Ahad, 7 November 2010

Pokok : Letup-Letup


Kalau anda kekawasan kampung, khususnya di ladang getah atau kelapa sawit, anda mungkin akan bertemu dengan sejenis tumbuhan yang digunakan sebagai tanaman penutup bumi.

Malah menurut Pengarah Pusat Penyelidikan Strategik, Alam Sekitar dan Sumber Semula Jadi MARDI, Serdang, Dr. Ahmad Zamzam Mohamed, habitat tumbuhan letup-letup ini sememang mudah hidup di kawasan-kawasan tanah terbiar,


Sudut Perubatan
“Sering juga ia ditemui sebagai tanaman penutup bumi di ladang getah ataupun kelapa sawit,” katanya yang turut menambah, nama saintifiknya ialah Passiflora foetida.

Bagaimanapun, beliau menyatakan walaupun habitatnya dikawasan terbiar, tetapi ia mempunyai khasiat baik pada sudut perubatan herba.
Ujarnya lagi, berdasarkan kepada pengamal-pengamal perubatan tradisional yang ditemui, ia sesuai merawat gatal-gatal kulit, luka dan batuk.

“Tidak bermakna kalau habitat sesuatu tumbuhan itu tumbuh di kawasan terbiar, maka ia dianggap sebagai tumbuhan tidak berguna.
Begitulah juga dengan pokok letup-letup ini. Mempunyai khasiat yang baik untuk penjagaan kesihatan,” katanya,

Bagi merawat gatal-gatal kulit, jelas beliau, adalah mujarab dengan mengambil beberapa batang pokok letup-letup. Ambil keseluruhan pokoknya termasuk akarnya sekali. Buangkan segala kotoran yang ada pada pokok itu terlebih dahulu.

Kemudian rebuskannya sehingga mendidih. Kemudian tunggulah ia sehingga suam sedikit sebelum mengambil airnya sahajauntuk digunakan sebagai air basuhan,” katanya lagi.

“Dalam merawat luka, ujar Dr.Zamzam lagi, adalah dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilumatkan.

Daun yang telah dilumatkan itu dipupuk dibahagian yang luka tersebut”, tambahnya.
Merawat batuk pula kata beliau, caranya adalah dengan merebuskan beberapa batang pokok letup-letup tersebut. Air rebusan seluruh pokok tersebut hendaklah diminum airnya setelah ia suam.


Sumber : http://fazlisyam.com/2007/11/01/keistimewaan-air-rebusan-pokok-letup-letup/

Buah-Buahan : Buah Cermai

Buah cermai bukan sahaja menjadi makanan cemilan budak kampung bahkan bijinya turut menjadi 'peluru' sumpit buluh buatan sendiri

Oleh
Noor Hasnah Adam

Buah pauh di atas batang,
Sayang cermai di atas batu;
Tuan jauh ke mari datang,
Meramai akan kampungku.

MENELITI pantun warisan di atas biasanya dapat mengimbas kembali kenangan tinggal di kampung. Jenis-jenis pohon yang dahulu amat mudah ditemui dapat membangkitkan kerinduan terhadap kehidupan lalu.

Biasanya di halaman rumah kampung akan tumbuh atau ditanam dengan pohon cermai.

Pohon cermai yang sentiasa subur berbuah ini mungkin kelihatan kurang diberi perhatian kerana mudah ditemui tetapi sebenarnya amat berguna dan berkhasiat.

Biasanya budak-budak kampung yang penat bermain akan memetik buah cermai untuk menghilangkan haus walaupun ada kalanya buah cermai itu rasanya terlalu masam dan kelat.

Buah cermai bukan sahaja menjadi makanan cemilan budak-budak kampung bahkan bijinya turut menjadi 'peluru' sumpit buluh buatan sendiri.

Buah cermai yang berterabur di atas tanah akan digunakan untuk menyakat sesama sendiri dengan membaling ke arah satu sama lain. Banyak juga kes budak-budak kampung cedera kerana memanjat pokok cermai.

Sebenarnya dahan pokok cermai rapuh dan mudah patah, justeru tidak sesuai bergayut pada dahan itu.


PEMBUKA SELERA

Cermai atau atau nama saintifiknya Phyllanthus acidus, merupakan satu-satunya pokok dalam keluarga Phyllanthaceae yang boleh dimakan.

Terdapat dua jenis buah cermai iaitu yang berwarna hijau dan berwarna kuning.

Buah cermai yang berwarna hijau kecil sedikit berbanding dengan buah cermai yang berwarna kuning dan rasanya masam-masam kelat. Buah cermai yang berwarna kuning pula rasanya masam tetapi tidak kelat dan isinya tebal.

Ada beberapa cara untuk memakan buah cermai.

Ada yang suka mencecah buah cermai dengan kicap bercampur gula dan cili hidup.

Ada juga yang merebus sehingga kering buah cermai dengan gula melaka, gula, garam dan sedikit cuka.

Disebabkan rasa buah cermai yang masam, orang Melayu suka membuat jeruk. Secara tradisional, orang kampung merendam buah cermai dengan air garam selama dua malam.

Kemudian barulah dijeruk dengan air gula atau air berlada.

Buah cermai juga boleh dibuat rojak kampung.

Caranya, hiris buah cermai dan buang bijinya. Tumbuk kasar sedikit dan perah air masamnya.

Gaulkan dengan cili tumbuk, udang kering tumbuk, bawang merah hiris halus, sedikit gula dan garam sesedap rasa. Rojak itu enak dimakan dengan nasi.

Ada juga orang kampung yang menggunakan buah cermai untuk membuat jem.

Caranya adalah dengan menghiris buah cermai dan buang bijinya. Perah air masamnya tetapi jangan sampai kering.

Kemudian bahan itu dimasak dengan gula dan air seperti mana kita membuat inti kuih tat.

