Rabu, 1 Disember 2010

HUkum Melawak


Etika melawak dan bergelak ketawa.

Islam tidak melarang untuk kita berseronok dengan melawak dan bergelak ketawa. Lihatla bagaimana kisah Rasulullah bergurau dengan seorang wanita tua.

Wanita itu berkata baginda “Doalah kepada Allah supaya Dia memasukkan aku ke dalam syurga.” Baginda menjawab “Wahai ibu, sesungguhnya orang tua tidak masuk ke dalam syurga.” Perempuan itu balik dan menangis. Baginda saw bersabda:

أخبروها أنها لا تدخلها وهي عجوز إن الله تعالى يقول إنا أنشأناهن إنشاء فجعلناهن أبكارا عربا أترابا

Maksudnya: “Beritahulah kepadanya bahawa dia tidak masuk ke dalam syurga dalam keadaan masih tua.

Sesungguhnya Allah berfirman “ Sesungguhnya kami mencipta wanita-wanita syurga dengan penciptaan yang baru.

Kami jadikan mereka dalam keadaan dara, yang amat mengasihi suaminya dan yang sebaya dengannya.” (Hr Tirmizi dan al-Baihaqi dgn sanad yg hasan)

Abu Hurairah telah meriwayatkan: Para sahabat berkata “ Wahai Rasulullah sesungguhnya kamu bergurau senda dgn kami.” Baginda menjawab:

نَعَمْ غَيْرَ أَنِّي لَا أَقُوْلُ إِلَّا حَقَّا

Maksudnya: Ya aku bergurau tetapi aku tidak berkata melainkan perkara yang benar.(Hr Tirmizi dan Ahmad – sanadnya hasan)

Disini Dr Yusuf Qardawi meletakkan lima etika yg perlu dipatuhi dalam bergurau senda:

Pertama: Tidak menggunakan perkara yang bohong sebagai alat untuk manusia tertawa.

Nabi saw bersabda:

ويل للذي يحدث فيكذب ، ليضحك القوم ، ويل له ، ويل له.

Maksudnya: Celaka orang yang bercakap kemudian berbohong supaya manusia ketawa. Celakalah dia dan celakalah dia. (Hr Ahmad dan ad-Darimi – sanadnya sahih)

Kedua: Gurauan tidak mengandungi penghinaan terhadap orang lain melainkan diizinkan oleh orang tersebut.

Firman Allah: “ Wahai orang2 yang beriman janganlah satu puak itu menghina puak yang lain, kemungkinan orang yang dihina lebih baik dari orang yang menghina. Janganlah wanita menghina wanita yang lain , kemungkinan wanita yang dihina lebih baik baik dari yang wanita menghina… “ ( 11 : al-Hujarat)

Nabi saw bersabda:

بِحَسْبِ امْرِىءٍ مِنَ الشَّرِ أَنْ يَحْقِرَ أَخَاهُ الْمُسْلِمَ

Maksudnya: “Cukuplah seorang itu melakukan kejahatan apabila dia menghina saudaranya semuslim.” (Hr Muslim – sahih)

Termasuk dalam menghina ialah dgn meniru perbuatan orang lain.

Aisyah ra berkata “Aku telah meniru perbuatan seorang manusia.” Lalu Rasulullah saw bersabda:

ما أحب أني حكيت أحدا


Maksudnya: “Aku tidak suka meniru perbuatan orang lain.”(Hr Ahmad dan Baihaqi – sanad sahih)

Ketiga: Melawak yang tidak menakutkan orang lain.

Nukman bin Basyir ra berkata: Sesungguhnya kami bersama Rasulullah saw dalam satu perjalanan. Seorang lelaki mengantuk di atas tunggangannya. Seorang lelaki yang lain mengambil anak panah dari busurnya dan mengejutkan lelaki yang mengantuk yang menyebabkan dia terperanjat. Rasulullah saw bersabda;

لاَ يَحِلُّ لِرَجُلٍ أَنْ يُرَوِّعَ مُسْلِمًا


Maksudnya: “Haram bagi seorang lelaki menakutkan orang Islam.”(Hr Thabrani – sahih)

Nabi saw bersabda:

لا يأخذن أحدكم متاع أخيه لاعبا أو جادا

Maksudnya : “ Janganlah kamu mengambil barang kepunyaan saudara seislamnya dengan niat melawak atau pun betul2.”(Hr Ahmad – sahih)

Keempat: Jangan melawak ditempat yang serius dan jangan serius di tempat melawak.

Dalam Islam ada 3 perkara yang dianggap diambil hukumnya walaupun dalam keadaan melawak. Nabi saw bersabda:

ثلاث جدهن جد وهزلهن جد: النكاح والطلاق والعتاق

Maksudnya: “Tiga perkara yang mana yg mana diambil hukumnya samaada dalam keadaan melawak atau serius: 1. Nikah 2. Cerai 3. Membebaskan hamba. (Hr Abu Daud, at-Tirmizi dan Ibnu Majah – sanadnya hasan)

Sesungguhnya Allah telah mencela orang2 musyrikin yang ketawa ketika mendengar al-Quran. Firman Allah swt:

“Adakah kamu hai musyrikin rasa hairan dengan ayat2 suci al-Quran? Kamu ketawa ketika mendengarnya, tidak menangis ketika mendengarnya dan kamu dengar dalam keadaan lalai.” (59 – 61 : an-Najm)

Kelima: Hendaklah melawak sekadar perlu dan tidak berlebihan.

Nabi saw bersabda:

وَلَا تُكْثِرْ مِنَ الضَّحْكِ فَإِنَّ كَثْرَةَ الضَّحْكِ تُمِيْتُ الْقَلْبَ

Maksudnya: “Janganlah kamu banyak ketawa. Sesungguhnya banyak ketawa boleh mematikan hati.” (Hr Ahmad dan Ibu Majah – sanad hasan)

Saidina Ali ra:

“Masukkan lawak dalam kata2 sekadar kamu memasukkan garam dalam makanan kamu.”Said bin al-‘As berkata:

“Bersederhanalah dalam melawak. Berlebihan dalam melawak akan menghilangkan keindahan dan menyebabkan orang-orang yg bodoh akan berani terhadap mu. Meninggalkan melawak akan menjauhkan orang2 yang hendak bermesra dan menyebabkan orang2 yang berdamping dgn mu berasa rimas.

Tudung Vs Topi Keledar


Topi keledar menjaga keselamatan nyawa, tudung menjaga keselamatan akhlak.

Persoalan: knp ehh org bertudung skrg boleh senang2 membonceng motor dgn lelaki..? mcm mn nk relate dgn statement “tudung menjaga keselamatan akhlak”?

sama seperti topi keledar. Ada keadaan2 tertentu yang topi keledar pun tidak mampu menyelamatkan nyawa pemakainya. Pelumba haram, pemandu laju dan pemandu cuai semuanya pakai topi keledar, tapi berkecai kepala bila di langgar.

maksudnya?

