Selasa, 19 Oktober 2010

Hari ini adalah tarikh yang Cantik ambil lah ilmu dihari ini agar ianya dapat berkekalan-Khasiat Antara Sifat Golongan Memiliki Ilmu

Dalam al-Quran ditegaskan bahawa Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang yang berlaku aniaya, kafir, fasik, disesatkan, pembohong lagi amat ingkar dan pemboros.

Memang mereka yang derhaka masih mampu memperolehi ilmu Allah yang bersifat kasbi tetapi ia terbatas pada sebahagian fenomena alam dan bukan hakikat. Bukan pula berkaitan dengan reality di luar alam kebendaan.

Dalam konteks ini, Allah berfirman yang bermaksud: “Itulah janji Allah. Tidak pernah Allah menyalahi janji-Nya tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka mengetahui perkara yang lahir daripada kehidupan dunia ini dan terhadap hari kemudian itu, mereka tidak memperhatikannya.” – (Surah ar-Rum 6-7)

Cendekiawan Islam juga menegaskan betapa pentingnya mengamalkan ilmu. Dalam konteks ini, ditemukan ungkapan yang dinilai oleh ilmuan sebagai hadis jungjungan yang bermaksud: “Barang siapa mengamalkan yang diketahuinya, maka Allah menganugerahkan kepadanya ilmu yang belum diketahuinya.”

Sebahagian ulama merujuk kepada al-Quran untuk menguatkan kandungan hadis itu.

Firman Allah bermaksud: “Hai orang beriman! Kalau kamu berhutang-piutang dengan janji yang ditetapkan waktunya, hendaklah kamu tuliskan. Dan seorang penulis di antara kamu hendaklah menuliskannya dengan jujur. Janganlah penulis itu enggan menuliskannya, sebagaimana yang diajarkan Allah kepadanya. Hendaklah dituliskannya! Orang yang berhutang itu hendaklah membaca hutang yang akan ditulis dan takutlah dia kepada Allah Tuhannya janganlah mengurangkan hutangnya sedikit pun. Dan kalau berhutang itu kurang akal, lemah atau tidak boleh membaca, hendaklah pemeliharaannya wali membaca dengan jujur dan dipersaksikanlah dengan dua orang daripada kaum laki-laki di antara kamu dan kalau tidak ada dua laki-laki maka boleh seorang laki-laki dan dua perempuan, siapa yang kamu sukai untuk menjadi saksi itu.

“Kalau yang seorang lupa, boleh diingatkan oleh yang lain. Janganlah saksi itu enggan memberikan keterangan kalau mereka dipanggil dan janganlah kamu malas menuliskan hutang itu, sedikit atau banyak, menurut janji yang ditentukan: Cara yang seperti itu lebih adil di sisi Allah, lebih membetulkan kesaksian dan lebih dekat kepada tidak ragu-ragu. Tetapi jika perniagan kontan yang sedang kamu putarkan di antara kamu, maka tidaklah mengapa jika tidak kamu tuliskan. Dan persaksikanlah ketika kamu melakukan jual beli antara kamu dan janganlah diberati penulis dan saksi. Kalau kamu perbuat hal itu memberkati penulis dan saksi sesungguhnya perbuatan itu satu kesalahan yang besar bagimu. Patuhlah bertakwalah kepada Allah: Allah mengajar kamu dan Allah mengetahui segala sesuatu. “ – (Surah al Baqarah, ayat 282)

Atas dasar itulah, al-Quran memandang bahawa seseorang yang memiliki ilmu perlu memiliki sifat dan ciri tertentu pula.

Antara sifat itu ialah khasyat (takut dan kagum kepada Allah) sebagaimana ditegaskan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Demikian juga di antara manusia, binatang dan ternak itu, bermacam-macam pula warnanya. Hanyalah yang takut kepada Allah ialah orang berilmu di antara hamba-hamba-Nya. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa dan Maha Pengampun.” (Surah Fathir, ayat 28)

Dalam konteks ayat ini, ulama atau orang berilmu adalah mereka yang memiliki pengetahuan mengenai fenomena alam.

Rasulullah s.a.w. menegaskan bahawa: “Ilmu itu ada dua macam, ilmu dalam dada, itulah yang bermanfaat, dan ilmu sekadar di hujung lidah, maka itu akan menjadi saksi yang memberatkan manusia.”

Dari wahyu pertama, ditemukan juga petunjuk mengenai pemanfaatan ilmu.

Melalui iqra bismi rabbika, digariskan bahawa titik tolak atau motivasi pencarian ilmu, demikian juga tujuan akhirnya, perlulah kerana Allah semata-mata.