Pokok cermai memang sentiasa subur lebih-lebih lagi selepas musim kemarau tatkala hujan mulai turun. Pucuk-pucuk cermai akan bertunas dengan segar. Pucuk-pucuk itu akan dipetik dan dijadikan sayur lemak putih.

Sungguh menyelerakan sekali apabila dimakan bersama pencuk.

Pencuk pula merupakan sambal yang dibuat daripada buah cermai. Buah cermai ditumbuk bersama garam, gula, belacan dan cili padi.

Sekiranya orang Melayu menggunakan buah cermai dalam masakan lemak cili padi untuk menggantikan asam keping atau belimbing buluh, orang India turut menggunakan buah cermai untuk dicampurkan ke dalam masakan kari daging atau ayam bersama-sama dengan buah limau purut untuk menggantikan buah kedondong.

PERUBATAN

Daun cermai merupakan antara bahan membuat bedak sejuk. Caranya, ambil sedikit beras dan rendam semalaman.

Kemudian basuh dan toskan. Campur sedikit ibu kunyit dan beberapa helai daun cermai. Giling sehingga lumat. Kemudian gentel dan keringkan.

Bedak sejuk ini digunakan dengan mencampur sedikit air dan tempelkan pada wajah. Wajah akan hilang jeragat dan jerawat.

Bedak sejuk itu juga boleh dibuat lulur badan. Kulit akan menjadi halus dan licin.

Sekiranya mengalami demam, bedak sejuk yang bercampur daun cermai ini boleh dilumurkan pada tubuh yang panas sehingga kering.

Dipercayai suhu panas badan akan cepat turun. Selain itu, daun cermai boleh diramas untuk memandikan orang yang demam panas.

Namun sekiranya bedak sejuk itu mahu digunakan sebagai penawar kepada orang yang terkena demam campak, daun cermai tidak boleh dipetik selepas hujan. Sebabnya, air hujan menjadi pantang kepada penyakit demam campak.

Daun cermai juga boleh direbus untuk dimandikan beberapa hari pada bayi-bayi yang kuning selepas lahir.

Akar cermai pula boleh digunakan sebagai salah satu ramuan akar untuk mengubat orang lepas bersalin.

Daun cermai boleh direbus dan diminum sekiranya mahu menurunkan berat badan. Menurut orang tua-tua, petua ini boleh memecahkan lemak berlebihan dalam badan.

Bagi pesakit darah tinggi, penawarnya juga boleh menggunakan daun cermai yang dikisar kemudian ditapis dan diminum airnya.

Getah daripada kulit kayu pokok cermai pula mujarab dijadikan ubat sakit gigi. Caranya adalah dengan mengambil kulit pokok dan dikeringkan sedikit kemudian direbus. Air rebusan yang telah sejuk boleh digunakan untuk berkumur dan mujarab menghilangkan sakit gigi.

Selain itu, daun cermai juga boleh menghalau serangga di lampu. Caranya adalah dengan menggantung ranting berdaun cermai pada lampu dan biarkan beberapa minit. Serangga akan segera pergi.


PANTANG LARANG

Pantang larang masyarakat Melayu terbentuk akibat kepercayaan terhadap kekuatan kuasa jahat dan unsur ghaib.

Mereka mempercayai bahawa jika sesuatu pantang larang dilanggar kecelakaan akan menimpa mereka.

Pokok cermai memang rendang dan memang seronok kalau duduk di bawah pokok ini mengambil angin di tepi sawah.

Namun pantangnya, perempuan mengandung tidak boleh lalu apatah lagi duduk di bawah pokok cermai. Alasannya, ada hantu yang akan memakan janin dalam kandungan.

Pantang larang ini dikenakan mungkin kerana pengalaman orang Melayu menyaksikan perempuan mengandung keguguran setelah duduk-duduk di bawah pokok cermai.

Disebabkan tidak dapat memberi alasan pada sebab dan akibat fenomena itu, orang Melayu mengaitkannya dengan hantu.

Sebenarnya secara saintifik, pokok cermai mengeluarkan sejenis kimia melalui daun dan batangnya. Kimia itu pula memang boleh memudaratkan janin dalam kandungan sekiranya dihidu oleh ibu yang mengandung.

Kesimpulannya, pokok cermai memang banyak gunanya dan membawa nostalgia kepada sesiapa yang pernah tinggal di kampung. Kenangan pada buah cermai turut membangkitkan ingatan pada satu teka-teki lama yang berbunyi seperti yang tertera berikut. Apakah jawapannya?

Buah cermai di dalam dulang,
Tepung digaul minyak sapi,
Anaknya ramai ibunya seorang,
Apabila bergesel berapi-api?

sumber : http://cyberita.asia1.com.sg/mrencana/story/0,6879,176005,00.html


Buah-Buahan : Kedondong @ Ambra

Kedondong is a plant fruit trees in the form of english called ambarella, otaheite apple, or the Great Hog Plum.

Southeast Asia is being called: kedondong (Indonesia language)

This plant has spread throughout the tropical region benefits kedondong sweet fruit eaten superior cultivars in fresh condition, but some fruit is processed into mature Apart, jelly, and juice. Boiled and dried fruit can be stored for several months. Many raw fruits and vegetables used in rujak, and to be Acar (sambal kedondong). Young leaves are steamed into lalapan. Fruits and leaves are also used as cattle feed.