Ada yang lebih penting drp sekadar topi keledar untuk menyelamatkan nyawa pemandu motosikal. Antaranya memandu secara berhati2, jgn terlalu laju, mematuhi peraturan jalan raya, tidak memandu dlm keadaan mabuk..

Apa kaitan semua ini dgn tudung?

Nak jaga akhlak tu bukan hanya dengan bertudung. Ada yang lebih penting lg. Umpamanya, menjaga tingkah laku, tutur kata, pergaulan, selain masa dan tempat perempuan itu berada.

Contohnya??

kalau hanya bertudung, tingkah laku liar, pergaulan bebas, pandangan mata tidak dikawal, keluar hingga jauh-jauh malam, berada di tempat2 maksiat, maka tudung pun tidak akan mampu menjaga tingkah laku dan akhlak.

Pakai tudung dan menutup aurat 2 perkara berbeza. Ramai yang bertudung tapi tidak tutup aurat. Tutup aurat ada konsepnya, ada falsafahnya. Ia dibuat atas dasar iman, cara dan pelaksanaannya pula mengikut syariat dan tujuan akhirnya untuk mencapai akhlak.

Tapi orang yang tudung kekadang pandang hina orang yang tidak bertudung..Mengapa?

“Orang bertudung mungkin boleh menghina orang tak bertudung. Tetapi orang yang menutup aurat, jika benar2 dia menghayati konsep menutup aurat, dia tidak akan sekali-kali memandang hina kepada orang yang tidak bertudung”

Macam mana orang yang tidak bertudung, akhlaknya lebih baik daripada orang yang bertudung?

Bagi saya, dia umpama orang yang memandu dengan baik, berhemat dan cermat tetapi tidak memakai topi keledar. Di malaysia ni kalau tak pakai topi keledar salah di sisi undang2 sekalipun dia memandu dengan baik, tetap salah kalau tidak bertopi keledar. Bumi ALLAH ini ada undang2nya jugak kn?

YA ALLAH AZZA WAJALA, berikan Hidayah kepada hamba-MU…Ameen.. 

dipetik dari

http://www.facebook.com/note.php?note_id=180990665248699&id=167037783316647

Hukum Lelaki Mendengar Nyanyian Wanita Di Dalam Radio


Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab:

Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut. Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana boleh menyebabkan terjebak dalam dosa. Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kepada orang lelaki.

Demikian juga sekiranya terdapat perkara yang haram dalam nyanyian tersebut maka haram nyanyian tersebut dan haram mendengarnya. Adapun sekiranya nyanyian itu seperti berikut:

Suara yang yang normal, terpelihara dari perkara yang haram, tidak ada yang lemah gemalai dan tidak menyebabkan godaan kepada lelaki.
Lirik yang baik, terpelihara dari perkara yang tidak elok dan lirik yang menggalakkan kepada perkara yang baik.

Maka tidak haram mendengarnya.

Dalam sirah Nabawiyah ada menyebut bahawa Rasulullah saw pergi ke rumah seorang sahabiah bernama Rubaie’ binti Mu’awwiz ra untuk memberi tahniah sempena perkahwinannya. Sampai di sana Nabi saw mendengar beberapa orang wanita-wanita muda memukul gendang dan mendendangkan nyanyian. Nabi saw tidak menegah mereka menyanyi sehinggalah apabila mereka menyebut lirik berikut:


((
وفينا نبي يعلم ما في غد))

“Kami mempunyai Nabi yang mengetahui apa yang terjadi pada esok hari.”

Nabi saw pun bersabda:


دعي هذا وقولي ما كنت تقولين

“ Jangan sebut rangkap ini dan nyanyikanlah dengan rangkap-rangkap nyanyian yang sebelumnya.” (Hr Ibnu Hibban).

Rujukan: Bainal Fan wal Feqh oleh Rejab Abu Malih.

Menarik Tentang Hakikat "FIKIRAN" dan "PERASAAN"


ANDA bukanlah apa yang ANDA FIKIRKAN

dan ANDA bukanlah apa yang ANDA RASAKAN.

Tapi Anda dapat BELAJAR banyak dari apa yang ANDA FIKIRKAN

dan apa yang ANDA RASAKAN...

ANDA adalah ANDA yang MERDEKA...

dari FIKIRAN dan PERASAAN yang MEMENGARUHI ANDA...

dan HANYA ALLAH tempat ANDA bergantung,

So, jangan gantungkan diri ANDA kepada FIKIRAN dan PERASAAN ANDA,

apalagi kepada orang lain di luar sana...

Anda BUKANLAH apa yang Anda FIKIRKAN.

Anda adalah Anda, dan Si Fikiran adalah Si Fikiran.

Anda bertugas sebagai LEADER dan PENGAMAT bagi Si Fikiran.

Jika Si Fikiran sedang NEGATIF, maka cukup amati saja dan beristighfarlah,

dan jika Si Fikiran sedang POSITIF maka SUPPORTlah ia...

Tak perlu stress karena berusaha mengendalikan Si Fikiran,

sebab seringkali justeru Fikiran yang berhasil mengendalikan Anda...

ALLAH hadirkan FIKIRAN & PERASAAN kepada Anda sebagai UJIAN.

UJIAN dalam bentuk keSENANGan atau penDERITAan.

IBLIS dan Syaitan pun MEMENGARUHI dan MENGGODA manusia melalui FIKIRAN & PERASAAN ini.

Sehingga kita mesti memerhai dan membezakan mana fIKIRAN & PERASAAN dari Syaitan

dan mana FIKIRAN & PERASAAN dari Tuhan.

Itu sebabnya kita memerlukan KITABULLAH untuk memfilternya....

Anda bukanlah FIKIRAN & PERASAAN,

tapi FIKIRAN & PERASAAN memang bertugas memengaruhi Anda...

Karena ANDA bukanlah yang ANDA FIKIRKAN,

maka jika hadir FIKIRAN yang "Bukan-Bukan" maka bertenang sahaja

sebab pelakunya bukanlah Anda,

kecuali jika Anda "mengamini" dan "menikmati" Fikiran yang "bukan-bukan" itu ...

TOLAKlah fikiran yang "bukan-bukan" itu dengan cara MENGABAIKANnya,

TA'AWUDZ, dan BERISTIGHFAR kepada ALLAH.....

Perhatikan EMOSI/PERASAAN Anda...

NASIHATilah ia sesering mungkin dengan AYAT-AYAT Ilahi,

dan mintalah Allah S.W.T agar menTENANGkan sang EMOSI.

Anda bukanlah EMOSI yang Anda rasakan.

Anda mah Anda, EMOSI mah ya Emosi.

