan dengan Ina. Masa itu Ina bukan diri Ina yang sebenar dan Ina terlajak tanpa ada orang yang cuba betulkan. Ina ada mak ada ayah yang sayangkan Ina. Yang penting Ina masih ada Allah yang boleh bantu Ina kalau Ina bertaubat. Ibu yakin jauh dalam hati Ina, Ina seorang remaja yang baik yang tak mahu semua benda tu berlaku. Ina masih belum terlambat. Rajinlah2 dengar apa ustazah cakap. InsyaAllah Ina akan berjaya.”
Kisah ini sudah lama berlaku dan saya tidak tahu bagaimana kehidupan Ina sekarang. Secara tiba2 saya teringat kembali kisah ini beberapa hari sebelum Hari Raya sewaktu menunggu suami mengambil saya dari klinik gigi di Greenwood. Masa itu jam lebih kuarang 10 malam. Sekumpulan anak muda Melayu lelaki perempuan sedang berseronok berbual dengan bahasa yang mereka saja yang faham. Seorang anak gadis dengan T-shirt pendek menampakkan pusat dan dada separuh terdedah dikepit oleh pemuda yang kusut masai lagak penagih dadah. Tangan lelaki itu dibiarkan saja menyelusuri badan gadis itu tanpa segan silu. AstaghfirulLahil ‘Azim, sedang ummat Islam sibuk mencari Lailatul Qadar anak2 muda ini sibuk mencari maksiat.
Berikanlah mereka hidayahMu ya Allah. Mereka adalah anak2 Melayu beragam Islam. Masukkanlah kembali iman yang sudah tercabut dari mereka. Lindungilah keluarga kami dari terlibat dengan maksiat seperti ini. Ya Rabbi, berikanlah kami kekuatan untuk membantu mengubah semua ini. Janganlah masukkan kami ke dalam golongan yang tidak menjalankan tanggungjawab kepada agamaMu.
Sumber : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/09/
mesti baca..............hehehe....... Aku ada cerita ni... lawak la jugak.. tapi jangan ketawa tau...
Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun tak tahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap.. so aku dah tak kisah lagilah..
Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepas tu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah.
Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba je kat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan . Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku. Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergi mengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ..
fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprise dia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepas tu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT!!!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.
Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku. 'dah lama ke pak sampai?'. Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!! !!!
Nabi Allah Musa A.S adalah satu-satunya Nabi yang dapat berkata-kata terus dengan Allah S.W.T Setiap kali baginda hendak bermunajat baginda akan naik ke Bukit Tursina. Baginda akan bertanya kepada Allah S.W.T. dan akan mendapat jawapannya pada ketika itu juga. Inilah kelebihannya yang tidak ada pada nabi-nabi lain. Suatu hari semasa Nabi Musa A.S. berada di bukit Tursina, baginda telah bertanya kepada Allah S.W.T, "Ya Allah, siapakah orang di syurga nanti yang akan berjiran dengan aku?" Allah S.W.T. pun menjawab dengan mengatakan nama orang itu, kampung serta tempat tinggalnya. Setelah mendapat jawapan, Nabi Allah Musa turun dari Bukit Tursina dan terus berjalan mengikut tempat yang diberitahu. Setelah beberapa hari di dalam perjalanan akhirnya sampai juga Nabi Musa ke tempat berkenaan. Dengan pertolongan beberapa orang penduduk di situ, beliau berjaya bertemu dengan orang tersebut. Setelah memberi salam beliau dipersilakan masuk dan duduk di ruang tamu. Tuan rumah itu tidak melayan Nabi Musa A.S, beliau masuk ke dalam bilik dan melakukan sesuatu di dalam. Sebentar kemudian dia keluar sambil membawa seekor babi betina yang besar. Babi itu didukungnya dengan cermat. Nabi Allah Musa terkejut melihatnya dan berkata di dalam hati dengan penuh kehairanan baginda, "Apakah gerangan halnya ini?" Baginda melihat Babi itu dibersihkan dan dimandikan dengan baik oleh pemuda berkenaan. Setelah itu babi itu dilap sampai kering serta dipeluk cium kemudian dihantar semula ke dalam bilik. Tidak lama kemudian dia keluar sekali lagi dengan membawa pula seekor babi jantan yang lebih besar. Babi itu juga dimandikan dan dibersihkan. Kemudian dilap hingga kering dan dipeluk serta cium dengan penuh kasih sayang.
