Khamis, 11 November 2010

Aku adalah abang..


Dilahirkan dalam keadaan miskin memang perit bertambah lagi menjadi anak sulung serta mengetuai adik-adik yang ramai serta masih kecil-kecil  lagi dari segi apa juapun sebagai abg mesti mengalah apa yang adik-adik mahu walaupun sudah ada ditelapak tangan sekalipun..
Dilahirkan di muka bumi allah…mengucap dua kalimah shahaddah… dengan sifat yang indah…dua belah mata menikmati alam kurnian allah….
Hanya tuhan sahaja yang tahu…aku adalah aku…siapalah aku tanpa ibu-bapaku…dari meniarap hingga berjalannya aku…mengaji al-quran diajar  ibuku…itu yang wajib bagi setiap ibu…
Sekolah  selalu banyak cuti… tak ada sapa yang peduli…berhenti sekolah jadi penentu…kerna fikiran dah buntu… mengambil upah hasrat dihati ingin membantu…asalkan adik-adik yang maju…hanya tuhan sahaja yang tahu…
Mula menorak langkah bersama usia remaja… yang semakin  mendekati hari tua… diambil kursus menjadi tindakan…angan-angan menjadi usahawan….tapi jadi macam pelarian…buruh binaan dinamakan… malu,pilu,sedih,dikeji terima dengan kesabaran…
Haluan manakah ingin dituju…jumpa orang kaya baru tahu…dibaginya segala batang kayu… walau hati sedang pilu… asalkan adik-adik yang maju…abang mengalah dulu….
Luahan bukan simpati…hanya satu yang dihajati….balas lah dengan  kejayaan…ibu-bapa turut meraikan…
Abang tetap abang….harungan yang baru tetap mendatang….dari pagi hingga ke petang…sampai azan berkumandang….tak pulang-pulang…kejayaan masih diterokai..doa dan harapan masih dicari…

Penulisan : Zulkifli Asri.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan