1. Gelas atau cawan hendaklah dipegang dengan tangan kanan
2. Bacalah " Bismillah"
3. Minum dengan tiga nafas. Diriwayatkan dari Anas RA bahawa Rasulullah SAW bernafas tiga kali saat minum. Baginda bersabda " Sesungguhnya, ini lebih mengenyangkan, menyembuhkan dan menyegarkan.
4. Minum dalam keadaan duduk. Jika tidak ada tempat untuk duduk adalah diharuskan minum sambil berdiri.
5. Jangan bernafas kedalam air. Setiap kali berhenti minum arahkan pernafasan ketempat lain.
6. Setiap kali berhenti minum (pada setiap penafasan) bacalah Alhamdullilah.
Rasullulah SAW amat menyukai minum madu yang dicampur dengan air sejuk. Amalan ini untuk tujuan amalan kesihatan. Rasulullah SAW juga suka minum air sejuk dan mencicip madu sebelum makan apa-apa diwaktu pagi.
Antara khasiat amalan-amalan ini ialah:
1. Menghilangkan balqham (kahak/lendir)
2. Mencuci perut
3. Membuang sisa-sisa makanan yang tertinggal didalam perut yang tidakdicernakan dengan sempurna dan menolaknya ke usus besa
r4. Menghapuskan sukatan dalam usus, menghilangkan senak perut dan sedu
5. Memperbaiki fungsi buah pinggang, limpa dan hati.
Rasullah SAW suka minum air yang telah disimpan semalaman didalam suatu bekas.
Aisyah RA meriwayatkan bahawa: " Diantara banyak-banyak jenis minuman, Rasulullah saw suka minuman manis dan sejuk". Hadis bermaksud, baginda mengemari minuman manis dan sejuk, campuran madu atau nabiz (rendaman buah tamar). Didalam suatu doa Rasullah SAW ada menyebut " Ya Allah kurniakanlah aku dengan cintaMu yang lebih besar dari cintaku kepada nyawa, harta,anak dan cintaku kepada air sejuk"
Rasulullah SAW juga sangat gemar minum susu kambing dengan tamar (al-athyabin- dua yang terbaik). Dalam riwayat Bukhari dan Muslim disebutkan Rasulullah pernah dihidangkan dengan semangkuk susu dan semangkuk khamar (arak) pada malam Isra'. Rasulullah walau bagaimanapun telah memilih susu. Jibril berkata "Segala puji bagi Allah yang telah memberi kamu hidayah menuju fitrah. Jika kamu mengambil khamar nescaya umat kamu akan sesat".