Jumaat, 30 Julai 2010

Kuasa tuhan tiada siapa pun boleh menghalang



Salam kepada semua pembaca...apa yang kita lihat pelik tapi benar...kejadian ini berlaku apabila saya ingin pulang kerumah lalu mengambil kesempatan untuk mengambil gambar2 lampu jalan ini diatas ingin saya ceritakan tentang waktu datuk seri IR.NIZAR memenangi kerusi dun pasir panjang masa itulah penduduk kampung mendapat peruntukan...

Temubual Ekslusif MB Perak Ir Nizar Bhg 1/2

Kata-kata pahit dan tajam membuka hati naluri pelajar

Kem Motivasi Anak Soleh_ADNIN_Ust Akhwan & Nazrey (X-Raihan)

Menjelang ramadhan kelak

Menjelang bulan ramadhan nanti penduduk kampung tidak perlu risau lagi untuk menunaikan solat terawih oleh kerana semenjak IR.HJ NIZAR memenanggi dun pasir panjang beliau telah memperuntukan lampu jalan kepada penduduk kampung...Sebelum ini jalan kampung lekir memang gelap gelita...waktu itu orang kampung   susah la sikit al maklumlah orang kampung hanya ada motosikal tambah la pulak...motor yang dah OTAI...sendiri ingat la BRO...

Luahan ini bukan untuk menyebelahi mana2 pihak politik tetapi LU FIKIRLAH SENDIRI kata nabil...bukanya saya@lekirmai...

Terjah....DAIF....


Rumah ini terletak di pekan sabtu batu 10,harapan pihak berkenaan ambil perhatian kepada tuan empunya rumah ini,kalau tak ke pekan sabtu kita boleh lihat rumah ini kerana ianya hanya ditepi jalan sahaja...

Miskin tegar


                   MISKIN TEGAR......
Nama ini dah senonim kita dengar,apa yang kami mahu agar penduduk lekir tidak lagi seperti ini..sekiranya masih ada bermakna pihak yang bertanggung jawab ambil lah perhatian bukan hanya dengar dan lihat sahaja...setiap kampung kerajaan melantik TOK PENGHULU&KETUA KAMPUNG
mereka inilah tempat orang kampung ingin mengadu masalah..

Hasil gambar dari : mtd kota lama.

Jejantas


Jejantas ini adalah dari kerajaan BN,kemudahan ini diberi pada dua sekolah iaitu sek.keb batu 10&sek.keb.batu 8,pihak blogger berharap guru-guru dikedua sekolah ini dapat memastikan murid-murid sekolah mereka mengunakan jejantas ini...kemudahan yang diberi bukan untuk hiasan tetapi untuk menghindari dari kemalangan kepada murid-murid sekolah.

Perutukan ini diberi sewaktu menjelang PILIHANRAYA tahun 2008.

Hanya Gurauan

Add caption

Sabda S.W.T

Khamis, 29 Julai 2010

Kilang punca pendapatan or Punca pencemaran???


                        JOM..JOM..JOM..JOM...TERJAHHHH.........................
Apa yang kita lihat gambar ini adalah sebuah kilang yang semakin maju di kampung lekir ini,itu apa yang kita lihat dari mata kasar..bagi yang tiada pengahtahuan

Makin maju bukan bermaksud penduduk lekir yang makin maju tetapi makin
merosotlah pendapatan penduduk LEKIR.......PERSOALANNYA? 


mari kita kongsi bersama:-Admin lekirmai adalah bekas CHEMICAL ENGINEER ianya pernah berkhidmat bersama sebuah syarikat bukan bumiputra iaitu HIGARD(M)SDN.BHD,sewaktu ianya berkhidmat,YTY ini adalah salah satu customer beliau maka selok belok YTY ini semuanya ada didalam gengaman beliau...perhhh..tak tahulah apa akan jadi lagi dimasa akan datang kalau yang berkuasa tak buka mata..


Kami bukan mahu PERCEMARAN kami hanya mahu KITARAN YANG BERSIH serta PENDAPATAN yang bersih....Cerita selanjutnya hubungilah:017-5036784(zul)







MOH KE MLM SENI & BUDAYA ISLAM

Dari blog : Otai Manjung
Gambar atas sumber : Blog Madah

MALAM KESENIAN & KEBUDAYAAN ISLAM
Jemputan Khas : Azhan Juara Akedemi Nasyid TV9 2009
Anjuran : Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung
Tempat : Perkarangan Surau Madah Fasa 1A Seri Manjung.
31.07.2010 Jam : 9.15 Malam.
Maklumat lanjut klik di sini.