Kalau EMOSI sedang menTEROR Anda dan tidak mau diajak berDAMAI,

maka berdo'alah "Hasbunallah wani'mal wakiil, ni'mal maula wani'man nashiir"

(ertinya : Cukup Allah bagiku sebagai Pelindung dan Penolong dan Allah lah sebaik-baik Pelindung dan Penolong)

So, Tidak perlulah FIKIRAN dan PERASAAN Anda...

menganalisa TAKDIR Allah yang belum terjadi atas diri Anda...

sehingga Anda GELISAH karena analisa Anda dan bukan GELISAH karena takdir Nya...

sebab takdir-Nya nanti masih BELUM TERJADI pada diri Anda ....

kalaupun kelak sudah TERJADI dan Anda tidak menyukainya maka TERIMALAH,

karena takdir itu pasti yang TERBAIK (baca : sesuai) untuk Anda, PASTI!!!

Sehingga lebih baik RASAkan saja keHADIRan Anda bersamaNya di setiap "saat" ..

maka Anda nescaya selalu diJAGA-Nya...

Jangan Takut dan Jangan Khawatir...

PenJAGAan-Nya sangatlah SEMPURNA...

BEBASkan diri Anda dari FIKIRAN Anda sendiri.

SEJATINYA, Anda berbuat NEGATIF bukanlah karena FIKIRAN Anda ,

tapi karena Anda SENDIRI yang mahu untuk diPENGARUHi oleh FIKIRAN Anda.

Itu sebabnya kelak ANDA-lah yang berTANGGUNG JAWAB di hadapan Allah,

...bukan FIKIRAN Anda.

Kelak FIKIRAN hanya menjadi SAKSI dalam pengHISABan Anda,

sebagaimana Penglihatan, Pendengaran, yang menjadi saksi.

FIKIRAN adalah UJIAN, tempat SYAITAN memBISIKkan banyak hal.

Belajar menjagakan FIKIRAN bererti Anda belajar menjagakan SYAITHAN.

Yuwaswisu fii shuduurinnaas...

Anda adalah ANDA yang diwakili oleh RUH yang telah dititipkan-Nya...

RUH-lah yang seharusnya menjadi DRIVER/PEMANDU dalam kehidupan Anda yang singkat...

...sehingga jangan serahkan PEMANDU kehidupan Anda kepada FIKIRAN dan PERASAAN Anda...

"Ya Allah, jangan izinkan emosiku, fikiranku, dan jasadku mengikat, mencemari, dan memengaruhi kefitrahan Ruh titipanMu ini.Tolong jagalah Ruh dari-Mu padaku ini, sehingga Ruh ini tetap mampu menjadi Driver bagi kehidupanku..."

Sahabat, semoga kita terlindungi dari hal menTUHANkan dan mengABDI kepada FIKIRAN dan PERASAAN... sebab hanya Allah lah yang berhak ditTUHANkan, sedangkan PIKIRAN, PERASAAN, dan orang lain adalah sebagai pembelajaran dan kawan sinergi untuk bersama-sama bertemu Allah, insya Allah..

Wallahu alam

oleh Kang Zen Abdullah (cahaya-semesta.com)



http://kata2-hikmah-ofa.blogspot.com/2010/10/menarik-hakikat-pikiran-

Keimanan,Kepatuhan Dan Kerinduan Pokok Terhadap Rasulullah saw


Alhamdulillah baru2 ini telah berlangsung forum sempena maulidur Rasul di dewan mara Alex. Setelah berforum, sy telah diberi peluang untuk muhasabah cinta rasul dan ramai menangis dan terkesan dengan muhasabah ini. Saya rasa cerita yg paling memberi kesan kepada sy sendiri dan yang lain adalah kisah raungan sebatang pokok kepada Rasul. Jadi sy meletakkan kisah itu dan 2 kisah yang lain dalam artikel blog kali ini. Mudah2an bertambah cinta kepada Rasul. Mudah2an prgram muhasabah cinta rasul tidak diadakan sempena maulid sahaja. moga ia diteruskan masa ke semasa untuk mendidik hati kita yg banyak karat dosa. Tahniah dan terima kasih adik2 medik alex yang menganjurkannya.

KEIMANAN POKOK

Ibnu Umar ra berkata:

Kami bermusafir bersama Rasulullah saw, tiba-tiba seorang arab badawi menghampiri kami. Nabi saw bertanya:

“Kamu hendak kemana?”

Lelaki badawi menjawab:

“ Aku hendak berjumpa dengan ahli keluarga ku.”

Nabi saw bertanya lagi:

“Kamu hendak kebaikan?”

Lelaki tadi menjawab:

“Apa dia?”

Nabi saw menjawab:

تشهد أن لا إله إلا الله وحده لا شريك له وأن محمدا عبده ورسوله

“Kamu bersaksi tiada tuhan melainkan Allah yang esa dan tiada sekutu bagiNya. Sesungguhnya Muhammad hambaNya dan pesuruhNya.”

Lelaki tadi bertanya:

“Siapa yang menyaksikan kebenaran apa yang kamu katakan?”

Nabi saw menjawab:

هذه الشجرة السمرة


“Pohon Samurah (sejenis pokok ) ini.”

Pokok itu berada di persisiran lembah. Lalu ia begerak menyeret tanah sehinggalah ia berada di hadapan Nabi saw. Nabi saw pun memintanya penyaksian terhadap kalimah tauhid sebanyak 3 kali. Pokok itu pun melakukan seperti yang diminta Nabi saw. Kemudia dia kembali ke tempat asalnya.

Hr Darimi, Ibnu Hibban, Abu Ya’la dan Thabrani dengan sanad yang sahih.

KEPATUHAN POKOK

Jabir ra menceritakan:

Suatu hari Rasulullah saw hendak membuang air dan tidak ada tempat untuk melindungi dari pandangan manusia. Tiba-tiba baginda perasan terdapat dua pokok di persisiran lembah. Nabi saw pun pergi kearah salah satu pohon itu dan memegang dahannya. Nabi saw berkata:

انقادي علي بإذن الله

“Hendaklah kami patuh kepadaku dengan izin Allah.”

Lalu pohon itu patuh kepada Nabi saw seperti mana unta yang dicucuk hidung patuh kepada tuannya. Nabi juga melakukan perkara yang sama dengan pohon yang kedua. Nabi saw pun berkata kepada keduanya:

التئما علي بإذن الله

“Hendaklah kami bercamtum dengan izin Allah.”

Lalu keduanya pun bercamtum.

Hadis Sahih riwayat Muslim.

KERINDUAN POKOK

Hadis daripada Anaz bin Malik ra:

“ Sesungguhnya Nabi saw berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di MaSjid Nabi. Nabi saw berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata “ Adakah kamu hendak aku buatkan minbar yang boleh kamu duduk disitu dan ianya sempumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga. Apabila Nabi saw duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah saw meninggalkannya. Lalu Rasulullah saw turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda:

أما والذي نفس محمد بيده لولم ألتزمه لما زال هكذا إلى يوم القيامة حزنا على رسول الله


“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah saw.”