Babi itu kemudiannya dihantar semula ke bilik. Selesai kerjanya barulah dia melayan Nabi Alah Musa. Setelah Nabi Allah Musa melihat kejadian tersebut, baginda bertanya kepada pemuda itu, "Wahai saudara! Apa agama kamu?." Pemuda itu menjawab, "Aku beragama Tauhid (Islam)." Dengan penuh kehairanan akan jawapan pemuda itu, Nabi allah musa betanya lagi, "Habis, mengapa kamu membela babi? Kita tidak boleh berbuat begitu."Pemuda itu kemudiannya bercerita kepada Nabi Musa akan perkara sebenarnya,
"Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua babi itu adalah ibubapa kandungku. Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodohrupanya. Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusan mereka dengan Allah, tetapi aku sebagai anaknya tetap melaksanakan kewajipanku sebagai anak. Hari-hari aku berbakti kepada kedua ibubapaku sepertimana yang tuan hamba lihat tadi. Walaupun rupa mereka sudah menajdi babi, aku tetap melaksanakan tugasku. Setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan. Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar, tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi."
Maka ketika itu juga Allah S.W.T. menurunkan wahyu kepada Nabi Musa A.S, "Wahai Musa, inilah orang yang akan berjiran dengan kamu di Syurga nanti, hasil baktinya yang sangat tinggi kepasa kedua ibubapanya. Ibubapanya yang sudah buruk dengan rupa babi pun dia berbakti juga. Oleh itu Kami naikkan maqamnya sebagai anak soleh disisi Kami. Oleh kerana dia telah berada di maqam anak yang soleh disisi Kami, maka Kami angkat doanya. Tempat kedua ibubapanya yang Kami sediakan di dalam neraka telah Kami pindahkan ke dalam syurga."
Kesimpulan Kisah: Itulah berkat anak yang soleh, doa anak yang soleh dapat menebus dosa ibubapa yang akan masuk ke dalam neraka pindah ke syurga. Ini juga hendaklah dengan syarat dia berbakti kepada ibubapanya. Walaupun hingga ke peringkat rupa ayah dan ibunya seperti babi. Mudah-mudahan ibubapa kita mendapat tempat yang baik di akhirat kelak. Walau bagaimana buruk sekali pun perangai kedua ibubapa kita itu bukan urusan kita, urusan kita ialah menjaga mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil hingga dewasa. Walau banyak mana sekali pun dosa yang mereka lakukan, itu juga bukan urusan kita, urusan kita ialah meminta ampun kepada Allah S.W.T supaya kedua ibubapa kita diampuni Allah S.W.T. Doa anak yang soleh akan membantu kedua ibubapanya mendapat tempat yang baik di akhirat, inilah yang dinanti-nantikan oleh para ibubapa di alam kubur. Erti sayang seorang anak kepada ibu dan bapanya bukan melalui hantaran wang ringgit, tetapi sayang seorang anak pada kedua ibubapanya ialah dengan doanya supaya kedua ibubapanya mendapat tempat yang terbaik di sisi Allah.
Dua puluh tahun yang lalu langkah saya pernah terhenti dalam perjalanan ke tempat kerja kerana sukar menghilangkan bayangan wajah anak yang menangis meronta2di muka pintu kerana tidak mahu ditinggalkan sebentar tadi. Deraian air mata si kecil yang baru berumur 3 tahun sudah cukup
melemahkan semangat untuk meneruskan perjalanan. Apabila pulang ke rumah si kecil akan menunggu di depan pintu yang sama sambil melompat2 tanda kegembiraan bersama kakaknya yang hanya setahun lebih tua. Eratnya tangan anak merangkul seolah2 dia sudah menunggu seratus tahun untuk bertemu dengan ibunya. Suasana begitu berlanjutan bertahun2 sampai anak ke enam.