Menghargai bantuan brader Basher Mobara dan kerjasama dari Sam UREKA, MSK UREKA dan Meor Cakap Rakyat Group, bagi merealisasikan misi bantuan kepada Pusat Asuhan Tunas Islam dengan cara menjual sambil menderma hasil karya & budaya kesenian rakyat dan juga penghargaan kpd jawatankuasa program ini yang memberi ruang utk bersama menjayakan majlis yang sederhana ini.

Produk yang bakal dijual dgn harga promosi sambil menderma disalurkan ke Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam, moga dapat sebarkan program ini kpd rakan taulan. Sokongan semua amat dihargai.

Album DARI RAKYAT UTK RAKYAT dapatkan ORIGINAL dari MEOR. Berhibur dgn luahan rakyat marhaen sambil Menderma. Harga Pasaran RM20.00, Harga Promosi Mlm itu RM15.00 (RM3 disumbangkan kpd Pusat Asuhan Tunas Islam, jumlah kos pembuatan RM10 dan penghantaran RM2)

BUKU dari bilik darjah sekolah UREKA , Harga mengikut Buku.

Dapatkan T-SHIRT UREKA dgn menderma, stok terhad, Harga Pasaran RM25 - RM20, Harga Promosi Malam itu max. RM20- min. RM15 atau tiada had maksima mengikut keikhlasan anda utk menderma yang mana hasil jualan sepenuhnya dimasukkan ke dalam Tabung Pusat Asuhan Tunas Islam atas sumbangan dari semua yg terlibat dlm misi ini. Stok terhad, utk tempahan mengikut harga pasaran.

"Semua orang adalah guru dan alam raya adalah sekolah"

Stok terhad.

Sekolah Rakyat!

Ahad, 25 Julai 2010

Projek pembinaan pondok hidayatullah di Tanjung Kepah Lekir.


Kerja-kerja pembinaan sedang dijalankan...


Pondok Hidayatullah Tanjung Kepah Lekir.

Projek pembinaan pondok hidayatullah di Tanjung Kepah Lekir. Kepada sesiapa yang ingin memberi sumbangan kepada anak-anak yatim piatu iaitu penghuni pondok ini, sila hubungi:
Uztaz Hamid 019 4141 914
Hajjah Haminah 019 2716 256 Hajjah Fatimah 019 5644 811

Jumaat, 23 Julai 2010

Berkerjasama


Salam:-Kepada semua dijemput hadir pada 08/08/2010@8.30 pagi bagi gotong royong membersih kawasan tanah perkuburan islam ini,

Khamis, 22 Julai 2010

Kaki Pancing_LEKIR...



















Ni baru betul kaki pancing sejati...hahaha...Siakap sesaje

Renungan Bersama

ALLAH MEMBOLEHKAN MANUSIA MENGUASAI ALAM

Islam mengajar kita, bahawa alam semesta ini, dimana manusia hidup dengan segala hasil yang ada di dalamnya, bukanlah buatan manusia, dan tidak akan ada kemampuan mereka untuk menciptakannya, tidak dimana yang lalu, tidak sekarang dan tidak pula dimana yang akan datang. Adalah ujud segalanya itu dari ciptaan Khaliq semesta alam: “Bahkan kamu manusia sebahagian makhluk Allah”. (al-Maidah: 18).

Pasti tidak ada kemampuan sama sekali bagi manusia untuk membuat alam ini, jika tidak sanggup membuat yang lebih kecil dari lalat, sekalipun mereka bergotong-royong seluruhnya: “Sesungguhnya segala apa yang kamu jadikan Tuhan selain dari Allah, tidak akan sanggup mencipta seekor lalat pun, sekalipun mereka bergotong-royong seluruhnya…” (al-Haj: 73).