Syeikh Abdul Halim Mahmud, bekas pemimpin tertinggal al-Azhar, memahami ayat bacalah demi Allah dengan maksud untuk kemaslahatan makhluknya. Bukankah Allah tidak memerlukan sesuatu dan justeru makhluk yang memerlukan Allah?

Muslimin perlu menghindari cara berfikir mengenai bidang yang tidak menghasilkan manfaat. Apa lagi tidak memberikan hasil kecuali menghabiskan tenaga dan wang ringgit. Rasulullah s.a.w. sering berdoa: “Wahai Tuhan, Aku berlindung kepada-Mu daripada ilmu yang tidak bermanfaat.”

Atas dasar ini pula, berfikir atau menggunakan akal untuk mengungkap rahsia alam metafizik, tidak boleh dilakukan. Maksudnya, hati mesti digunakan untuk menjelajahi alam metafizik itu.

Menarik untuk dijelaskan bahawa ayat al-Quran yang memperkatakan mengenai raya, menggunakan redaksi berlainan ketika menunjukkan manfaat yang diperolehi dan jagat raya, walaupun objek atau bahagian alam yang dihuraikan sama.

Perhatikan misalnya ketika al-Quran menghuraikan as-samawat walardh. Dalam surah al-Baqarah ayat 164, penjelasan ditutup dengan menyatakan: “Sesungguhnya ada tanda-tanda bagi orang berakal.”

Sedangkan dalam surah Ali Imran, ayat 90, ketika menghuraikan persoalan sama diakhiri dengan: “Pada yang demikian itu ada tanda-tanda ulil albab, iaitu orang yang memiliki sari pati segala sesuatu.”

Teknologi didefinisikan sebagai kegiatan atau kajian yang menggunakan pengetahuan sains dalam industri, pertanian, perubatan, perniagaan dan sebagainya. Teknologi adalah ilmu mengenai cara menerapkan sains untuk memanfaatkan alam bagi kesejahteraan manusia.

Lantaran itu, mesin atau alat canggih yang digunakan manusia bukanlah teknologi walaupun secara umum ia sering dikaitkan sebagai teknologi. Mesin digunakan oleh manusia sejak berabad-abad lalu, namun pada masa itu belum dinamakan sebagai era teknologi.

Menelusuri pandangan al-Quran mengenai teknologi mengundang kita melihat banyak ayat al-Quran yang memperkatakan mengenai jagat raya.

Menurut sebahagian ulama, ada kira-kira 750 ayat al-Quran yang berbicara mengenai alam kebendaan dan fenomenanya serta yang memerintahkan manusia untuk mengetahui dan memanfaatkan alam ini.

Secara tegas dan berulang, al-Quran menyatakan bahawa jagat raya diciptakan dan ditundukkan Allah untuk manusia.

Ini dinyatakan dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan diadakan-Nya pula untukmu apa yang di langit dan yang di bumi semuanya, kurnia daripada Tuhan. Sesungguhnya, hal demikian itu menjadi keterangan bagi kaum yang mahu berfikir.” (Surah al-Jatsiyah, ayat13)

Penundukan itu terlaksana melalui hukum alam yang ditetapkan Allah dan kemampuan yang dianugerahkan-Nya kepada manusia. Al-Quran menjelaskan sebahagian ciri itu antara lain:
v  Segala sesuatu di alam raya ini memiliki ciri dan hukum-Nya. Segala sesuatu di sisi-Nya memiliki ukuran (Surah al-Ra’d, ayat 8). Matahari dan bulan yang beredar dan memancarkan sinar, hingga rumput yang hijau atau layu kering, semuanya telah ditetapkan oleh Allah sesuai ukuran dan hukumnya. Demikian antara lain dijelaskan dalam surah Yasin, ayat 38 dan Sabihisma, ayat 2-3.

v  Semua yang berada di alam raya ini tunduk kepada-Nya: Hanya kepada Allahlah  tunduk segala yang di langit dan di bumi secara sukarela atau terpaksa. (Surah al-Ra’d, ayat 15)

v  Benda alam, apa lagi yang tidak bernyawa, tidak diberi kemampuan memilih, tetapi sepenuhnya tunduk kepada Allah melalui hukum-Nya. Kemudian Dia menuju kepada penciptaan langit dan langit yang ketika itu masih asap, lalu Dia (Allah) berkata kepada-Nya, “Datanglah  (Tunduklah) kamu berdua (langit dan bumi) menurut perintah-Ku suka atau tidak suka!” Mereka berdua berkata, “Kami datang dengan suka hati.’ – (surah Fushshilat, ayat 11)

Di sisi lain, manusia diberi kemampuan untuk mengetahui ciri dan hukum yang berkaitan dengan jagat raya, seperti ditegaskan melalui firman-Nya dalam surah al-Baqarah, ayat 31, yang bermaksud Allah mengajarkan Adam nama-nama semuanya. Yang dimaksudkan dengan nama-nama pada ayat itu ialah sifat, ciri dan hukum sesuatu. Ini bererti manusia berpotensi mengetahui rahsia jagat raya.