The wood is pale brown and easy to float, can not be used for construction timber, but sometimes made boats. Known in various corners of the world the benefits of the drug from the fruit, leaves and bark, and from several countries reported the existence of ulcer treatment, skin sore, and wound bakar.Komposisi food substances contained in the mangosteen fruit / 100 grams


Bahannya:

1. Buah kedondong (ikut suka banyaknya) kulitnya dikupas dan dipotong
dan diblend bersama air dan ditapis

2. Asam boi (serbuk atau yang berbiji)

3 Pewarna hijau kalau suka (sikit saja untuk mencantikkan jus kalau tak mahu takpe)

4. Ketulan ais

5. Sirap gula ( ikut manis yang dikehendaki)

Caranya: Campur kesemua bahan tu dan kacau



Sumber :

http://lovebodyhealth.blogspot.com/2010/08/benefit-of-kedondong-fruits.html
http://kenanganjadirinduan.blogspot.com/2010/07/buah-amra.html

Info Buah-Buahan - Buah Nam Nam




Pernah ke korang semua tengok pokok ini?
saya percaya pokok ini masih banyak di tanam terutama di kawasan kampung. Ada artikel yang saya baca juga ia banyak terdapat di kawasan di sebelah utara dan pantai timur. Sejauh mana kebenaran itu saya tidak pasti. Walau bagaimanapun, pokok ini dahulu memang ada di tanam di kampung saya dahulu di rumah sepupu perempuan ku tetapi sekarang dah tak ada sebab sudah di tebang.


Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah dipangkal pokok dan mempunyai ketinggian kira-kira diantara 2.5 hingga 3 meter sahaja.
Di sesetengah tempat ada juga orang yang mengelarkannya sebagai buah katak puru. Mungkin disebabkan kulitnya yang kurang menarik dan seperti kulit katak puru agaknya.. Buahnya pula mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.

Buah-Buahan & Kesihatan : Jambu Bol




Artikel kali ini saya ingin memperkenalkan lagi sejenis buah nadir yang semakin hari semakin dilupai. Jambu Bol atau Eugenia malaccensis sejenis buah yang dahulunya banyak ditanam di halaman rumah atau di kebun-kebun kecil. Pokok buah ini besar dan daunnya juga lebar. Ia boleh mencapai ketinggian sehingga 18 meter. Pokok ini dikatakan boleh berbunga dan berbuah beberapa kali setahun. Bunganya yang bewarna merah jambu ini memang menarik sekali jika dilihat.

Buahnya berbentuk bujur dan bersaiz kira-kira 5 cm panjang. Apabila masak, ia berwarna merah tua. Terdapat juga buah yang putih kekuningan. Ada yang menggelarkannya jambu susu. Kulitnya amat nipis dan mudah tercalar. Bahagian dalam buahnya berwarna putih.
Buahnya dimakan mentah sebagai buahan dan juga dijadikan rojak buah. Ada juga orang yang menjadikan buah ini sebagai jus minuman. Daunnya juga dikatakan boleh dibuat ulam, terutamanya bahagian pucuk. Tumbuhan ini berbau harum dan sedap apabila dimakan.

Selain buahnnya dimakan secara terus atau segar, daun jambu bol dikatakan boleh digunakan untuk merawat sakit tekak dan pecah lidah. Daunnya dikeringkan dan ditumbuk sehingga lumat. Kemudian ia disapukan pada lidah. Sejauh mana ia masih diamalkan saya sendiri pun tidak tahu..

Manfaat : Air seduhan kulit kayu pohon jambu bol dapat meredakan sariawan, sedangkan bubuk dari daun keringnya bisa mengatasi luka di lidah. Akarnya digunakan untuk mengobati gatal-gatal. Juga bersifat diuretik dan dapat mengatasi bengkak, meredakan disentri, peluruh haid dan bersifat abortif (penggugur).

Di Kamboja air seduhan daun, buah, dan bijinya dipakai untuk mengatasi demam. Jus daun mudanya digunakan sebagai pelembab kulit.

Di Brasil, seluruh bagian pohon jambu digunakan untuk mengobati sembelit, diabetes, batuk, sakit kepala, dan radang selaput lendir pada saluran napas. Biji, kulit kayu, dan daunnya menunjukkan aktivitas antibiotika dan memiliki efek terhadap tekanan darah dan pernapasan.

Jus daun jambu di Samoa digunakan untuk mengobati infeksi mulut. Ekstrak kulit kayunya digunakan untuk infeksi tenggorokan, sakit perut, daan gangguan lain pada pencernaan.

Kandungan gizi: Serat, kalsium, fosfor, vitamin A, tiamin, riboflavin, asam askorbat, niacin.


Sumber :

http://fazlisyam.com/2010/08/15/jambu-bol/
http://kupukupudanpelangi.blogspot.com/2009/08/jambu-bol-juga-punya-khasiat-loh.html

Kisah Benar : Aku, Lim & Islam




Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sama-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan ‘breakdance’, semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.

Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

” He’s name is no more Lim Wei Choon. He’s now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan. ..

Assalamualaikum..Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

‘Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang” Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak? .Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.

Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah dengan melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.


Sebahagian pengajaran dari kisah benar di atas ialah :