Alam dimana kita hidup ini, dimana kita memakmurkan dan merasai nikmat hasil kemakmurannya, adalah ciptaan Allah. Allah yang telah menciptakan manusia dari tanah, membentuk dalam keadaan yang amat sempurna, menjadikan lelaki dan perempuan, memperlengkapi mereka dengan mata, telinga, hati, otak dan fikiran, semoga mereka sedar dan mengenal rahmat Allah serta bersyukur atas kurnia Yang Maha Besar: “Allah yang menciptakan kamu dari tanah, kemudian dari segumpal darah, dan akhirnya berkeluarga”. (Fatir: 11) .

“Wahai insan, apa gerangan yang telah memalingkan engkau dari tuhan mu yang mencipta engkau, yang telah membentuk engkau, lantas merubah bentuk menurut yang dikehendakiNya”? (al-Infitar: 5-8).

“Dan Allah yang telah memberi kamu rupa, lantas membuat rupa mu itu dengan seindah-indahnya”. (Ghafir: 64).

“Dan Allah yang telah melahirkan kamu dari kandungan ibu mu, dimana kamu tidak tahu apa-apa, lantas Allah membuat mu telinga, mata dan hati, semoga kamu bersyukur”. (an-Naml: 78).

Alam dimana kita hidup ini, adalah ciptaan Allah; Allah Pencipta segala-galanya, baik yang kita ketahui atau pun yang tidak; baik yang terjangkau oleh ilmu kita atau pun yang tidak; Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dengan segala isinya, baik yang telah diketahui oleh ilmu manusia atau pun yang tidak dan belum. Allah akan sanggup mencipta yang lain-lain lagi jika dikehendakiNya: “Demikianlah, bahawa Allah itu adalah tuhan mu; tidak ada tuhan selain daripada Allah; Allah pencipta segala-galanya, kerana itu beribadatlah kepadaNya”. (al-An’am: 102).

“Adalah kepunyaan Allah kerajaan langit dan bumi, dan Allah mencipta apa yang dikehendakiNya”. (al-Maidah: 17).

“Puji bagi Allah yang telah menciptakan langit dan bumi; Allah yang telah mengadakan gelap dan cahaya”. (al-An’am: 1).

“Allahlah yang telah menciptakan malam dan siang, matahari dan bulan”. (al-Anbia’: 33).

“Allah yang telah menjadikan mati dan hidup, untuk mencuba siapa diantara kamu yang paling beramal”. (al-Mulk: 2).

Allah yang telah menciptakan alam ini, berkebijaksanaan untuk memberi kuasa kepada manusia untuk mengolah segala isi alam, dengan mempergunakan kelengkapan manusia; mata, telinga, akal dan sebagainya, yang akan membantu mereka untuk mengambil manfaat dari kandungan alam: “Apakah kamu tidak sedari, bahawa Allah telah menguasakan kepada mu untuk mengolah isi langit dan bumi, dan menyerahkan kepada mu pengunaan hasilnya, baik yang telah nampak atau pun yang masih tersembunyi”. (Luqman: 20) .

Manusia yang hidup di atas bumi, dimana Allah telah menguasakan kepada mereka segala isi langit dan bumi, baik yang berada dilaut atau pun didarat. Kepada manusia telah diberi hak untuk menyelidik rahsia langit dan rahsia bumi; diberi hak untuk menggali segala apa yang bermanfaat bagi mereka. Ertinya bagi mereka telah mendapat keizinan umum dari Allah: “Allah yang telah membentangkan laut bagi mu, agar kapal dapat berlayar didalamnya, agar kamu dapat mencari penghidupan dengan perantaraannya, semoga kamu bersyukur, dan Allah telah menguasakan kepada mu segala isi langit dan bumi; sesungguhnya dalam kejadian itu semua, terkandung ayat-ayat (kebesaran Tuhan) bagi mereka yang berfikiran”. (al-Jashiah: 12-13).