Adanya potensi itu dan tersedianya bahan yang diciptakan Allah serta ketidakmampuan jagat raya membangkang terhadap perintah dan hukum Tuhan, menjadikan ilmuan mampu memperolehi kepastian mengenai hukum alam.

Kerananya semua itu menghantarkan manusia berpotensi untuk memanfaatkan alam yang ditundukkan Tuhan. Keberhasilan memanfaatkan alam itu adalah buah teknologi.

Al-Quran memuji sekelompok manusia yang disebutnya sebagai ulil albab (orang berakal). Ciri mereka antara lain disebutkan dalam firman Allah bermaksud: “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda bagi orang yang berakal, iaitu orang yang mengingati Allah ketika berdiri atau duduk, ketika berbaring, dan mereka yang berfikir mengenai kejadian langit dan bumi. Lalu mereka berkata: “Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan ini dengan sis-sia, Maha Suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.” – (Surah Ali Imran, ayat 190-191)

Ayat itu mengambarkan dua ciri ulil albab, iaitu tafakur dan zikir. Kemudian kedua-duanya menghasilkan natijah yang dihuraikan dalam firman-Nya bermaksud: “Maka Tuhan memperkenankan permohonan mereka dengan berfirman, sesungguhnya Aku tidak mengiya-iyakan amal yang beramal di antara kamu, baik lelaki atau perempuan, satu dengan yang lainnya pun sama. Sebab itu, orang yang pindah negeri, diusir dari rumahnya, diseksa kerana menempuh jalan-Ku dan berperang atau terbunuh diperangi, sesungguhnya akan Ku tutup kesalahan mereka dan Ku masukkan ke dalam syurga yang mengalir sungai dalamnya. Itulah pahala yang sebaik-baiknya.” – (Surah Ali Imran, ayat 195)

Natijah bukanlah sekadar idea tersusun dalam bernak, melainkan melampauinya sampai kepada pengamalan dan pemanfaatannya dalam kehidupan sehari-hari.

Muhammad Quthb dalam bukunya yang berjudul Manhaj At-Tarbiyah Al-Islamiyah menghuraikan ayat 195 surah Ali Imran sebagai berikut: “Maksudnya adalah bahawa ayat itu adalah cara sempurna bagi penalaran dan pengamatan Islam terhadap alam. Ayat itu mengarahkan akal manusia kepada fungsi pertama di antara sekian banyak fungsinya, iaitu mempelajari ayat Tuhan yang tersaji pada alam raya ini. Ayat itu bermula dengan tafakur dan berakhir dengan amal.”

Program Selepas PMR Bagi SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH, Batu 10 Lekir





PROGRAM SELEPAS PMR 2010 BAGI SABK MAAHAD ISLAHIAH ADDINIAH BATU 10 LEKIR 32020 SITIAWAN PERAK



1) PERANG KUALI
TARIKH : 26/10/2010
MENU : MINUM PETANG


2) SEKOLAHKU INDAH
TARIKH : 29/10/2010
OBJEKTIF : MEMCERIAKAN KAWASAN SEKOLAH


3) KURSUS PENYEMBELIHAN
TARIKH : 2/11/2010
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


4) PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL
TARIKH : 3/11/2010 & 4/11/2010
ACARA : BATU SEREMBAN, SEPAK RAGA, GALAH PANJANG, TUJU TIN


5) LAWATAN KE TLDM LUMUT
TARIKH : 8/11/2010
ANJURAN : PERSATUAN SEJARAH & RUKUN NEGARA


6) PENGURUSAN JENAZAH
TARIKH : 9/11/2010
ANJURAN : PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


7) KEM MEMBACA 1 MALAYSIA
TARIKH : 11 -12 NOV 2010
ANJURAN : PUSAT SUMBER MIA


8) KEMBARA ( ORIENTEERING)
TARIKH : 15/11/2010


9) MAJLIS PENUTUP PROGRAM SELEPAS PMR
TARIKH : 16/11/2010