Dalam hati saya berkata “ Ya Allah betapa beratnya perasaan yang dialami anakku setiap hari. Penderitaan yang dia saja yang tahu. Apakah suatu hari nanti suasana akan terbalik? Dia keluar bekerja dan aku menantinya pulang dengan penuh kerinduan sedangkan rindu itu adalah penderitaan”.
Selepas anak2 besar dan kini memang benar perkara yang dibayangkan itu benar2 berlaku. Bermula dengan pemergian ke asrama. Selepas itu seorang demi seorang meneruskan pengajian. Lima orang sudah berlalu dan kini yang bongsu pula akan menyusul. Menanti kepulangan anak itu adalah satu kesakitan yang tidak dimengerti oleh anak..
Rupanya nikmat yang amat besar bagi seorang ibu ialah apabila anak2 berada selamat dalam pelukannya.
Jika anda seorang anak, fahamilah hakikat berikut.
Nikmat melihat kejayaan anak hanyalah bonus kerana hanya sebahagian ibu saja yang mendapatnya. Setinggi dan sebesar manapun anak itu kini, tetapi di mata ibu anaknya masih si comel yang baru belajar bertatih. Anak itu akan dipeluk apabila berjaya berjalan. Perasaan bahagia memeluk anak tidak akan terhenti walaupun si anak sudah besar panjang.
Penderitaan yang amat menyakitkan malah melebihi sakit bersalin ialah derita apabila diabaikan oleh anak atau apabila anak sudah tidak lagi mendengar kata2 ibu. Sakit bersalin akan hilang sejurus melihat wajah anak. Sakit rindukan anak juga akan terubat hanya apabila ada anak di sisi. Tetapi sakit apabila perasaan dilukakan anak kerana keingkarannya adalah lebih berbisa dari segalanya. Mungkin inilah sebabnya hukuman Allah begitu berat untuk dosa mengingkari ibu.
Derita si anak adalah derita ibu. Derita ibu belum tentu dirasai oleh anak.
Sebenarnya ada kontrak perjanjian yang tidak bertulis antara anak dan ibu.
”Ibu bersetuju untuk menempuh segala kesakitan dan kesusahan mengandung, bersalin dan membesarkan anak. Sebagaimana si anak bersetuju tanpa bantahan apa saja yang dilakukan ibu terhadapnya sewaktu dia masih bayi, maka apabila dia besar ia harus setuju untuk tidak menderhaka. Imbuhan kepada persetujuan ini adalah nikmat dunia dan nikmat akhirat. Sebaliknya sebarang pencabulan terhadap kontrak, neraka akan menanti”
Dalam kontrak ini tidak menyebut ibu wajib menjadi sahabat anak. Ini bermakna sekiranya ibu mempunyai ciri2 seorang sahabat itu adalah bonus untuk anak. Sekiranya ibu tidak mempunyai ciri itu atau ciri2 lain yang diimpikan oleh anak, sianak tidak boleh menuntutnya. Dalam kata lain anak tidak boleh mempersoalkan ciri yang ada pada ibu.
Memiliki ibu yang sangat memahami dan selari dengan cita rasa adalah nikmat dan sekiranya sebaliknya, itu adalah ujian pada anak. Ujian perlu ditempuh dan perlu lulus dengan sempurna bukan lulus bersyarat.
Walaupun ibu diberikan keistimewaan dalam Islam, namun tidak semua ibu bernasib baik mendapat anak2 yang ada kesedaran tinggi terhadap tanggungjawab. Berapa ramai ibu yang menderita menahan perasaan semata-mata kerana gelagat anak yang tidak selari dengan apa yang diharapkan oleh ibu. Berapa ramaikah anak2 yang sedar bahawa ucapan ”Ish, mak ni tak fahamlah!” adalah cukup menyakitkan perasaan ibu. Bukankah dengan hanya kerana sepatah perkataan ”ah” oleh anak boleh menyebabkan anak masuk neraka.