  1. Ramai orang Melayu Islam di Malaysia gagal memahami hakikat kelahiran mereka di dunia ini, iaitu untuk menjadi pendakwah dan contoh tauladan kepada masyarakat dan umat yang lain. “Demikianlah kami jadikan kamu umat pertengahan supaya kamu menjadi saksi-saksi (pembawa risalah Islam) keatas manusia lain, dan Rasul menjadi saksi (pembawa risalah Islam) keatas kamu” (Al-Quran).
  2. Bahkan lebih asas dari itu ramai orang Melayu di Malaysia yang gagal memahami dan menghayati Islam itu sendiri, sedang mereka dilahirkan siap beragama Islam dan pergi sekolah setiap hari sejak kecil.
  3. Apabila Lim mendapat cahaya Islamnya di Amerika, ini menunjukkan betapa di sebuah negara Barat lagi Kristian, terdapat orang-orang Islam di sana walaupun dari kalangan minoriti yang bekerja keras menunjukkan kepada manusia akan jalan kebenaran, berbanding dengan ramainya orang Melayu yang majoriti di negara Malaysia.
  4. Lim sangat memahami firman Allah swt di atas. Oleh itu beliau menyebut perkataan ” .. aku akan dakwa semua orang melayu Islam di dalam kampung kita … “. Setiap insan yang diamanahkan untuk menyampaikan Islam dalam bentuk perkataan (mengajak) dan perbuatan (contoh teladan), tetapi tidak menunaikan tugasan dan tanggungjawab tersebut, boleh bahkan akan didakwa oleh Allah swt kelak di Hari Kiamat. Mereka juga menjadi orang-orang yang didakwa oleh orang-orang sekeliling mereka yang tidak mendapat Risalah ini sedang mereka berjiran, berkawan dan berkenalan.
  5. Lim seorang yang sangat menghargai Islam yang dimilikinya serta seorang yang bekerja keras demi mencapai cita-cita. Dalam masa 5 tahun sahaja, beliau telah mengislamkan 20 orang termasuk ada dari kalangan adik beradiknya sendiri. Jika orang Melayu tidak dapat mengislamkan 20 orang kafir untuk menyayingi Lim dalam perkara kebaikan, apa kata mereka berusaha mengajak 20 orang Melayu Islam ke masjid dan kuliah-kuliah agama ? Atau mereka sendiri telah jauh dari mengunjungi rumah-rumah ibadat kepada Allah swt ? “Sesungguhnya orang-orang yang memakmurkan surau dan masjid ALlah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat” (Al-Quran).
  6. Ramai orang-orang Melayu hari ini membandingkan prestasi hidup sesama mereka dengan nilaian material seperti saiz dan rekabentuk rumah dan perhiasan, jenis kereta dan jumlah harta terkumpul, tetapi sepatutnya mereka membanding-banding sesama mereka sejauhmanakah prestasi projek Dakwah yang masing-masing sedang usahakan seperti majallah, tadika Islam, pusat tahfiz, rumah kebajikan dan anak yatim, pembinaan masjid dan surau, penganjuran kuliah dan kursus agama di masjid , surau dan institusi-institusi, projek kesenian Islam seperti merekod nasyid, pementasan dan kebudayaan Islam, penulisan artikel, cerpen, buku, novel dan blog Islam serta banyak lagi projek-projek Islam yang menanti dan boleh mereka lakukan demi berdepan dengan projek pemusnahan akhlak umat yang sedang dan berjaya dilakukan oleh musuh-musuh Islam dalam berbagai bidang kehidupan moden hari ini.
Semoga Allah swt memelihara kita dari kemurkaanNya lantaran kealpaan dan kelalaian ramai masyarakat kita dari tanggungjawab mereka sebagai hamba ALlah. Moga Allah memilih kita sebagai pendokong-pendokong agamaNya selagi nyawa belum bercerai badan. “Ya Allah jangan Engkau palingkan hari-hati kami setelah Engkau beri petunjuk kepada kami. Kurniakanlah kepada kami rahmatMu. Sesungguhnya Engkau sangat suka memberi” (Al-Quran).

Sumber : http://inijalanku.wordpress.com/2010/10/24/kisah-benar-aku-lim-islam/

Kelebihan 10 Hari Hari Pertama Zulhijjah



Ramai dari kita yang telah maklum kelebihan 10 Malam-malam Terakhir Ramadhan. Tetapi adakah ramai dikalangan umat kita yang maklum kelebihan 10 Hari-hari Pertama dalam bulan Zulhijjah? Imam al Bukhari Rahimahullah meriwayatkan daripada Ibnu ‘Abbas r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda bermaksud, “Tiada suatu hari pun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari ini – iaitu 10 hari Zulhijjah. Para sahabat baginda bertanya, ‘Tidak juga Jihad pada jalan Allah (mengatasi kelebihan Hari-hari tersebut)? Ujar Baginda, Tidak juga Jihad di jalan Allah kecuali seorang yang keluar dengan jiwa raga dan hartanya dan tidak membawa pulang apa-apa pun (kerana habis disumbangkan untuk memenangkan agama Allah)”.

Imam Ahmad r.a. dari Ibnu Umar r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Tiada suatu haripun, amalan kebaikan padanya mempunyai kelebihan melainkan pada hari-hari 10 Zulhijjah ini, oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdu Lillah)”.

Ibnu Hibban di dam kitab Sahihnya meriwayatkan dari Jabir r.a. bahawa Baginda s.a.w bersabda, “Seutama-utama hari adalah hari Arafah”.

Amalan yang dianjurkan padanya

1. Menunaikan ibadah haji dan umrah yang merupakan sebaik-baik amalan. Banyak hadis menyatakan kelebihan ibadah ini di antaranya : Sabda Nabi s.a.w.: “Satu umrah ke umrah yang lain menghapuskan (dosa) yang dilakukan di antara keduanya dan haji yang baik (diterima) tiada baginya balasan melainkan syurga”.

2. Berpuasa pada hari-hari tersebut atau sekadar kemampuannya – terutamanya pada hari Arafah. Tidak dinafikan bahawa puasa adalah di antara amalan yang terbaik dan ia adalah pilihan Allah seperti yang dinyatakan di dalam sebuah hadis qudsi, “Puasa itu adalah bagiKu dan Akulah yang membalasinya, dia meninggalkan keinginan nafsunya, makanan dan minumannya semata-mata keranaKu”.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abi Qatadah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Puasa pada hari Arafah, saya mengharap Allah akan menghapuskan (dosa) setahun yang lalu dan setahun yang mendatang”. Puasa ini adalah bagi mereka yang tidak berwuquf di padang Arafah.

