Isnin, 22 November 2010

Renungan : 24 perkara Jangan Dilakukan



Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita. Di bawah ini terdapat 24 perkara – perkara yg. jangan dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri. :

1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh ALLAH s.w.t.

2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @ sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.

4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.

5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)

6. Jangan makan tanpa membaca BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.

7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @ kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.

9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila berjaya dan kecewa pula bila gagal.

15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org kepada kita.

18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri jin dan syaitan masuk bersama.

23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal bukan kepadaNYA.

24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga. Wallahuallam.

Renungan : Isbal bagi Kaum Lelaki


Isbal (اَْلاِسْبَالُ) bermaksud: "Melabuhkan pakaian (seperti seluar, jubah, kain sarung dan semua jenis pakaian) sehingga menutup buku lali (mata kaki). Atau pakaian labuh yang menyentuh bumi (mencecah tanah) sehinggga diseret.

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, dia berkata: "Ketika ada seorang lelaki yang solat dengan mengenakan pakaian secara Isbal, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam berkata kepadanya, "Pergilah dan ambillah wudhu'!" Lelaki itu pun pergi dan berwudhu' semula. Kemudian dia kembali datang dan Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam kembali berkata, "Pergilah dan ambillah wudhu'!" Ada seorang lelaki yang bertanya kepada Rasulullah, "Wahai Rasulullah, mengapa kamu menyuruhnya mengambil wudhu' semula?" Dia (Rasulullah) diam untuk beberapa ketika, kemudian berkata, "Sesungguhnya tadi dia melakukan Solat, sedangkan dia memakai pakaian dengan isbal (melabuhkan pakaiannya melebihi mata kakinya (buku lali)). Sesungguhnya Allah tidak menerima solat seseorang lelaki yang memakai pakaian dengan isbal." (Hadis Riwayat abu Daud di dalam kitab as-Sholah, bab al-isbaal fii as-Sholah, 1/172, no. 638. Juga di dalam Kitab al-Libas, bab maa jaa'a fii isbal fii as-Sholah, 4/57, no. 4086. Juga diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/67, an-Nasaa'i di dalam Kitab as-Sunan al-Kubra di dalam kitab az-Ziinah)

Imam an-Nawawi berkata tentang hadis ini di dalam kitabnya Riyadhus Sholiheen, no. 795, dan juga di dalam al-majmuu', 3/178 & 4/457: Hadis ini darjatnya sahih menepati syarat imam Muslim.

Pernyataan yang sama juga (tentang hadis tersebut) dari imam adz-Dzahabi di dalam al-kabaair, hal. 172, di dalam perbahasan al-Kabiiratul Tsaaniyah wa al-Khamsiin: Isbaal al-Izaar Ta'azzuzan wa Nahwahu.


Penjelasan


Syaikh Ahmad Syakir menjelaskan bahawa ianya boleh menjadi dalil yang kuat bahawa batalnya solat seseorang yang musbil (yang melakukan isbal) ketika mengerjakannya dengan perasaan sombong. (Rujuk: Tahqiq Syaikh Ahmad Syakir di dalam al-Muhalla, 4/102, karya Ibnu Hazm)

Ibn al-Qayyim menjelaskan berkenaan hadis ini, "Pengertian yang dapat diambil dari hadis ini (wallahu a'lam) bahawa memakai pakaian dengan isbal adalah maksiat. Dan setiap orang yang terjerumus di dalam perbuatan maksiat, maka dia akan diperintahkan untuk mengambil wudhu' dan solat. Kerana sesungguhnya berwudhu' itu dapat memadamkan api maksiat." (at-Tahdziib 'alaa Sunan Abi Daud, 4/150)

Isbal terjadi apabila pakaian yang dipakai oleh seseorang itu dilabuhkan dari atas ke bawah sehingga melebihi mata kaki (buku lali) si pemakai. Adapun pakaian seperti stokin, khuf, atau yang seumpamanya, maka ia tidak termasuk dalam kategori pakaian yang boleh mengakibatkan isbal.