Hadis riwayat Bukhari – sahih

Hasan al-Basri akan menangis setiap kali meriwayatkan hadis ini. Beliau berkata:

“Kayu merengek kepada Rasulullah saw kerana rindukan Rasulullah saw kerana kedudukan baginda. Kamu lebih patut merindui untuk bertemu Rasulullah saw.”

KITA TIDAK LAYAK DIGELAR PECINTA RASUL SEDANGKAN TIDAK MAMPU MENANGIS KERANA MERINDUI RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MEMAHAMI AJARAN RASUL. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK MENGAMALKAN DAN MEMPERJUANGKAN AJARANNYA. TIDAK MENANGIS KERANA TIDAK BERBUAT APA2 SEMASA RASUL DIHINA.

Kesimpulan: Hendaklah kita menangis sepertimana baginda menangis mengingati kita. Dalam hadis sahih Muslim, Nabi saw berkata:

“Ummatku, Ummatku.” Sehingga menangis (kerana mengenang nasib umatnya)

Lalu Allah mengutuskan Jibril untuk memujuk Nabi saw. Allah berkata:


إنا سنرضيك في أمتك ولا نسؤك

“Sesungguhnya Kami meredaimu hai Muhammad terhadap umatmu dan tidak akan menyakiti mu.” (Sahih Muslim)

Rujukan: Ittihafu Ahlil Wafa oleh Abdullah at-Talidi dan an-Nabiyil Khatam oleh Muhammad Jum'ah

Mengapa Saya Memeluk Islam -Yusuf Islam


Saya dilahirkan dalam sebuah rumah yang penghuninya beragama Kristian. Diajar bahawa tuhan itu wujud, tetapi kita tidak ada hubungan secara langsung dengan tuhan.

Lantas kita perlu mewujudkan satu cara untuk menghubunginya, iaitu melalui Jesus. Dan apabila mereka mengatakan yang tuhan itu tiga, saya menjadi lebih bingung tetapi saya tidak mampu membantah atau membahaskannya.

Namun, sedikit demi sedikit, saya mendapati diri semakin jauh daripada pendidikan yang berbentuk agama ini.

Saya mula mencipta muzik dan mahu menjadi seorang bintang terkenal. Akhirnya, saya berjaya menjadi seorang yang sangat terkenal.

Pada waktu itu, saya berusia belasan tahun tapi nama dan gambar terpampang di semua bentuk media.

Mereka membuat saya lebih besar dan kerana itu saya juga mahu hidup dengan cara yang lebih besar daripada hidup yang sebenarnya, dan satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah dengan menikmati arak dan dadah.

Selepas setahun berjaya menikmati kemewahan dan hidup secara high, saya sakit teruk dijangkiti penyakit TB dan perlu dirawat di hospital.

Kemudian, tiba satu ketika apabila saya rasa agama Buddha itu nampak baik dan mulia, tetapi saya masih belum bersedia menjadi seorang sami Buddha dan memisahkan diri daripada masyarakat sepenuhnya.

Saya mencuba pula Zen dan Ching, numerologi, kemudian kad-kad pakau dan astrologi. Saya cuba membuka semula kitab Bible tetapi tidak menjumpai apa-apa. Pada waktu itu, saya masih tidak tahu sesuatupun tentang Islam.

Titik Permulaan

Kemudian satu keajaiban berlaku. Abang saya melawat sebuah masjid di Jerusalem. Dia begitu kagum dengannya. Masjid itu dirasakan penuh dengan kehidupan (tidak seperti gereja-gereja dan rumah-rumah biara yang dirasakan kosong), aman dan tenang.

Dia memberikan saya senaskah terjemahan al-Quran yang dibawanya dari sana. Dia tidak pula menjadi seorang Muslim tetapi dia dapat merasakan yang ada sesuatu dalam agama itu, dan dia fikir mungkin saya akan menjumpai sesuatu juga.

Apabila saya terima kitab itu, saya mendapat petunjuk yang bakal menerangkan segala-galanya kepada saya - siapa diri saya, apakah tujuan hidup di dunia, apakah sebenarnya hakikat hidup dan apakah hakikat yang akan berlaku, dan di mana saya datang. Saya sedar bahawa inilah agama yang benar; agama yang bukan dalam erti kata yang difahami oleh Barat, bukan agama yang hanya berguna untuk masa tua anda.

Perkara pertama yang ingin saya lakukan pada waktu itu ialah menjadi seorang Muslim.

Pada tahap ini juga, saya mula menemui keyakinan. Saya merasakan sudah pun menjadi seorang Muslim. Apabila saya membaca kitab al-Quran itu, barulah saya sedar bahawa kesemua para nabi yang diutus Allah itu membawa ajaran yang sama.

Lantas, mengapakah penganut Kristian dan Yahudi saling tidak sefahaman? Sekarang saya tahu bagaimana orang Yahudi tidak mahu menerima Jesus sebagai utusan Tuhan dan mereka juga telah menukar ayat-ayat Tuhan.

Penganut Kristian salah faham akan ayat-ayat Tuhan dan menganggap Jesus anak Tuhan. Kesemuanya masuk akal dan begitu mudah difahami.

Inilah keindahan al-Quran. Ia membuat anda berfikir dan mencari jawapan, dan tidak menyembah matahari atau bulan tetapi Tuhan yang Esa yang telah menciptakan segala-galanya.

Apabila saya lebih banyak membaca kitab al-Quran, ia menceritakan pula tentang sembahyang, sifat pemurah dan sifat suka berbuat baik.

Saya masih belum menjadi seorang Islam lagi, tetapi saya sudah dapat merasakan bahawa satu-satunya jawapan untuk saya ialah al-Quran; bahawa Tuhan telah menghantarnya kepada saya, dan saya menyimpannya sebagai satu rahsia. Tetapi al-Quran itu juga berkata-kata pada beberapa peringkat yang berlainan. Saya mula memahaminya pada peringkat yang lain pula.

Al-Quran mengatakan, "Mereka yang beriman tidak menjadikan orang kafir sebagai temannya dan orang beriman itulah saudaranya."

Pada tahap itulah, timbul keinginan saya untuk bertemu dengan saudara-saudara selslam.

Melawat Jerusalem

Saya melawat Jerusalem (sepertimana yang dilakukan abang saya). Di Jerusalem, saya masuk ke dalam masjid dan duduk. Seorang lelaki datang menghampiri dan bertanya apa yang saya mahu. Saya beritahu dia yang saya seorang Muslim. Dia bertanya lagi, apakah nama saya. Saya jawab, "Stevens". Dia kelihatan keliru. Setelah itu, saya menyertai sembahyang berjemaah, walaupun tidak begitu menjadi.

Peristiwa ini berlaku pada tahun 1977, lebih kurang satu setengah tahun selepas saya menerima al-Quran daripada abang saya.