3. Takbir (Allahu Akbar) dan berzikir padanya, firman Allah s.w.t yang bermaksud, (Dan supaya mereka menyebut nama Allah pada beberapa hari yang termaklum), hari-hari tersebut dijelaskan sebagai 10 hari di bulan Zulhijjah. Sebab itulah para ulama menyarankan supaya diperbanyakkan berzikir pada hari-hari tersebut sebagaimana mafhum hadis Ibnu Umar r.a. yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, di antaranya, “Oleh kerana itu perbanyakkanlah padanya tahlil (La Ilaha Illa Allah), takbir (Allah Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)”.

4. Bertaubat dan meninggalkan segala maksiat dan dosa, semoga dengan amalan baik dapat mencapai keampunan dan rahmat Allah. Ini kerana maksiat adalah punca kepada jauh dan terhindarnya seorang hamba dari rahmat Allah manakala ketaatan pula adalah punca dekat dan kasihnya Allah kepadanya.

5. Memperbanyakkan amalan soleh terutama amalan sunat tambahan seperti solat sunat, berjihad, membaca al-Quran, menyeru kepada kebaikan, mencegah kemungkaran dan seumpamanya kerana semuanya akan digandakan pada hari-hari tersebut.

Amalan yang dikerjakan ketika itu walaupun kecil tetapi ia lebih disukai oleh Allah dibandingkan pada hari-hari lain. Begitu juga amalan yang besar seperti berjihad di jalan Allah yang dikategorikan di antara amalan yang terbaik, tidaklah mendapat kehebatan pahala pada hari-hari itu melainkan apabila kuda (kenderaan) yang ditungganginya terbunuh (binasa) dan darahnya keluar (dia cedera atau mati syahid).

6. Disyariatkan bertakbir pada beberapa hari yang mulia itu pada waktu siang atau malam terutama selepas menunaikan fardu solat lima waktu yang dikerjakan secara berjemaah.

Bagi mereka yang tidak menunaikan ibadah haji, takbir bermula dari waktu subuh hari Arafah (9 Zulhijjah) dan bagi yang menunaikannya takbir bermula pada waktu Zuhur hari raya haji (10 Zulhijjah), semuanya berakhir sehingga waktu Asar pada hari ke-13 Zulhijjah.

7. Disyariatkan amalan korban (menyembelih haiwan ternakan) pada hari raya haji dan hari-hari Tasyriq (11, 12 dan 13 Zulhijjah). Ia merupakan sunah Nabi Ibrahim a.s. setelah Allah s.w.t mengujinya dengan perintah menyembelih anaknya Ismail tetapi ditebus ujian itu dengan digantikan seekor haiwan untuk disembelih.

8. Imam Muslim meriwayatkan dari Ummu Salamah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda, “Apabila kamu telah melihat anak bulan Zulhijjah dan ada di kalangan kamu yang ingin berkorban (sembelih haiwan ternakan), hendaklah dia menahan dirinya dari (memotong) rambut dan kukunya”. Di dalam riwayat lain : “Maka janganlah dia memotong rambut dan kukunya sehinggalah dia berkorban”.

Perintah (sunat) ini berkemungkinan ada persamaan dengan hukum bagi mereka yang membawa haiwan ternakan (ketika mengerjakan haji) dari kampung mereka yang telah dijelaskan oleh Allah, maksudnya, (Dan janganlah kamu mencukur rambut kamu sehinggalah haiwan ternakan (yang dibawa untuk dihadiahkan dagingnya kepada penduduk Mekah) itu sampai ke tempatnya).

Larangan (memotong rambut dan kuku) ini pada zahirnya adalah khusus kepada pemunya haiwan korban tersebut sahaja dan tidak termasuk isteri dan anak-anaknya melainkan mereka juga mempunyai haiwan seumpamanya, dan tidak mengapa jika yang berkenaan membasuh dan menggosok kepalanya kemudian terjatuh beberapa helai rambutnya.

9. Setiap muslim hendaklah berusaha menunaikan solat hari raya secara berjemaah, mendengar khutbah oleh imam selepas solat tersebut supaya mendapat pengajaran daripadanya.

Sepatutnyalah kita mengetahui hikmat di sebalik perayaan ini. Ia merupakan hari menyatakan kesyukuran dengan melakukan kebaikan. Janganlah pula dilakukan padanya perkara yang mendatangkan kemurkaan Allah dengan mengerjakan maksiat, kesombongan, pertengkaran dan sebagainya yang boleh menjadi sebab kepada terhapusnya amalan kebaikan yang dikerjakannya sebelum itu.

10. Penuhilah hari-hari berkenaan dengan ketaatan kepada Allah, berzikir, bersyukur, menunaikan perintah-Nya, menjauhi larangan-Nya, mendekatkan diri kepada-Nya semoga mendapat rahmat dan keampunan-Nya.

sumber : http://inijalanku.wordpress.com/2010/11/04/kelebihan-10-hari-hari-pertama-zulhijjah-2/


ANAK ADAM & BISIKAN SANG DURJANA

   Dipagi yang indah dengan ada titisan embun pagi yang masih lagi menitis, kulihat cahaya sang matahari mulai naik ingin menerangi seluruh alam semesta,kuberlabuh sebentar dipakin yang diperbuat oleh cebisan kayu yang menjadi tempat kuberteduh selama ini … kutebarkan ruang kenangan 
menyelongkar sudut-sudut memori daerah ini cukup nyaman…aman..damai murai berkicau gagak bersahut sahutan cengkerik berdecit mengalun lagu ria rimbunan dedaun melontar pucuk dan sulur menyambut tiupan angin menhampar kuasanya merestui rantaian mekarnya cinta sebuah daerah sunyi.. Bertaut kalungan haruman kasturi silaturrahim