Menurut Syaikh al-Islam ibnu Taimiyah, "Isbal boleh terjadi tanpa mengira pakaian sama ada dengan jubah, seluar, atau kain." (Majmuu' al-fataawaa, 22/133)

Hukum isbal secara umum adalah haram walaupun di sana ada beberapa perbahasan yang agak panjang. Namun, kesimpulannya adalah menjurus kepada haram berdasarkan sekian banyak hadis-hadis yang sahih mengenainya. Antaranya adalah,

1 - "Pakaian yang melebihi kedua mata kaki, maka pelakunya di dalam neraka." (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab al-Libas. An-Nasaa'i di dalam kitab az-Ziinah)

2 - Dari 'Amr bin asy-Syarid, beliau berkata, "Dari kejauhan, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melihat laki-laki yang menjulurkan pakaiannya sehingga terseret. Maka beliau pun bergegas untuk mendekatinya (dengan berlari-lari anak) menuju laki-laki tersebut. Beliau pun menegurnya, "Angkatlah kain mu dan bertakwalah kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala". Maka laki-laki itu pun berkata, "Aku seorang yang memiliki kaki bengkok dan kedua lutut ku saling tidak stabil ketika berjalan". Ternyata Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam tetap menyatakan, "Angkatlah kain mu, kerana sesungguhnya semua ciptaan Allah adalah baik". Maka, setelah kejadian tersebut, tidaklah kelihatan laki-laki tersebut melainkan dengan kainnya sentiasa terangkat sehingga ke tengah-tengah betisnya atau di bawah sedikit." (Hadis Riwayat Imam Ahmad di dalam al-Musnad, 4/390. Juga dinyatakan Sahih oleh Syaikh al-Albani di dalam ash-Shahihah)

3 – "Berhati-hatilah kamu terhadap perbuatan isbal, kerana perbuatan tersebut termasuk kesombongan." (Hadis Riwayat Abu Daud, no. 4084. Turut Disahihkan oleh Syaikh al-albani di dalam ash-Shahihah, no. 770)

4 – Dari Ibnu Umar dia berkata, "Aku pernah melewati Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam, tiba-tiba kain ku melurut turut ke bawah dengan sendirinya sedikit demi sedikit tanpa sengaja. Maka, Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam pun berkata, "Wahai Abdullah, angkatlah kain mu?" Lalu aku pun segera mengangkatnya. Kemudian beliau bersabda lagi, "Tinggikan lagi!" Maka aku pun menaikkannya lagi. Dan setelah kejadian itu, aku pun sentiasa menjaga keadaan kain ku. Lalu, sebahagian orang ada bertanya, "Sampai di mana?" "Sehingga pertengahan betis". (Hadis Riwayat Muslim, no. 2086)

Telah banyak tersebar dan diketahui secara umum bahawa di sana begitu ramai sekali kaum lelaki yang gemar melabuhkan pakaiannya sehingga menyentuh tanah atau melabuhkannya dengan melepasi paras mata kaki (buku lali), namun berlaku sebaliknya pula kepada kaum wanita di mana mereka pula banyak berpakaian seakan-akan tidak cukup kain. Iaitu dengan mendedahkan aurat kepalanya (tidak bertudung), memakai pakaian ketat dan malah memendekkan kainnya atau seluarnya sehingga tersingkap betis-betis mereka.

Bukankah ini sudah menunjukkan suatu perkara yang terbalik sebagaimana yang dikehendaki oleh syari'at? Di mana Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam memerintahkan agar kaum lelaki supaya tidak ber-isbal (tidak melabuhkan pakaiannya melebihi buku lali), dan memerintahkan agar kaum wanitanya melabuhkan kain sehingga sejengkal melebihi buku lali.