Lantas, pada satu hari Jumaat, iaitu selepas menunaikan sembahyang Jumaat, saya pergi bertemu imam Masjid New Regent dan melafazkan syahadah di tangannya.

Saya telah menjadi seorang yang memiliki kemasyhuran dan kemewahan. Tetapi saya begitu sukar mendapatkan petunjuk, walau bersungguh-sungguh saya cuba mendapatkannya, sehinggalah saya ditunjukkan dengan al-Quran.

Sekarang saya sedar bahawa saya boleh berhubung secara langsung dengan Tuhan, tidak perlu menggunakan perantara. Islam mengangkat semua halangan ini.

Saya tidak pernah berjumpa orang Islam sebelum saya memeluk agama suci ini. Saya lebih dahulu membaca al-Quran dan menyedari bahawa tidak ada manusia yang sempurna di dunia ini.

Hanya Islam yang sempurna, dan sekiranya kita semua meniru akhlak Rasulullah s.a.w., kita akan berjaya.

Moga-moga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya untuk menuruti jejak langkah Rasulullah s.a.w.. Amin!

- Artikel iluvislam.com

Mengapa Rasulullah Menangis


Saya teringat dalam satu surah al quran yang saya ambil dari surah al isra' ayat 1,bagaimana baginda muhammad saw melalui perjalanan israk mikraj,bagaimana rasulullah saw diperlihatkan pelbagai macam peristiwa ngeri mengenai manusia, semuanya ini sebagai menjadi satu teladan dan pengajaran bagi manusia itu sendiri.

Baginda saw. telah menceritakan mengenai apa yang dilihatnya dan apa yang diperlihatkan oleh allah swt kepadanya.yang paling banyak perkara perkara ghaib yang diperlihatkan kepada baginda rasulullah saw mengenai wanita itu sendiri.

Yang dimaksudkan wanita wanita ini ialah wanita wanita kafir dan juga wanita wanita yang enggan mematuhi segala perintah perintah Allah kepadanya dan enggan pula menjauhi segala larangan larangan allah kepadanya ..apa tidak kah wanita wanita kita tidak merasa takut? Di dalam hadis hadis yang shahih telah menceritakan :

"..pada suatu ketika rasulullah saw menceritakan satu peristiwa ketika ali bersama isterinya fatimah az zahrah dirumah baginda rasulullah saw.bahawa ali meriwayatkan sebagai berikut saya bersama dengan fatimah berkunjung kerumah rasulullah dan kami temui baginda saw sedang menangis.kami pun bertanya kepada baginda mengapakah tuan menangis ya rasulullah saw?

Baginda pun menjawab pada malam aku melalui israk dan di mikraj kelangit,aku melihat pelbagai macam manusia sedang mengalami berbagai penyeksaan maka bila teringatkan mereka maka aku menangis saya pun bertanya lagi wahai rasulullah saw apakah yang tuan lihat?baginda saw pun bersabda aku melihat ada wanita yang digantung dengan rambutnya dan otak kepalanya mendidih , aku juga melihat wanita digantung dengan lidahnya serta juga tangannya,dipaut dari punggungnya sedangkan tar yang sedang mendidih dari neraka dituangkan kedalam kerongkongnya ..masyaallah aku juga melihat ada wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya,sedangkan air getah kayu zakum dituangkan dikerongkongnya(perlu saya sebutkan bahawa dalam kisah neraka ada disebutkan dalam hadis hadis shahih bahawa air buah zakum kalau jatuh setitik keatas muka bumi ini,maka semua pokok dan rumput rampai tidak akan tumbuh)..aku juga melihat wahai ali,ada wanita yang digantung,diikat kedua kedua belah kakinya dan juga tangannya kearah ubun ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan bisa ular dan kala jengking dari neraka ...aku juga melihat wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawah nya nampak api sedang marak menyala nyala dengan begitu hebat sekali ..masyaallah ..aku juga melihat wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka,wanita wanita yang tuli,bisu dan buta dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya yakni melalui hidung,telinga dan mulut serta badannya membusuk akibat penyakit kulit..ada juga wanita yang berkepala seperti kepala babi dan keldai yang mendapat berjuta juta kali jenis penyeksaannya

demikianlah baginda rasulullah saw menceritakan kepala ali r.a dan anaknya fatimah mengenai kisah apa yang dilihatnya ketika melalui mikraj ke langit.selepas mendengar apa yang diceritakan oleh rasulullah saw mengenai wanita dalam peristiwa itu,fatimah langsung sahaja berdiri dan bertanya kepada baginda rasulullah muhammad saw,katanya wahai ayahku,kesayangan mataku,ceritakanlah kepada aku,apakah amal perbuatan wanita wanita itu sehinga mereka diseksa sedemikian?lalu rasululah saw pun berkata wahai anakku fatimah,adapun kesalahan kesalahan yang dilakukan oleh mereka ialah tentang wanita yang digantung dengan rambutnya itu ialah kerana ia tidak memelihara rambutnya yakni tidak mahu bertudung dengan menutup aurat dihadapan lelaki.memang begitulah kenyataannya sekarang ini,ramai sekali wanita wanita zaman ini yang tidak mahu menutup aurat mereka,kalau ada sekalipun wanita wanita yang menutup aurat hanya sekadar fesyen sahaja .depan boyfriend mereka.bukak sana sini,.tayang body,tayang buah dada mereka,tayang faraj mereka...tak tahu malu ke?...saya pun tak faham lah dengan perempuan perempuan zaman sekarang ini ..

rasulullah saw lalu menceritakan lagi mengenai perkara kedua kepada fatimah mengenai wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia selalu sangat menyakiti hati suaminya dengan kata kata kemudian nabi muhammad saw bersabda lagi yang ertinya tidak seorang wanita yang selalu menyakiti hati suaminya melalui kata kata kecuali allah swt akan membuatkan mulutnya pada hari kiamat selebar 70 zira' ,kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya sendiri ..naudzubillah ..

kadang kadang ada sebahagian isteri yang tidak menyedari akan hakikat ini dan ada diantaranya sengaja suka sangat bercakap untuk menyakiti hati suaminya dengan kata kata yang seolah olah tidak berterima kasih terhadap suaminya sendiri.mengenai wanita yang digantung dengan buah dadanya,baginda rasulullah saw memberitahu anaknya fatimah bahawa wanita itu menyusu anak orang lain tanpa keizinan suaminya,dengan nada yang sedih nabi muhammad saw menerangkan lagi bahawa wanita yang diikat dan tangannya itu kerana wanita wanita tersebut suka sangat keluar rumah tanpa keizinan suaminya dan tidak mahu mandi wajib dari haid dan nifas mereka ..

mengenai peristiwa yang dilihat oleh rasulullah saw mengenai wanita yang memakan badannya sendiri,kata nabi saw,wanita wanita jenis ini suka sangat bersolek supaya dapat dilihat oleh lelaki supaya orang orang lelaki boleh tergoda dan suka bercakap mengenai keaiban orang lain ..naudzubillah ..