   Tanpa kusedari labuhan kutadi hingga kedatangannya petang hingga ke senja didatangi pula Petir  yang memecah sebuah kesunyian menghulur bibit-bibit bisikan berkiblat suara  adakah kubisa menghalangnya agar panah dilontar bersilang-silang hujung dipalit wasangka berpekung busur bersalut fitnah
bernanah mengocak pauh janggi terjaga sang rajuna dari lena,lantas kumula berseka mata berpinar mencari punca
dari mana batu litar bersepuh mengejar arah kutoleh ke kanan,kutoleh ke kiri,kutoleh ke semua tempat namun tidak jua kudapat jawapan…hatiku pun terkedu dek lantang sisipan sergah cerca..
   Badan ku kaku..mengiringi doa yang kubawakan hati masih lagi tidak berputus asa masih lagi ingin mencari : renung,tatap bibir direntap penuh tanda tanya musuh sukar untuk dikenali seteru madu wujudnya jauh sekali…
   Adakan cerita..? tapi mungkin bisikan sang durjana yang tidak pernah berputus asa tahunya pula tiada iman didada dengan pantas ditujunya hasrat melagakan “ANAK-ANAK ADAM”  yang sedang leka berehat diparkin yang ala-ala taman firdausi yang harmoni mahu menguji mungkin dengusan syaitan arah suci pemikiran memalapkan sinar ukhwah yang sebelumnya bersemarak…lantas ku bangunkan diriku dari labuhan tadi mencari air suci dengan dihati mengatakan nawaitunya…keteruskan apa suruhan allah yang wajib bagiku…selesai sudah suruhan allah itu tangan kumengangkat kedua belah tanganku berdoa agar imanku yang masih goyah ini..bertambah kukuhnya lagi….. www.lekirmai.blogspot.com



“ilmu agama mesti dipelajari
agama itu juga tiang seri
mesti ada yang merwarisi
tiada ibubapa tiadalah kita disini
harapan mereka memang lah tinggi
memohon ampun dan maaf kumengakhiri
panjan umur ku menulis lagi…”
(…Insyaallah…)
Penulisan by : zulkifli asri

Impian Pelangi Petang...

Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tanpa kesusahan, kesedihan, kekecewaan dan kegagalan namun diberikanNya petunjuk, ketenangan, kesabaran dan kekuatan bagi mengatasi segala rintangan dan ujian kepada mereka yang mengenaliNya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara dan janganlah cepat berputus asa kerana selepas hujan di tengahari, pelangi petang pasti akan muncul kembali.


-mior yusuf-

Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakkan Otak




Ada beberapa perkara yang menjadi tabiat kita yang perlu diperbetulkan sekiranya sudah tahu kesan masa jangka panjang. Tabiat buruk ini jika diteruskan akan menyebabkan sesetengah orang apabila penyakitnya serius akan mengalami sakit mental. Perhatikan sekeliling kita warga-warga emas yang baru menjangkau umur 60an. Ada yang sudah nyanyuk dan suka melatah apabila diciut. Melatah adalah satu daripada penyakit saraf otak. Jika tidak dijaga pada peringkat awal. Seseorang itu yang berumur 30an akan mempercepatkan mendapat penyakit gila diusia yang muda. Jika datuk dan nenek kita kita sekarang yang berusia 70an ke 80an masih sehat segar dan tidak nyanyuk kerana mereka menjaga kesihatan pada usia yang muda dahulu. Kehidupan kita pada masa sekarang yang banyak dan dipenuhi aktiviti sosial, banyak menonton TV Astro sehingga ke pagi dan melayari internet 24 jam tanpa henti sehingga mengabaikan kesehatan. Mungkin suatu hari nanti banyak diantara kita yang akan mengalami sakit mental diawal usia 50an dan 60an.


1. Tidak mengambil sarapan pagi.
Orang yang tidak mengambil sarapan pagi akan memiliki tingkat gula darah yang rendah. Hal ini menyebabkan kekurangan bekalan gizi yang menyebabkan kemunduran otak.

2. Makan Berlebihan.
Makan berlebihan akan menyebabkan pengerasan pembuluh otak, menyebabkan penurunan kekuatan mental.

3. Merokok
Menghisap rokok boleh menyebabkan beberapa penyusutan otak dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer. Kurangkan menghisap rokok.

4. Pengambilan gula yang banyak.
Selain boleh menyebabkan kencing manis. Terlalu banyak pengambilan gula mengganggu penyerapan protein dan gizi yang menyebabkan gizi buruk dan mengganggu perkembangan otak.

5. Pencemaran udara.
Otak adalah pelanggan oksigen terbesar dalam 20 tubuh kita. Menghirup udara yang tercemar menurunkan bekalan oksigen ke otak, yang menyebabkan penurunan efisiensi otak.

6. Kurang Tidur.
Tidur membuat otak kita istirahat. Jangka panjang dari kekurangan tidur akan mempercepatkan kematian sel-sel otak .

7. Kepala tertutup ketika tidur.
Tidur dengan kepala tertutup meningkatkan kepekatan karbon dioksida dan penurunan kepekatan oksigen yang boleh menyebabkan merosakkan otak.

8. Kerja kuat semasa anda sakit/demam.
Apabila kita sakit dan mendapat MC adalah bertujuan supaya berehat. Bekerja keras atau belajar semasa sakit dapat menurunkan keberkesanan otak selain merosakkan sel-sel otak.

9. Kurang stimulasi fikiran.
Berfikir adalah cara terbaik untuk melatih otak kita, dan kurangnya stimulasi fikiran dapat menyebabkan penyusutan otak.

10. Kurangkan bercakap banyak.
Perbualan intelektual akan mendorong efisiensi otak. Sebab itu perpatah melayu berkata "Tong yang kosong, kuat bunyinya bila diketuk". Bercakap perkara yang berfaedah sahaja dan penting..Bukan jadi pendiam!

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda:

"Hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhari)

Semuga kita berubah demi kebaikan diri kita dan keluarga yang tersayang. Jangan rosakkan diri kita dengan tabiat buruk ini.