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam bersabda, "Sesiapa yang melabuhkan pakaiannya dengan kesombongan, maka Allah tidak akan melihatnya pada Hari Kiamat. Ummu Salamah bertanya, "Bagaimana dengan kaum wanita, apa yang harus dilakukan pada hujung (bawah) kain mereka?" Baginda pun menyatakan: Kalau mereka melabuhkannya, labuhkanlah sejengkal (dari tengah-tengah betis). Ia berkata, "Sesungguhnya jika seperti itu (hanya sejengkal) maka kaki mereka akan masih dapat tersingkap". Baginda menjelaskan, "Maka, labuhkanlah sehingga sehasta dan jangan lebih dari itu". (Hadis Riwayat Abu Daud, 4/364, no. 4119. an-Nasaa'i, 8/209, no. 5336-5339. at-Tirmidzi, 4/223, no. 1736. Ahmad di dalam al-Musnad, 2/5555. Dan Abul Razak as-San'ani di dalam al-Mushannafnya 11/82. Berkata Imam Muslim: Sanad hadis ini sahih)

Di dalam suatu hadis, dari Ibnu 'Abbas radhiyallahu 'anhu, beliau menjelaskan, "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam melaknat kaum lelaki yang menyerupai kaum wanita, begitu juga dengan kaum wanita yang menyerupai kaum lelaki." (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Dari Abu Hurairah radhiyallahu 'anhu, "Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa Sallam telah melaknat seorang lelaki yang mengenakan pakaian wanita, begitu juga dengan wanita yang mengenakan pakaian lelaki." (Hadis Riwayat Abu Daud, 4098)

Dari Khorosyah bin al-Hurr, dia berkata, "Aku melihat 'Umar al-Khathtab, dan ketika itu ada seorang pemuda yang mengisbalkan pakaiannya sehingga menyentuh ke tanah. Maka beliau pun memanggilnya dan bertanya kepadanya, "Adakah engkau datang haid tadi?" Lelaki itu pun bertanya kembali kepada 'Umar, "Wahai Amirul Mukminin, adakah lelaki juga datang haid?" Maka 'Umar pun bertanya lagi, "Jika begitu, mengapa engkau melabuhkan pakaianmu sehingga ke tapak kakimu (yang menunjukkan perbuatan melabuhkan pakaian adalah khusus untuk wanita - penulis)?" Setelah itu, beliau meminta sebilah pisau dan kemudian beliau pun mengumpulkan hujung pakaian pemuda tadi (yang dilabuhkan) lalu memotong bahagian yang labuh melebihi mata kaki." (Hadis Riwayat Ibnu Abi Syaibah, 8/293 dengan sanad yang sahih)

Sepatah dua :
Hukum isbal (perbuatan melabuhkan pakaian sehingga melepasi mata kaki) bagi lelaki adalah haram. Apatah lagi jika ia turut dilakukan di dalam solat, maka ianya boleh mengakibatkan terjejasnya kesempurnaan solat seseorang itu sebagai mana yang dijelaskan melalui hadis yang awal di atas. Begitu juga dengan berdasarkan hadis-hadis tentang isbal yang lainnya

Renungan : Hai Kaum Hawa Di Manakah Kita ???


1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu Dan bersyukur. Kalau Ada, adalah. Kalau tidak Ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak Ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu Dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama Ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar Dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Sikap, tindakannya, percakapannya selalu sahaja menyusahkan suaminya, membuat suaminya selalu serba salah dibuatnya. Berbagai-bagai kehendak diberi, berbagai-bagai kemahuannya terpaksa ditunaikan. Adakala pakaian terpaksa ditukar sebulan atau dua bulan sekali, asyik pergi shopping sahaja. Namun demikian tidak juga puas Dan tidak juga merasa cukup. Macam-macam yang dia hendak. Akhirnya krisis rumahtangga tidak pernah berhenti, sentiasa bergolak, sentiasa bergelombang macam air laut yang tidak pernah berhenti-henti daripada bergelombang Dan begelora. Lama-lama kelamaan bercerai juga. Kalau pun tidak bercerai kerana hendak menjaga air muka atau hendak menjaga nama baik atau tidak mahu anak porak peranda, tapi apalah ertinya rumahtangga yang begitu rupa. Dimanalah keindahannya lagi. Apalah bahagianya kalau gelombang Dan gelora krisis tidak pernah rehat Dan tenang. Apalah akan jadi kepada anak-anak melihat ibu bapa sentiasa macam kucing dengan anjing.