ada pun wanita yang suka memotong badannya dengan gunting neraka,kata nabi saw,wanita wanita jenis ini terlalu suka sangat menonjolkan diri atau erti kata lain ingin mencari glamour dikalangan orang ramai dengan maksud supaya orang melihat perhiasannya dan setiap orang boleh tergoda atau jatuh cinta kepada nya kerana melihat perhiasannya.

mengenai wanita yang diikat kedua dua belah kakinya dan tangannya pula sampai keubun ubun nya dan dibelit pula oleh ular dan kala jengking,kata nabi saw ..kerana wanita itu mampu mengerjakan solat dan puasa tetapi dia tidak mahu berwuduk dan tidak mahu pula ber solat serta tidak mahu pula mandi wajib

ada pun wanita yang kepalanya seperti kepala babi,badannya seperti keldai,baginda menjelaskan kerana wanita itu terlalu suka sangat mengadu domba yakni melaga lagakan orang serta suka mungkir janji dan suka pula cakap bohong

sementara itu,mengenai wanita yang baginda saw melihat yang berbentuk seperti anjing,rasulullah saw memberitahu fatimah,bahawa kerana wanita wanita itu suka sangat memfitnah fitnah orang dan suka sangat pula marah marah pada suaminya ..naudzubillah..

terlalu ngeri sangat bila saya membaca mengenai apa yang diceritakan oleh nabi saw mengenai kisah diakhirat dan hari kiamat,rasa perasaan takut saya begitu menghimpit sekali,ada sesetengah dari kita terutama kaum kaum wanita menganggap berleter dan suka membebel bila suaminya pulang dari kerja dianggapnya sebagai perkara biasa tetapi sebenarnya itu adalah diantara perkara perkara sikap isteri yang menderhaka pada suaminya ..bertaubat lah wahai kaum kaum wanita ..kembalilah kepada al quran dan sunnah rasulullah saw ..sesungguhnya sikap seperti ini lah yang paling dicintai oleh iblis laknatullah dan iblis laknatullah serta syaitan akan sentiasa menjolok jolok hati kaum wanita supaya boleh melakukan perbuatan perbuatan yang boleh manjadi kawannya untuk masuk kedalam neraka jaham kelak.kaum wanita terutama sekali para para isteri hendaklah sentiasa berhati hati dalam menghadapi kehidupan seharian terutama dalam mengendalikan rumahtangga..kita jangan terperangkap jerat iblis,dan jangan terus dibelit oleh syaitan,kembalilah kepada al quran dan sunnah muhammad rasulullah,didunia kita selamat,akhirat pun kita dapat.

Apabila Lelaki Tidak Menjaga Pandangan


Pertamanya saya memohon maaf atas tulisan ini bukan mahu menjatuhkan sesiapa bukan pula mahu semata2 membela wanita..bacalah dengan hati yang terbuka...ia sekadar perkongsian dri saya, hasil pemerhatian dan pgalaman peribadi.

Tengok ni, lukisan pun cantik tau, kalau wanita betul, lagi cantikkan?"

subhanallah, indahnya ciptaan Allah ini"

aish, punyalah bnyak lagi ciptaan Allah yg cantik2, perempuan juga yg dipujinya?

Apabila lelaki tak jaga mata..memanglah..alasan paling tak sedap dengar yg lelaki bagi

"standardlah tu, kiteorg kan lelaki,"

"normallah tu, huda, klu tak nnti org ingat kami gay pulak.... aish.. :D."

"klu tak suka, something wrong somewhere."

" dah diaorg tunjuk, kita tengok jelah"

"free show sapa tak nak?"

"tengok je, bukan buat apa.."

"tengok je, tak luak la."

"tengok je, tak sentuh pun.."

"tengok je, tengok je, tengok je."

astaghfirullahalazim.ayat yang memang la sgt mengerunkan saya,seorg perempuan..

ya Allah!apa je yang ditengok tu? kalau AL QURAN tu, jgn kata baca, tengok dah dapat pahala,aurat dan aset perempuan ni, jangan kata pegang, sentuh,usik dan lain2 yang tak snggup sebut disini,TENGOK sahaja dah dapat DOSA.ulang tulis

DOSA!TENGOK = DOSA!percuma2,

tak buat apa, sekadar TENGOK JE dah dapat dosa.senang je. seronok ke kumpul dosa mata?

mengucap panjang saya, dan tergeleng2 lah kepala mendengar dan menulis ayat2 nie.beruntunglah telinga2 yg xpernah mndengarnya danAmat beruntunglah bibir2 yang tak pernah menyebutnya danberbahgialah hati2 yang tak pernah terlintas benda2 sperti ini...

Apabila lelaki tak jaga mata, pukul rata, tengok semua benda.siapa kata, perintah menundukkan pndgan hnya utk perempuan?ayat AL QURAN

“ Katakanlah kepada orang-orang mukmin (lelaki) agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka. Demikian adalah lebih suci bagi mereka. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan. Dan katakanlah kepada wanita mukminah agar mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kemaluan mereka”( Surah An-Nur : ayat 30,31)
Hadith yang diriwayatkan di dalam musnad Ahmad Ibn Hambal bahawa, daripada Jarir bin Abdullah radhiallahu’anhu berkata : Aku bertanya kepada Rasulullah SAW tentang pandangan secara tidak sengaja, maka baginda menyuruhku memalingkan pandanganku.”
Dalam hadith yang lain, baginda SAW diriwayatkan bersabda kepada Saidina Ali k.w.: “Wahai ‘Ali, janganlah kamu ikuti pandangan pertama dengan pandangan kedua, sesungguhnya bagi kamu yang pertama tetapi tidak yang kedua.

Sumber; http://paksi.net/main/articles.php?article_id=264

Wanita Dan Rama Rama


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama. Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.

Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda. Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi. Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya. Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar. Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong. Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan. Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu. Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini. Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.

Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban. Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan. Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan. postman-butterfly Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.

Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda. Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati. Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda. Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.

http://www.rileks.info/coollist/2008/01/wanita-dan-rama-rama/

Tolong Sampaikan Sedekah Ini Kepada Pelacur


Seorang ulama besar Hadis sedang asyik membacakan serta mensyarahkan maksud hadis kepada para muridnya.Tiba-tiba sang guru berhenti membacakan hadis dan bertanyakan sesuatu yang membuatkan semua murid terpinga-pinga.

“Muridku sekalian, aku punya hajat yang sangat besar.Adakah sesiapa yang mampu menunaikan hajatku ini?” Tanya sang murabbi pada seluruh muridnya.

Salah seorang murid kanan Syeikh menjawab dengan penuh adab, “Hajat apakah wahai Tuan Guru? Khabarkanlah kepada kami,moga kami mampu untuk menunaikannya untuk Tuan Guru”.