“Allah yang telah menciptakan langit dan bumi, dan telah mencurahkan dari langit hujan, dan dengan (sebab kesuburan) air itu meranumkan buah-buahan untuk mu. Allah telah menguasakan kepada mu kapal agar berlayar dilautan dengan perintahnya, bahkan juga sungai-sungai. Allah telah menguasakan kepada mu matahari dan bulan, malam dan siang, dan telah mendatangkan segala pinta mu. Memang kalau kamu cuba menghitung nikmat Allah kepada mu, pasti kamu tidak sanggup. Sungguh sifat manusia itu kejam dan pembangkang”. (Ibrahim: 32-24).
Oleh: A.Hasjmy.
“Agama Menjadi Sendi Hidup,
Pengaruh Menjadi Penjaganya.
Kalau Tidak Bersendi Runtuhlah
Hidup Dan Kalau Tidak Berjaga,
Binasalah Hayat. Kerana Orang Terhormat Itu, Kehormatannya Itulah Yang Melarangnya Berbuat Jahat”.
Oleh: Prof. Dr. Hamka.
“Allah Yang Telah Menjadikan
Kamu (hai manusia) Sebagai
Penguasa Bumi (khalifah),
Darjat Sebahagian Kamu Ditingkatkan Atas Sebahagian Yang Lain, Dimana Allah Akan Menguji Kecekapan Mu Dalam Mengurus Alam…”

Sumber gambar : Blog Tunduki Hatimu

Anak muda Lekir Yg Dalam Kenangan Berkerja Keras...TAKBIR.....

Selasa, 20 Julai 2010

mawi berzanji

Indahnya Iman- Doa Taubat Part 1/3 - Astro Oasis

Menunggumu - Michael Jackson (RIP)

Bahaya Rokok Pada Kesihatan Badan

Amy Search , TG Nik Aziz & abg kepada oman(otai-manjung) merasmikan restoren


Gambar dan video ini diperolehi dari www.tvpass sebagai untuk dikongsi bersama serta memberi ucapan TAHNIAH kepada mereka yang telah berjaya menjalankan perniagaan sebuah restoren bernama CHENG HO

Mari kita menyanyi sama2

orang tua beritahu tentang bahaya rokok

CINTAILAH ALAM SEKITAR...

Ungkapan yang biasa didengar, tetapi tidak dipratikkan. Untuk pengetahuan umum kampung lekir adalah sebuah kampung yang kaya dengan hasil pertanian. Perkataan lekir juga adalah berasal dari pokok lekir yang dahulunya banyak di kawasan kampung ini. Persoalannya, bagaimanakah kawasan pertanian boleh dijadikan tempat perindustrian. Mari kita terjah...

Kilang YTY INDUSTRY SDN. BHD. yang terletak di Bt 10 lekir. Produk yang dikeluarkan adalah sarung tangan medical yang diperbuat daripada getah dan campuran bahan kimia. We difahamkan kilang ini semakin membesar. Kerja kerja penambahan sedang dilakukan. Wah!!! Kaya!!! Kaya!!! Kaya!!!. Nampak gayanya bertambahlah peluang perkerjaan, warga asing pun bertambah, dan bahan sisa tosik pun akan bertambah. Mana nak campak sisa-sisa toksik tu? We harap Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau supaya tidak berlakunya pembuangan sisa tosik yang tidak mengikut spesifikasi. Selamatkanlah kampung lekir...

Industry(YTY) yang berada di kg lekir


Dahulu hanya kecil-kecilan,Kini dah dibesar-besarkan..bertambah majulah kilang ini...tetapi makin maju makinlah bantot tanaman penduduk kampung...Cerita selanjutnya,luangkanlah masa anda dibelakang kilang ini...melalui jalan parit perak.
              
                                                                  MACAM-MACAM ADA...

                                                                                                                                          

Kawasan perkuburan islam batu 10


Kami dari warga blogger ingin memohon kepada sesiapa yang berminat untuk memberi sumbangan bagi membina pagar batu di kawasan ini,Apa yang kita lihat ditempat lain kawasan perkuburan mereka sudah lama kelihatan bersih dan cantik...bak kata pepatah:


*Keluar DUIT tak semestinya jadi miskin dan simpan DUIT tak semestinya jadi KAYA*

Isnin, 19 Julai 2010

Ejen untuk permulaan&mempebaharui lesen ssm,kewangan dan lain-lain

Hi...Hubungilah saya jika perlu(012-5537635@017-5036784)

Fikirlah..DAN..Kajikanlah..

Apa yang kita lihat adalah lalang dibelakang sekolah ini,tetapi di bawah lalang ini adalah tanah,HAK milik siapakah tanah ini?
Inilah akibatnya kalau main sign sahaja tapi tiada membuat kajian layak kah tanah diberi kepada yang mampu?sedangkan ramai lagi yang masih memerlukannya...kalau lah tanah ini diberi kepada orang fakir dah tentu kita semua tidak akan kelihatan lalang yang penuh di kawasan ini...