Harapan ibu kadangkala disimpan dalam hati atau hanya dinyatakan secara tidak langsung. Contohnya, dapatkah si anak membaca senarai ciri2 seorang menantu yang ada dalam kepala ibu? Yang pastinya dalam senarai itu kesemua ciri2 yang dibayangkan adalah supaya anaknya bahagia dan hatinya tidak disakiti. Si anak pula hanya akan tahu ciri2 yang diingini ibu hanya selepas mengetahui ibu menolak atau menyetujui calon yang dikemukakan.
Ibu biasanya akan terluka apabila ia diberitahu hanya apabila si anak sudah membuat keputusan tentang pilihannya. Anak pula akan terluka apabila ibu terlalu berkeras dengan pendapatnya. Kelukaan ibu dan anak kadang2 membawa padah dalam kehidupan si anak seterusnya, hatta walaupun sekiranya satu hari nanti luka ibu sudah terubat apabila menantu yang tidak disukainya pada awalnya rupanya jauh lebih baik dari yang dia sangka. Kelukaan yang pernah dialami walaupun sudah hilang dan anak sudah diampunkan, kehidupan anak masih terjejas
Banyak kes2 rumahtangga bermasalah berpunca dari kengganan ibu merestui pilihanan anaknya pada peringkat awal hatta walaupun selepas itu si ibu amat menyayangi menantunya.
Betapa pentingnyaredha dan doa seorang ibu yang solehah secara berterusan untuk kebahagiaan anak masa depan.
Sumber : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/05/06/nikmat-dan-derita-menjadi-ibu/
“Usah menyakiti orang lain kerana, di akhirat nanti perbuatan kita itu akan dituntut oleh mereka yang kita sakiti. Kita tidak akan masuk syurga selagi kita tidak medapat maaf dari orang itu.
Tahanlah kemarahan kerana marah itu menyakitkan perasaan orang lain. Kita tidak tahu orang yang kita marahi itu mungkin orang yang dikasihi Allah. Menyakiti kekasih Allah itu buruk padahnya.
Marah itu membawa kepada sifat sombong kerana apabila kita marah, kita merasa besar dan orang yang dimarahi merasa dirinya diperkecilkan. Sombong itu selendang Allah dan Allah membenci kalau kita memakai selendang itu.
Biarlah orang lain dapat merasai nikmat kebaikan kita dan biarlah tiada sesiapa yang merasa sakit akibat dari keburukan dan kejahatan kita kecuali diri kita sendiri.
Usah takut membantu orang lain yang dalam kesusahan kerana Allah sudah menjanjikan ganjaran yang sangat besar untuk itu.
Usah merasa rugi apabila memberi kerana nikmat yang bakal dikembalikan Allah pada orang yang pemurah itu tidak ternilai harganya.
Jadikanlah diri kita seperti air sungai yang tenang. Ia mengalir lembut membawa seribu kebaikan kepada makhluk Allah yang lain. Kalau ada batu menghalang ia tetap terus mengalir mengelilingi batu dengan lembut tanpa mencederakan batu untuk menuju destinasinya. Airnya menghilangkan dahaga.
Jangan jadi seperti air laut yang sentiasa ada pasang surut. Airnya tidak mampu menghilangkan dahaga. Bila tiba waktunya akan menjadi badai yang menakutkan.”
Saya katakan kepada anak lelaki yang sedang menghitung hari menjadi lelaki bernama suami,
“Hormati wanita sebaiknya2. Jangan berkasar kerana wanita itu lembut dan kekasaran seorang suami itu amat menyakitkan. Jangan terlalu lembut kerana kelembutan yang keterlaluan tidak membantu meluruskan kehidupan seorang isteri.