Sang Guru menarik nafas dengan perlahan seraya berkata “ Aku punya sedikit harta yang ingin aku sedekahkan,adakah sesiapa yang ingin membantuku mengagihkan harta ini?”

“Kami bersedia membantumu wahai Tuan Guru untuk mengagihkan harta ini”jawab Murid tersebut dengan bersemangat.

“Bolehkah Tuan Guru perincikan kepada siapakah harta ini akan dibahagikan?”seorang murid yang lain bertanya dengan lebih lanjut.

“Hartaku ini akan aku sedekahkan kepada para pelacur yang berada di tempat sekian-sekian”Jawab Tuan Guru dengan tenang.

Keadaan menjadi bingit,masing-masing keliru dengan tujuan utama Tuan Guru yang terkenal alim dan soleh ini.

“Aku sudah mengagakkan bahawa kamu semua tentu tidak akan mampu untuk melaksanakan hajatku ini.Kalau begitu tidaklah mengapa.Biarlah aku sendiri yang pergi menyampaikannya.”Tuan Guru menjawab dengan tenang.

Para murid rasa bersalah di atas sikap yang mereka tunjukkan.Salah seorang murid kanan Tuan Guru menawarkan dirinya untuk menyampaikan harta tersebut.Mana mungkin dia boleh membiarkan Tuan Guru yang terkenal hebat dan wara’ ini dibiarkan masuk dan bertandang ke tempat hina seperti itu.

“Ketuklah setiap pintu rumah pelacuran tersebut dan ketika kamu menyampaikan sedekah ini katakan bahawa ini adalah sedekah daripadaku(Nama tuan guru) dan doakan aku semoga diberkati oleh Allah taala” Tuan Guru memberikan pesanan kepada muridnya tersebut.

Maka sang murid yang mulia ini terus memulakan tugasnya dengan penuh tanda tanya di dalam pemikirannya mengapakah Tuan Guru ingin benar memberikan sedekah kepada golongan hina ini.Namun arahan Tuan Guru perlu dilaksanakan.Sang murid menutup mukanya dan terus masuk ke kawasan pelacuran tersebut.

Beliau mengetuk setiap pintu rumah pelacuran di kawasan itu dan menyampaikan apa yang dipesan oleh Tuan Guru kepadanya.

“Assalamualaikum, maafkan saya mengganggu,saya adalah utusan daripada Tuan Guru fulan bin fulan ingin menyampaikan sedekah daripada beliau kepada kalian.Beliau berpesan agar mendoakan beliau semoga dirahmati oleh Allah taala”.

Terkejut para pelacur bila mendengar nama Tuan Guru yang alim dan wara tersebut sudi memberikan sedekah kepada mereka.Setelah selesai tugasnya, sang murid terus beredar daripada kawasan hitam tersebut sambil menghelakan nafasnya.

Masing-masing ternanti-nanti apakah yang akan berlaku selanjutnya setelah peristiwa tersebut.Keesokkan paginya , sesuatu yang mengejutkan telah berlaku.Seluruh bumi Syria gempar apabila keseluruhan pelacur yang ada di kawasan tersebut telah beramai-ramai datang menunaikan solat Subuh di Masjid Tuan Guru.Mereka datang mendengar majlis pengajian daripada Tuan Guru dan bertaubat daripada segala dosa-dosa yang telah mereka lakukan.Barulah semua murid faham mengapakah Tuan Guru benar-benar ingin menyampaikan sedekah tersebut kepada golongan pelacur berkenaan.

Ini merupakah karamah yang Allah taala kurniakan kepada Tuan Guru yang wara’ ini.Dakwahnya yang sangat lembut dan berkesan memberikan impak yang sangat besar kepada kehidupan pelacur-pelacur tersebut.

Tuan Guru yang saya maksudkan di sini ialah al-Alim al-Allamah Muhaddis al-Syam Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullahu taala.Beliau wafat pada 1354 Hijriyah.Beliau digelar “Khatimah al-Huffaz dan al-Muhaddissin” yang bermaksud penutup kepada para ulama Hadis yang terkemuka.Mula mengarang kitab ketika umurnya belumpun sampai 20 tahun.

Beliau mengajar di Masjid Umawi pelbagai bidang ilmu seperti Nahwu, Sarf, Balaghah, Mantiq, Fiqh dan lain-lain.Menurut Syeikh al-Allamah Mahmud Rashid al-Attar rahimahullah (wafat 1362 Hijriyah), Syeikh Badruddin al-Hasani juga mengajar kitab Tafsir Baidhawi tanpa melihat kepada kitab dan tanpa memegang apa-apa kertas pun ditangannya.Tafsir tersebut telah dihafalnya dan dikuasainya dengan begitu hebat.

Ketika umur Syeikh al-Allamah Badruddin al-Hasani mencapai 30 tahun beliau mula mengajar Sahih Bukhari di Masjid al-Sadat.Ini juga dilakukan tanpa melihat kitab sedikitpun.Beliau menghafal keseluruhan Sahih Bukhari di dalam dadanya.Menurut para ulama tidak pernah dilihat seseorang yang begitu alim menyampaikan pengajian dengan keseluruhan bidang ilmu seperti Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah.Ketika mensyarahkan Sahih Bukhari , keseluruhan ilmu dibahaskannya termasuklah ilmu perubatan, hikmah-hikmah, falsafah dan lain-lain.

Antara kelebihan Syeikh Badruddin al-Hasani rahimahullah juga ialah, semuanya mampu untuk memahami apa yang disampaikannya,bukan hanya para ulama dan penuntut ilmu, malah para petani dan orang awam yang biasa juga mampu untuk memahami apa yang disampaikan oleh Syeikh al-Murabbi rahimahullah.Ini kerana keikhlasannya yang begitu tinggi ketika menyampaikan pengajian.Beliau juga digelar Qutb al-Zaman (Wali Allah yang menjadi paksi kepada seluruh para wali ketika itu)dan Mujaddid pada zaman tersebut.

Semoga Allah taala merahmatimu wahai Tuan Guru yang mulia.

Saya mendengar kisah tersebut daripada Guru Saya yang Mulia, Syeikhuna al-Allamah Dr Wafiq al-Hijazi al-Hanafi hafizahullah.

Al-Fatihah buat Syeikh al-Allamah al-Muhaddis Sayyid Badruddin al-Hasani rahimahullah.

Mohd Nazrul Abd Nasir,

Al-Azhar al-Syarif

,Kaherah Mesir

Lawat Blog Ustaz Nazru pelbagai artikel menarik disini

http://www.nazrulnasir.com/

"HATI" tidak hidup lagi dan telah mati

Banyak orang tertawa tanpa (mau) menyedari sang maut sedang
mengintainya. Banyak orang cepat datang ke shaf shalat laiknya orang
yang amat merindukan kekasih. Sayang ternyata ia datang tergesa-gesa
hanya agar dapat segera pergi. Seperti penagih hutang yang kejam iaperlakukan Tuhannya.


