Ahad, 18 Julai 2010

Harga Gas memasak naik.

Peruncit dan penjual gas dan orang ramai telah dibeban dengan kenaikkan harga gas memasak naik harga. Harga setong gas telah naik dengan banyaknya menyebabkan orang ramai merungut. Mereka marahkan penjual gas yang tidak bersalah kerana harga gas naik. Sepatutnya mereka menyalahkan pihak Kerajaan yang menaikkan harga gas. Malaysia adalah kaya dengan hasil minyak dan gas dan simpanan gas Malaysia adalah banyak dan gas ini dibuang begitu sahaja. Lihat sahajalah bagaimana pembakaran gas berlaku di pelantar minyak di laut. Sepatutnya harga gas tidak berlaku kerana Malaysia mempunyai simpanan gas yang banyak. Sekarang ini semua orang memasak gunakan gas bukan lagi kayu api seperti dahulu. Apa nak jadi dengan Malaysia harga gula pun naik juga, Puasa dan Hari Raya hampir tiba mungkin naik lagi harga gula kerana ada team sorok bukan team sorak. Nanti gula mungkin akan kurang di pasaran. Berhati-hatilah kita menghadapinya.