Sumber : http://resepirahsiaku.blogspot.com/2010/09/tabiat-yang-menyebabkan-kerosakan-otak.html

Info Kesihatan : Ulat Bantu Rawat Kudis Kencing Manis

Keadaan luka di betis kanan Faridatul Akma Othman, 52, ketika menerima rawatan 'Maggot Debridement Therapy' oleh Edaran Arif Medik. Proses penyembuhan luka itu mengambil masa kira-kira sebulan.-Foto BERNAMA

PENGALAMAN jari kaki kanannya dipotong pada tahun 2008 meninggalkan kesan yang agak traumatik bagi Faridatul AkmaOthman, 52, seorang penjawat awam yang menghidap penyakit kencing manis.

Jari beliau terpaksa dipotong atas nasihat doktor kerana tidak mahu jangkitan pada luka itu, yang semakin teruk, merebak kebahagian lain kaki beliau.

Selepas berakhirnya episod itu, 'cerita' baru pula timbul.

Pada awal tahun 2009, kaki beliau luka lagi. Kali ini di betis kanan akibatdicakar kuching peliharaannya.

Insiden kaki Faridatul dicakar kucing berlaku sewaktu dia mahu bangun dari tidur.

"Kucing tu tidur dekat hujung kaki, jadi bila nak bangun saya mungkin tersepak kucing tu...agaknya tercakar kaki saya bila dia nak terjatuh dari katil".

Kata Faridatul, dia membiarkan luka itu begitu saja sebab tiada rasa sakit, namun selepas seminggu, luka itu menjadi kudis yang besar.

Beliau kemudian mendapatkan rawatan di klinik dan hospital tetapi luka itu tidak juga sembuh.


Keadaan luka di betis kanan Faridatul Akma Othman, 52, sebelum menerima rawatan 'Maggot Debridement Therapy' oleh Edaran Arif Medik.-Foto BERNAMA

"Saya ada buat rawatan pada luka itu, tapi sebaliknya ia bertambah besar pula. Luka yang membengkak itu kemudian bernanah dan berair, lagilah tak tenang perasaan saya," kata Faridatul.

RAWATAN ULAT

Menurut Faridatul, anak sulungnya Raihan Haniza Jalaluddin, 27, kemudian memberitahu tentang rawatan 'Maggot Debridement therapy' dan meminta beliau mencuba rawatan itu.

Kata Raihan, rawatan itu mungkin boleh menyembuhkan luka kronik terutama yang dialami pesakit diabetis. Kaedah ini juga boleh digunakan merawat luka akibat kemalangan, kebakaran dan sebagainya.

"Tapi saya takut. Tak hendaklah bubuh ulat tempat luka kalau boleh biarlah cari alternatif lain. Tapi bila luka ini bertambah teruk dan bernanah, saya ubah fikiran untuk cuba rawatan ini," katanya.

MULA BUAT RAWATAN

Faridatul yang menghidap diabetis sejak berusia 39 tahun berkata setelah hampir sebulan dia membuat membuat rawatan dengan menggunakan ulat itu, beliau bersyukur kerana luka yang dialaminya kini semakin sembuh.

Beliau pada mulanya agak takut sewaktu melihat ulat yang digunakan bagi rawatan itu yang dibimbanginya akan masuk ke dalam lukanya. Namun setelah diberi penerangan oleh petugas Edaran Arif Medik (tempat yang memberi rawatan), akhirnya dia berani mencuba rawatan itu.

Faridatul berkata beliau amat berpuashati dengan rawatan berkenaan kerana ternyata memberi kesan yang baik dan lukanya tidak lagi 'basah' dan bengkak seperti dulu.


Keadaan betis kanan Faridatul Akma Othman, 52, yang beransur pulih selepas menerima rawatan 'Maggot Debridement Therapy' oleh Edaran Arif Medik.

"Lepas bubuh ulat itu, luka saya dah mula elok dan kering, tak jadi macam dulu-dulu masa sebelum buat rawatan. Isi pun dah tumbuh, dulu luka ini macam berlompong, isi permukaan macam dah tak ada", kata Faridatul.

TERAPI PEMBERSIHAN LUKA

Menurut Pengarah Urusan Edaran Arif Medik Sdn Bhd Mohd Fairuz Muhamad Akir,sejak tahun 2008 seramai 315 orang mendapatkan rawatan ini dan mereka bukansahaja dalam kalangan pesakit diabetis tetapi juga mereka yang mempunyai luka lain.

Menurut Mohd Fairuz, kaedah terapi pembersihan luka dengan menggunakan ulatatau maggot debridement therapy sebenarnya bukanlah untuk mengawal penyakit kencing manis tetapi lebih kepada merawat luka yang sukar sembuh.

"Nanti ada pula yang salah faham. Rawatan ini sebenarnya lebih membantu mengubati luka-luka yang sukar sembuh dan bukanlah untuk mengawal penyakit kencing manis.

"Cuma pesakit kencing manis sahaja yang selalu mengalami masalah luka yang sukar sembuh seperti ini," kata Mohd Fairuz.

Menurutnya setakat ini syarikat itu hanya memasarkan ulat ini di hospital dan klinik di Lembah Klang seperti antaranya di Kuala lumpur, Serdang dan Sungai Buluh.

Bagi sesiapa yang mahu mendapatkan serta memasarkan ulat-ulat ini mereka haruslah mendapatkan latihan daripada Edaran Medik sebelum menggunakannya.