Ada yang datang sekadar memenuhi tugas rutin mesin agama.
Dingin, kering dan hampa,tanpa penghayatan. Hilang tak dicari, ada tak
disyukuri. Dari jahil engkau disuruh berilmu dan tak ada idzin untuk
berhenti hanya pada ilmu. Engkau dituntut beramal dengan ilmu yang ALLAH
berikan. Tanpa itu alangkah besar kemurkaan ALLAH atasmu.
Tersanjungkah engkau yang pandai bercakap tentang keheningan senyap
ditingkah rintih istighfar, kecupak air wuduk di dingin malam, lapar
perut kerana kedalaman munajat dalam rakaat-rakaat panjang.
Tersanjungkah engkau dengan licin lidahmu bertutur, sementara dalam
hatimu tak ada apa-apa. Kau kunyah mitos pemberian masyarakat dan sangka
baik orang-orang berhati jernih, bahawa engkau adalah seorang solehah,
alim, abid lagi mujahid, lalu puas meyakini itu tanpa rasa ngeri.
Asshiddiq Abu Bakar Ra. Selalu gemetar saat dipuji orang. “Ya ALLAH,
jadikan diriku lebih baik daripada sangkaan mereka, janganlah Engkau
hukum aku kerana ucapan mereka dan ampunilah daku lantaran ketidak
tahuan mereka”, ucapnya lirih.
Ada orang bekerja keras dengan mengorbankan begitu banyak harta dan
dana,lalu ia lupakan semua itu dan tak pernah mengenangnya lagi. Ada
orang beramal besar dan selalu mengingat-ingatnya, bahkan sebagian
menyebut-nyebutnya. Ada orang beramal sedikit dan mengklaim amalnya
sangat banyak. Dan ada orang yang sama sekali tak pernah beramal, lalu
merasa banyak amal dan menyalahkan orang yang beramal, kerana kekurangan
atau ketidak-sesuaian amal mereka dengan lamunan pribadinya, atau tidak
mau kalah dan tertinggal di belakang para pejuang.
Mereka telah menukar kerja dengan kata. Dimana kau letakkan dirimu?
Saat kecil, engkau begitu takut gelap, suara dan segala yang asing.
Begitu kerap engkau bergetar dan takut. Sesudah pengalaman dan ilmu
makin bertambah, engkaupun berani tampil di depan seorang kaisar tanpa
rasa gentar. Semua sudah jadi biasa, tanpa rasa.
Telah berapa hari engkau hidup dalam lumpur yang membunuh hatimu
sehingga getarannya tak terasa lagi saat ma’siat menggodamu dan engkau
meni’matinya? Malam-malam berharga berlalu tanpa satu rakaatpun kau
kerjakan. Usia berkurang banyak tanpa jenjang kedewasaan ruhani
meninggi. Rasa malu kepada ALLAH, dimana kau kubur dia?
Di luar sana rasa malu tak punya harga. Mereka jual diri secara terbuka
lewat layar kaca, sampul majalah atau bahkan melalui penawaran langsung.
Mungkin engkau mulai berfikir “Jamaklah, bila aku main mata denganaktifis perempuan bila engkau laki-laki atau sebaliknya di celah-celahrapat atau berdialog dalam jarak sangat dekat atau bertelepon denganmenambah waktu yang tak kauperlukan sekedar melepas kejenuhan dengancanda jarak jauh” Betapa jamaknya ‘dosa kecil’ itu dalam hatimu. 
Kemana getarannya yang gelisah dan terluka dulu, saat “TV dan MEDIA” menyiarkan
segala “kesombongan jahiliyah dan maksiat”? Saat engkau muntah melihat
laki-laki (benci) berpakaian perempuan, karena kau sangat mendukung
ustazmu yang mengatakan “Jika ALLAH melaknat laki-laki berbusana
perempuan dan perempuan berpakaian laki-laki, apa tertawa riang menonton
mereka tidak dilaknat?” Ataukah taqwa berlaku saat berkumpul
bersama, lalu yang berteriak paling lantang “Ini tidak islami” berarti
ia paling islami, sesudah itu urusan tinggallah antara engkau dengan
dirimu, tak ada ALLAH disana?
Sekarang kau telah jadi orang terhebat. Tidak lagi malu-malu tampil.
Justeru engkau akan dihadang tantangan : sangat malu untuk menahan
tanganmu dari jabatan tangan lembut lawan jenismu yang muda dan segar.
Hati yang berbunga-bunga didepan ribuan masa. Semua gerak harus ditakar
dan jadilah pertimbanganmu tergadai pada kesukaan atau kebencian orang,
walaupun harus mengorbankan nilai terbaik yang kau miliki.
Lupakah engkau, jika bidikanmu ke sasaran tembak meleset 1 milimeter,
maka pada jarak 300 meter dia tidak melenceng 1 milimeter lagi? Begitu
jauhnya inhiraf di kalangan awam, sedikit banyak kerana para elite nya
telah salah melangkah lebih dulu.
Siapa yang mau menghormati yang “kaya” membayar beberapa ratus
ribu kepada seorang perempuan yang beberapa minit sebelumnya ia setubuhi
di sebuah kamar hotel berbintang, lalu dengan lembutnya lidah mengatakan “Itu
maharku, ALLAH waliku dan malaikat itu saksiku” dan sesudah itu
segalanya selesai, berlalu tanpa rasa bersalah?
Siapa yang akan memandang ummat yang da’inya berpose lekat dengan
seorang perempuan muda artis penyanyi lalu mengatakan “Ini anakku,
kerana kedudukan guru dalam Islam adalah ayah, bahkan lebih dekat
daripada ayah kandung dan ayah mertua?”
Akankah engkau juga menambah barisan kebingungan ummat lalu mendaftar
diri sebagai ‘alimullisan (alim di lidah)? Apa kau fikir sesudah semua
kedangkalan ini kau masih aman dari kemungkinan jatuh ke lembah yang
sama?
Apa beda@beza seorang remaja yang menzinai teman sekolahnya dengan seorang
alim yang merayu pada perempuan dalam aktifitas da’wahnya? Akankah kau
andalkan penghormatan masyarakat awam karena statusmu lalu kau serang
maksiat mereka yang semakin tersudut oleh retorikamu yang menyihir? Bila
demikian, koruptor macam apa engkau ini? Pernah kau lihat sepasang mami
dan papi dengan anak remaja mereka. Tengoklah langkah mereka di mal.
Betapa besar sumbangan mereka kepada modernisasi dengan banyak-banyak
mengkonsumsi produk junk food, semata-mata karena nuansa “westernnya” .
Engkau akan menjadi faqih pendebat yang tangguh saat engkau tenggak
minuman halal itu, dengan perasaan “lihatlah, betapa Amerikanya aku”.
Memang, soalnya bukan Amerika atau bukan Amerika, melainkan apakah
engkau punya harga diri.