HAYATILAH..DAN...RENUNGKANLAH........ 

Kg tersusun batu 12



Adakah anda mendengar khabar tentang penukaran nama kampung ini?kampung ini yang dulunya kampung tersusun kini ada pihak ingin menukar menjadi kampung tersusun Tahi Lembu...tapi kalau difikirkan dan dikajikan memang munasabah kalau diberi dengan nama itu...

GEMBIRAKAH ORANG-ORANG KAMPUNG TERSUSUN INI KELAK??????????

Aku yang jadi mangsa kelak nanti...


Adakah 2 ekor kucing ini menunggu pengumuman HARGA(Minyak,Gula dan Gas) dari Kerajaan Atau..?????

Mesyuarat


Di restoran kampung lekir hak milik ipin inilah tempat BLOGGER membuat perbincangan,Kepada sesiapa yang ingin berkongsi cerita bolehlah datang setiap hari sabtu&ahad..

Suasana di pejabat_HAPPENING..HAPPENING.....



'1M' 1 malaysia...1 melingkup...

Pada 16 julai 2010, Jumaat, kita di gegarkan dengan harga gula naik 25 sen sekilo manakala harga minyak RON 95 naik 5 sen seliter iaitu 1.85, Diesel naik 5 sen seliter 1.75 dan petroleum gas cecair (LPG) 10 sen iaitu 1.85 sekilogram. Subsidi untuk minyak RON 97 tidak lagi diberi. Giler apa!!! We bukan nak hentam sape-sape cuma nak meluahkan rasa ketidakpuasan hati kepada pemimpim kita pada hari ini. Dimanakah yang dikatakan rakyat di dahulukan. Rakyat dibebankan dgn pemasalahan globalisasi masa kini. ekonomi negara mangkin bermasalah. Apa kerajaan kita buat? "How to survive" raya dah nak dekat ni. Nampak gayanyer bertambahlah kos, pening pala...

Ahad, 18 Julai 2010

Harga Gas memasak naik.

Peruncit dan penjual gas dan orang ramai telah dibeban dengan kenaikkan harga gas memasak naik harga. Harga setong gas telah naik dengan banyaknya menyebabkan orang ramai merungut. Mereka marahkan penjual gas yang tidak bersalah kerana harga gas naik. Sepatutnya mereka menyalahkan pihak Kerajaan yang menaikkan harga gas. Malaysia adalah kaya dengan hasil minyak dan gas dan simpanan gas Malaysia adalah banyak dan gas ini dibuang begitu sahaja. Lihat sahajalah bagaimana pembakaran gas berlaku di pelantar minyak di laut. Sepatutnya harga gas tidak berlaku kerana Malaysia mempunyai simpanan gas yang banyak. Sekarang ini semua orang memasak gunakan gas bukan lagi kayu api seperti dahulu. Apa nak jadi dengan Malaysia harga gula pun naik juga, Puasa dan Hari Raya hampir tiba mungkin naik lagi harga gula kerana ada team sorok bukan team sorak. Nanti gula mungkin akan kurang di pasaran. Berhati-hatilah kita menghadapinya.

Sabtu, 17 Julai 2010

takbir!!!pandanghlah..lihatlah..fikirkanlah...

Maher Zain - Open Your Eye with Lyrics

Renungan bersama...

“Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku”. Maka Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi lalu mereka pun datang. Rasulullah s.a.w bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?” Jawab mereka: “Dia orang yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin kami. Ulama kami, anak ulama kami”. Sabda Rasulullah: “Apakah jika dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?”. Jawab mereka: “Allah lindunginya dari perkara tersebut”. Sabda Rasulullah: “Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka”. Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: “Aku menyaksikan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah”. Lantas mereka berkata: “Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam: “Aku telah beritahu wahai Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta”. (Riwayat Ahmad dan al-Bukhari).

Hasil Yang Lumayan..


Ikan-ikan ini semua adalah hasil dari anak muda yang meluangkan masa mereka diPULAU TERMORAK..Kepada yang berminat untuk menjadi kaki pancing pendek kata tidak rugi MASA ANDA DI BATANG PANCING..