"Bagi mereka yang berminat untuk dapatkan ulat ini kami akan adakan latihan sebab ulat-ulat ini bukan senang nak menjaganya, agak sukar," kata beliau. - BERNAMA


sumber : http://mstar.com.my/variasi/rencana/cerita.asp?file=/2009/12/22/mstar_rencana/20091222174744&sec=mstar_rencana

Info Kesihatan : Khasiat Jagung




Jagung
oleh masyarakat kita sudah umum diketahui sebagai salah satu bahan makanan yang mengandung unsur karbohidrat yang cukup tinggi dan bisa dikonsumsi sebagai bahan makanan pokok pengganti nasi.Tapi manfaat jagung sebagai bahan alami untuk merawat kecantikan kulit tentunya belum banyak yang mengetahui atau lazim menggunakannya sebagaimana orang-orang menggunakan alpukat, tomat, atau bahan makanan alami lainnya.

Menurut para ahli kesehatan dengan mengkonsumsi jagung secara teratur, kandungan zat prokaroten (protein, karbohidrat dan sedikit lemak) dalam jagung akan tersimpan di jaringan kulit, sehingga akan berfungsi sebagai pelindung terhadap sinar ultra violet. Selain itu menurut seorang herbalis dari Klinik Herbal Pondok Indah, dokter Agus Rahmadi, kandungan zat dalam jagung yang dapat menarik minyak, juga bermanfaat untuk mengobati jerawat. Tidak hanya buah jagungnya saja tapi juga rambut jagungnya bisa di gunakan sebagai obat jerawat.

Jenis jagung yang baik untuk digunakan dalam merawat kecantikan kulit wajah adalah, jagung muda karena memiliki kandungan air yang cukup tinggi, dan bisa digunakan sebagai masker wajah alami. Untuk mendapatkan hasil yang lebih optimal, saran para ahli, sebaiknya ditambahkan madu dalam campuran masker tersebut agar selain berfungsi mengangkat sel-sel kulit mati dan kotoran di permukaan kulit, masker itu juga dapat mencegah infeksi dan membunuh kuman yang menempel di kulit dengan adanya campuran madu tadi.

Proses pembuatan masker jagung ini cukup mudah, yaitu parut atau tumbuk satu buah jagung muda hingga halus, lalu dicampurkan dengan dua sendok makan madu. Sebelum dipakai, basuh wajah dengan air hangat terlebih dahulu, kemudian oleskan masker, diamkan beberapa saat hingga mengering. Terakhir bersihkan wajah dengan air hangat sampai sisa – sisa masker bersih, lalu basuh kembali dengan air dingin untuk menutupi pori-pori wajah. (prp/pit
/ft:ilustrasi)


Sumber :http://asiangirlstyle.com/lifestyle-27-193-khasiat-jagung-bagi-kecantikan-kulit

Info Kesihatan : Khasiat Jambu Batu



Jambu batu atau Psidium guajava merupakan sejenis tumbuhan perdu yang banyak caband. Tingginya dapat mencapai 12 meter, manakala daunnya berbentuk bulat telur, kasar dan kusam. Ianya juga mempunyai bunga yang berwarna putih dan buahnya berisi serta banyak biji. Tumbuhan ini banyak ditanam di ladang di dalaman rumah dan di tanah-tanah yang berbatu. Tumbuhan ini boleh sampai pada ketinggian 1200 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan ini termasuk dalam famili atau suku Myrtaceae.

Tumbuhan ini mengandungi tanin pada daun, kulit batang dan buahnya. Ia juga mengandungi banyak lemak, damar, minyak menguap dan garam-garam mineral. Jambu batu juga mengandungi avikularin dan guaijaverin yang berkhasiat sebagai antibakteria.

Jambu batu mempunyai pelbagai kegunaan, di antaranya ialah akar, kulit dan batang serta daunnya direbus dalam air yang mendidih, kemudiannya airnya itu sangat sesuai diminum bagi mengubati sakit perut dan cirit birit. Air rebusan itu juga boleh digunakan untuk membersihkan selaput lendir proses usus yang terdapat pada bayi (prolapsysani). Luka-luka boleh diubati dengan menggunakan daun jambu batu jika daun tersebut ditumbuk dan ditampal pada tempat luka tersebut. Rajah : Lampiran 6

(2)

Jambu batu adalah buah yang paling berkhasiat bagi membekalkan vitamin dan mineral kepada tubuh manusia ...

Buah tersebut juga efektif menurunkan paras kolesterol dalam darah manusia dan amat bagus sekiranya dimakan setiap hari.

Jambu batu tergolong dalam kumpulan makanan berfungsi yang banyak mendatangkan manfaat kepada kesihatan manusia.

Bagaimanapun, pengambilan buah jambu batu perlu dibuat dalam jumlah yang mencukupi bagi memastikan khasiatnya berupaya memberi tindak balas kepada tubuh secara berkesan.

Ketua Unit Sains Pemakanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Rokiah Yusof berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mengambil jambu batu sebanyak 400 gram sehari iaitu sebiji setengah selama empat minggu.

Menurut beliau, buah itu perlu dimakan bersama kulit-kulitnya sekali kerana ia mengandungi khasiat yang tinggi.

Selain dimakan begitu sahaja buah jambu batu juga boleh dibuat jus tetapi cara penyediaannya perlu asli iaitu tidak ada gula di dalamnya.

Dr. Rokiah memberitahu, jambu batu sesuai diambil untuk amalan diet seimbang terutama bagi mereka yang mengalami masalah berat badan.

Beliau menasihatkan supaya buah jambu batu dijadikan sebagai amalan tetap dalam gaya pemakanan.

Katanya, bagi mereka yang menghadapi masalah paras kolesterol tinggi dalam darah, jambu batu boleh mengurangkan kolesterol iaitu 18.8 peratus dalam masa seminggu.

"Tetapi pesakit mestilah mengambil buah jambu batu setiap hari bagi memastikan keberkesanannya,'' ujar beliau.

sumber : http://wajahayu.blogspot.com/2009/10/khasiat-jambu-batu.html