Bersykurlah dengan isteri yang mempunyai nilai agama dan kemanusiaan yang tinggi kerana itu adalah ciri yang diperlukan untuk menjadi ibu yang sempurna kepada bakal zuriat. Nilai agama tanda dia beriman, nilai kemanusian tanda ia pengasih.
Kalau ibubapanya selama ini menciptakan kelembutan untuknya, jangan kita menukarnya dengan kekasaran. Ia amat menyakitkan dan tiada apa untung yang kita dapat selain penyesalan apabila sudah menjejaskan rumahtangga dan pada masa itu segalanya sudah terlambat.”
Hiduplah dengan sederhana kerana sifat bersederhana itu adalah asas kebahagian.
Letakkan diri kita dalam genggaman Allah kerana kita tidak akan mampu merasa selamat apabila terlepas dari genggaman suci itu.”
Lembutkan hati dengan
1. zikir alma’thurat
2. solat sunat
3. puasa sunat
4. sedekah
5. mengusap kepala anak yatim
6. Melihat orang yang kekurangan
Pandanglah dalam-dalam ke dalam diri,
Layakkah kita berkasar sedangkan kita dicipta oleh Yang Maha Lemah Lembut.
Layakkah kita pemarah sedangkan seharian kita memohon kepada Yang Maha Pengasih
Layakkah kita tidak memberi kepada yang memerlukan sedangkan hidup kita bergantung kepada Yang Maha Pemurah.
Mampukah kita terus melakukan dosa sedangkan Allah tidak pernah melepaskan pandanganNya dari kita.
Sumber :http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2010/04/
Rasanya seolah2 baru semalam dipimpin ibu berjalan di permatang sawah sambil membacakan seayat demi seayat surah2 lazim untuk saya hafal. Setiap hari saya menemani ibu menjaga padi dari di makan burung. Sehinggalah suatu hari, sedang asyik bermain2 dalam bendang, kedengaran panggilan ibu, “Li, cepat balik. Kita nak bertolak petang ni. Kenderaan dah dapat”
Saya tidak menyangka itulah kali terakhir saya merasa nikmat bebas bermain di sawah padi dengan teman2 sekampung. Selepas itu bermulalah perjalanan kami bertiga, ibu, kakak dan saya mencari ayah yang tidak pernah saya temui.
Ibu sering menceritakan kisah sedihnya saat melahirkan saya tanpa kehadiran ayah . Waktu itu kakak kedua saya yang baru berumur 4 tahun pula sedang sakit tenat. Sehari selepas saya lahir, kakak meninggal dalam pangkuan nenek. Kata ibu, semasa melihat jari2 tangan kakak yang sedang memeluk leher nenek sudah menjadi biru tanda2 dia dalam nazak, ibu mendekatinya dan sempat berbisik ke telinga kakak, “Hanim, Mak relakan Hanim pergi. Tunggu mak dan abah di syurga nanti,ye” Selepas itu kakak terus menarik nafas terakhir. Ibu berusaha keras menahan perasaan kehilangan anak yang sedang lincah dan comel tanpa suami untuk berkongsi.
Hanya 9 tahun selepas itu ibu berusaha keras mencari ayah atas desakan adiknya yang tidak sanggup melihat kakaknya hidup terpisah dari suami. Jasa Om Lukman, bapa saudara saya itu amat besar sekali.
Kami memulakan jejak kasih mencari ayah dengan menumpang sebuah lori sayur. Saya masih ingat ibu membawa bekal telur rebus kesukaan saya supaya tidak lapar dalam perjalanan yang entah berapa lama akan sampai. Kami dibantu oleh seorang sepupu yang katanya boleh membantu mencari ayah. Selepas hampir seminggu, berpandukan maklumat2 kabur akhirnya kami bertemu jua dengan ayah. Bayangan seorang anak kampung seperti saya tentang ayah ialah ayah saya tinggal di kota raya Kuala Lumpur tentunya hidup mewah. Namun bayangan itu akhirnya semuanya meleset. Ayah yang kami temui amat daif sekali dengan baju pagoda berlubang2. Tetapi keseronokan mempunyai ayah di depan mata mengatasi segalanya.
