Khamis, 11 November 2010

Petua Untuk mendapat SMS dan Telefon percuma dari KEKASIH



Assalamualaikum.. hmm..tentu korang pernah dengar mengenai supersaver Maxis kan? sy tak pasti sekarang ini ada atau tak mengenai supersaver tu.. Tapi,tak silap sy beberapa tahun lepas ada super saver 12 jam,dari jam 12 tengah malam hingga 12 tengahari kan..dahlah murah..2ringgit jer..Buat pasangan bercinta,ber`couple` ada yang sanggup dari celcom or digi tukar ke maxis kerana promosi tu..

Tak tidur malam pun takpe,asalkan dapat bergayut dengan insan tersayang.. Dekat sini bukan sy yang persoalkan tentang `supersaver` tu.. tapi,alangkah indahnya... Jika malam yang indah,dingin sunyi itu kita luangkan masa ber'bual' dengan 'kekasih' kita yang lebih utama.. Kan best.. tak kena bayar or charge apa-apapun..FREE!!! Seronok tau bercerita dengan DIA..Tak macam kekasih kita yang pernah kita kenali dulu..Kadangkala tu asyik nak gaduh jer kan..kadang-kadang jugak belum tentu lagi kekasih kita yang lama ni nak dengar masalah kita kan?Ada yang akan marah balik pun ada...

Alangkah indahnya kalau kita dapat kekasih yang caring,penyayang,take care tentang kita,jujur, sanggup dengar luahan hati kita,pemurah, kaya pulak tu,boleh katakan semua yang best-bestlah yang kita nak dari DIA.

Tapi 'nobody perfect'... Kenapa kita masih tak nampak Kekasih kita yang sentiasa menanti kita untuk sentiasa bersamaNya...? kalau nak dibandingkan Dia dengan kekasih-kekasih kita yang terdahulu,Dia ada segalanya...Kenapa kita tak cuba tarik perhatian Dia? Kenapa kita tak pernah nak teringatkan Dia? Sedangkan tak cukup ker dengan kekayaan yang Dia miliki,tak cukupkah dengan Sifat pemurahNYA.PenyayangNYA...

Kita dah tak perlu cost yang tinggi untuk tari perhatian Dia.. Cuma perlu berbicara, dengannya setiap hari...Tinggalkan apa yang Dia tak suka.. Tak perlu makeup tebal-tebal..just ambil wudhuk untuk dijadikan makeup..Dia sukakan orang yang baik hati,tak suka berdengki.. Tak payahlah nak pakai baju mahal,cukup sekadar menutup aurat pun Dia dah suka...

Rupa paras tu semua tak penting..Yang penting Dia amat menyayangi insan yang sentiasa mengingati,menyayangi Dia..Dia tak pernah tak tepati janji Dia pada insan yang sentiasa mencintai Dia..

Ruginya kita lepaskan peluang untuk menjadi salah seorang kekasihNya yang Agung..Rugi lagi jika kita tidak dapa berjumpaNya di sana kelak..Dia adalah Allah...Tuhan sekalian alam..

So...sy menyeru kepada semua yang sedang bercouple...jom kita bertukar kekasih sekarang....Tak rugi...

Semoga kita tergolong dalam golongan kekasih Allah...amin