Ibu membisikkan pada saya, “Kita akan terus tinggal di sini dengan abah.” Kata2 itu memulakan kehidupan kami di tengah kota Kuala Lumpur dan selepas itu kami tdak pernah pulang ke kampung selama 23 tahun. Kata2 itulah juga memulakan perubahan kehidupan ibu seorang wanita kampung yang tidak pernah tinggal dibandar. Ibu terpaksa hidup berjimat sejimat-jimatnya.
Apa yang saya lihat setiap hari biasanya menimbulkan pertanyaan dalam hati tentang erti kehidupan.
Makan malam berlaukkan telur rebus
Sewaktu ibu membelah sebiji telur rebus untuk dikongsi dengan ayah, ibu dan kakak sebagai lauk makan malam, saya bertanya dalam hati macam mana agaknya rasanya makan nasi dengan lauk pauk yang melimpah dan makan sepuasnya. Kami hanya mampu makan lauk yang terpaksa dijimatkan. Kalau ada rezeki adalah ikan bilis sebagai lauk tambahan. Hanya seekor ikan bilis untuk satu suap.
Kereta hanya milik orang kaya
Semasa memandang kawan2 dihantar ayah mereka ke sekolah menaiki kereta sedangkan saya kadang2 terpaksa berjalan kaki sejauh 5 km untuk menjimatkan belanja, saya berkata dalam hati alangkah enaknya jadi anak orang yang punya kereta. Kalau saya ada kereta saya akan duduk dan tidur dalam kereta itu.
Suatu hari seorang saudara mengajak saya bersamanya pergi jalan2 melihat kapalterbang di Subang Airport menaiki kereta Mercedes anaknya yang baru dibeli. Kerana rasa teruja untuk jalan-jalan, ibu memakaikan saya baju merah kesukaan saya dan dengan sabar menanti ketibaan kereta Mercedes yang dijanjikan. Sebaik saja saya membuka pintu kereta dan duduk, terdengar suara isteri empunya kereta menjerit “Hei, mana boleh naik ramai2 ni. Berat sangat, nanti rosak kereta ni!!”
Dengan rasa malu saya berundur sambil berkata dalam hati ”kereta mercedes tu tak boleh bawa saya sebab saya orang miskin. Orang miskin ni berat.”
Saya berlari masuk ke rumah menangis kerana malu dihalau di depan orang. Baju merah yang menyalut badan saya yang kurus melidi itu basah dengan airmata.
Menumpang menonton tv di rumah jiran
Ayah tidak mampu membeli radio atau tv. Untuk melihat jam pun pun terpaksa meninjau jam dinding jiran. Sekali seminggu ayah membenarkan saya menumpang menonton cerita melayu di tv rumah jiran, Itupun sekadar mengintai dari luar pintu rumah jiran itu. Menonton sambil berdiri sampai cerita selesai. Usah ditanya betapa siksanya berdiri sambil dihurung nyamuk. Kalau hujan, ibu menyuruh saya pakai payung. Masa itu saya berangan2 alangkah enaknya kalau ada tv di rumah sendiri dan menonton sambil berbaring dan ada kipas bertiup.
Bantuan Baitulmal Wilayah.
Suatu ketika saya menerima bantuan baju sekolah dari Baitulmal. Saya membelek-belek baju itu. Kainnya tebal dan kasar tidak sama dengan baju kawan2 lain. Sedang asyik membelek baju, cikgu memberitahu, “Martinelli, nama kamu tersenarai untuk pergi ke Masjid Negara minggu depan kerana ada jamuan untuk kanak2 miskin.”
Saya berangan2 sendiri, bagaimana agaknya rasanya punya duit yang banyak dan membelikan semua orang baju cantik dan menjamu mereka tanpa menyebut ‘jamuan untuk anak-anak miskin’.
Semasa ibu terlantar sakit hampir setahun, ayah begitu sabar melayan ibu. Waktu itulah saya berusaha sendiri mencari rezeki dengan kerja tangan yang dijual di Pasar Minggu. Ibu selalu berpesan kalau susah jangan minta pada siapapun. Saya tidak mahu ibu susah hati takut ibu tambah sakit. Oleh itu setiap kali mendapat hasil jualan saya akan tunjukkan pada ibu.
Suatu hari, semasa ayah sibuk mengurskan ibu yang sakit di hospital, seorang lelaki yang menyamar sebagai kawan ayah datang meminta saya memberikan semua lukisan ayah. Katanya ayah yang suruh. Dia menyapuh bersih semua lukisan ayah. Bila ayah pulang beliau terduduk kesedihan dengan nasib malang yang datang menimpa satu-persatu. Ayah mengusap kepala saya dan dari raut wajahnya dapat saya rasa betapa sedihnya ayah.
Dalam hati saya berkata, “Kenapalah ada orang yang sanggup menipu orang susah seperti kami?”
Monolog-monolog mencari erti hidup sering berlegar dalam kepala saya tanpa suara. Kadang2 ia menjadi angan2, kadang2 menjadi dendam. Mungkin latihan dari ibu supaya jangan mengharapkan bantuan orang dan berusaha sendiri untuk hidup membuat saya menjadi cepat matang. Monolog2 itu jugalah yang kerap saya ingat sampai sekarang kerana ia benar2 menjadi pengajaran yang amat mahal harganya.
1. Hormati orang lain termasuk anak kecil kerana kita tidak tahu apa yang kita ucap atau lakukan pada mungkin akan terlekat di hati mereka selamanya2.
2. Dalam kita berpesta makanan sehingga melimpah2 ramai lagi yang kebuluruan.
3. Kalau memberi sedekah, berikanlah juga kasih sayang dengan memberikan barang yang baik bukan barang yang buruk dan terlalu rendah kualitinya.
4. Berhati2 dengan ungkapan yang boleh menghina orang yang kita bantu seperti memberi nama acara ‘bersama anak Miskin’. ‘Orang2 Cacat penglihatan’
5. Usah kedekut. Kalau ada orang ingin merasa sedikit nikmat yang kita dapat dari Allah, ajaklah mereka berkongsi sedikit nikmat itu. Nikmat yang kita terima hanya pinjaman dari Allah dan akan diambilNya kembali bila Dia mahu.
Sabda Rsulullah saw.
Tegaknya tiang dunia dengan 4 perkara.
i. Dengan ilmu para ulama’
ii. Dengan adilnya para pemerintah
iii.Dengan kemurahan hati orang2 kaya
iv. Dengan doa sekalian orang fakir miskin
Maka sekiranya tidak adanya ulama nescaya binasalah sekian orang yang jahil. Sekiranya pemerintah tidak adil nescaya (ibarat) manusia memakan manusia lain sebagaimana harimau memakan kambing. Sekiranya tidak ada kemurahan hati orang2 kaya, nesacaya binasalah sekalian fakir miskin dan sekiranya tiada doa fakir miskin, nescaya runthlah langit dan bumi.
Maaf saya tidak dapat sumber perawi hadith itu.
sumber : http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2009/11/
Seorang anak mendapati ibunya sibuk bekerja di dapur. Kemudian menuliskan sesuatu di selembar kertas. Ibu menerima kertas tersebut dan membacanya
UPAH MEMBANTU IBU:
Membantu ke warung RM 30.00 Menjaga adik RM30.00 Membuang sampah RM 5.00 Mengemas tempat tidur RM 10.00 Menyiram bunga RM 15.00 Menyapu RM 15.00 Jumlah total RM 105.00
Selesai membaca ibu tersenyum, mengampil pen kemudian menulis di belakang kertas yang sama.
Mengandung selama 9 bln Percuma Berjaga Diwaktu malam Percuma Air mata yg menitis keranamu Percuma Khuatir akan keadaanmu Percuma Menyediakan makan,minum, Percuma Pakaian & sgala keperluanmu Percuma Jumlah keseluruhan Percuma
Air mata anak berlinang kemudian memeluk ibunya & berkata “Aku sayang Ibu”, mengambil pen dan menuliskan lunas di kertas yang di bawahnya
wahai menantuku, aku hanyalah seorang ibu yang berbicara atas nama diriku sendiri dengan melihat putriku sebagai istrimu dan engkau sebagai menantuku. bila engkau membaca pesan ini semoga engkau melihat pula bayang wajah ibu yang telah mengandung dan melahirkanmu, berdiri bersamaku tepat dihadapanmu.
wahai menantuku, bukankah engkau sudah berjanji akan menjadi imam dunia akherat untuk putriku. bukankah engkau juga telah bersumpah untuk membawanya hingga ke baka dan memberinya satu tiket ke surga.
wahai menantuku, bila ada kelemahan dari istrimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga karena kekurangan darinya, bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang, begitu yang seharusnya.
wahai menantuku, diajarkan kepadamu oleh Nabi bahwa seorang suami tak boleh membiarkan mata istrinya basah walau hanya serupa tetesan embun dini hari. bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tentram dan aman. maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.
wahai menantuku, engkau suami yang dipilih Tuhan untuk putriku, bersabarlah terhadap istrimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya. bukankah engkau menikahinya atas nama Tuhanmu maka sayangi dan peliharalah istrimu dengan jalan Tuhan.
wahai menantuku, sebagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka durhaka terhadap suaminya, maka selamatkanlah istrimu dari dosa yang lebih besar. bukankah nantipun engkau akan ditanya tentang tanggung jawab bagaimana kau mengurus mereka dan menjaga jalan surga untuk bisa di lalui oleh yang harus kau bawa serta.
wahai menantuku, engkau di ijinkan menghukum istrimu sewajarnya namun janganlah mengenai wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka. janganlah menghardiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan seolah engkau turut menistakan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu.
wahai memantuku, ingatlah kemuliaan seorang ibu yang telah mengandung melahirkan dan membesarkanmu dengan kasih sayang dan kesabaran. lihatlah ketulusannya dan lemah lembut yang senantiasa ia berikan itu. bukankah engkau sangat mengenangnya?
wahai menantuku, seorang suami sejati haruslah berupaya mengutamakan keutuhan rumah tangganya dan menyelamatkannya dari kehancuran. ia harus membina dan menjauhkan istrinya dari azab yang engkaupun bisa menanggungnya.
wahai menantuku, bukalah pintu maaf untuknya lupakan ego dan harga dirimu sendiri dulu. bukankah ridho suami adalah ridho Tuhan? bagi seorang istri yang telah merasa bersalah dan ia memperbaiki diri dengan penyesalan yang sesungguhnya, tidakkah engkau sadar bahwa bila engkau tak memaafkannya bagaimana Tuhan akan mengampuninya?
wahai memantuku, sesungguhnya engkau sedang di uji begitupun dengan istrimu. perbaikilah bersama saling gamit dan bersinerji dalam satu jiwa. dengan jalan Tuhan dan selalu bersandar padaNya maka kalian akan selamat. maka berbesar hatilah. utamakan keluargamu karena ia adalah juga jalan surga untukmu. lembutkan hatimu juga rendahkan suaramu, berkasih sayanglah terhadap istrimu sehingga Allah ridho kepada kalian.
wahai menantuku, benar surga terletak di telapak kaki ibu dan ridho ibu adalah ridho Tuhan. Namun bagi ibu, semenjak aku serahkan putriku di tanganmu maka surga putriku ada di bawah telapak kakimu. Ridho suami adalah ridhoTuhan maka cintailah ia dengan cinta Tuhanmu.
semoga kalian berdua bahagia.
Sumber : http://www.pondokcurhat.com/inspirasi/ibu-untuk-sang-menantu.html