Semoga Allah menyatukan hati-hati Kita, menjadikan Kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

Fakta : 11 Amalan Terbalik



Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan
harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau
bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam.. Mungkin
kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup
orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang
terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati
selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya)
adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah
telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk
meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa
kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang
membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir
kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau
harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut
Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam
berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak
dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia
menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau
menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri
kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan
untuk ia menambah pendapatan.


3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan
segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih
kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang
terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak
makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan
yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan
rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat
malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti
yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan
tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah
orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi
dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah.
Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum
bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran
berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka
dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah
amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.


8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka
dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak
boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen
baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup
dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran
nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan.
Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak
dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti
pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan
kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap
tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta
tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan
main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang
dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang
lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang
bahagia.


11. Kita cukup teruja untuk meng'forward'
kan sms ,emel atau artikel dalam bentuk
gossip2 artis kepada kawan2. Malah kebanyakkan sms emel tersebut tidak benar
dan boleh menjatuhkan maruah org lain. Tapi kenapa susah sangat nak forward
emel2 peringatan sebegini kepada kawan2 kita??.....
Cukup dengan contoh-contoh di atas. Marilah kita berlapang dada menerima
hakikat sebenarnya. Marilah kita beralih kepada kebenaran agar hidup kita
menurut landasan dan ajaran Islam yang sebenar bukan yang digubah mengikut
selera kita. Allah yang mencipta kita maka biarlah Allah yang menentukan
peraturan hidup kita. Sabda Rasullullah SAW: "Sampaikanlah dariku walaupun satu
ayat." (Riwayat Bukhari)

Fakta :Masjid Al-Aqsa


Masjid Al-Aqsha (Bahasa Arab: المسجد الاقصى , Al-Masjid Al-Aqsa, arti harfiah: “masjid terjauh”) adalah salah satu bangunan yang menjadi sebagian daripada kompleks bangunan suci di Kota Lama Jurusalem (Jerusalem Timur) yang dikenal dengan nama Al-Haram asy-Syarif bagi umat Islam dan dengan nama Har Ha-Bayit (Bukit Baitullah atau Temple Mount) bagi umat Yahudi dan Nasrani.

Dalam sirah Muslim (Al-Qur’an nul karim ) menyatakan bahawa Nabi Muhammad SAW diangkat ke Sidratul Muntaha dari tempat ini pada tahun 621 Masihi, menjadikan masjid ini sebagai tempat suci di dalam Islam (sila rujuk kisah Isra’ Mi’raj.)

Masjid Al-Aqsha yang dulunya dikenal sebagai Baitul Maqdis, merupakan kiblat solat umat Islam yang pertama sebelum dipindahkan ke Ka’bah di dalam Masjidil Haram. Pada mulanya, kiblat bagi umat Islam menuju ke arah Baitul Maqdis sehinggalah Nabi Muhammad SAW menyebarkan Islam ke Mekkah. Selepas itu, kiblat solat adalah Ka’bah di dalam Masjidil Haram, Mekkah sehingga sekarang.

Masjid Al-Aqsha yang ada ketika ini adalah masjid yang dibangunkan secara berkekalan oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan dari keturunan Umayyah (Dinasti Bani Umayyah) mula pada tahun 66 H dan selesai tahun 73 H.

Pembakaran Masjid Al-Aqsha pada tarikh 21 Ogos 1969 tmenyebabkan tertubuhnya Organisasi Konferensi Islam yang ketika ini dianggotai sebanyak 57 negara. Pembakaran tersebut juga mengakibatkan mimbar lama yang bernama “Shalahuddin Al-Ayyubi” habis terbakar. Dinasti Bani Hasyim, pemerintah Kerajaan Jordan telah mmbinanya semula kerana keturunan mereka mempunyai pertalian darah dengan Nabi Muhammad SAW. Kerana menurut tradisi, keluarga mereka bertanggungjawab untuk menjaga kawasan itu.

Dalam perkembangan semasa sekarang, Masjid al-Aqsha semakin terancam. Masjid yang memiliki nilai sejarah yang begitu luar biasa ini, mula dikaburkan oleh zionis Yahudi sehingga umat Islam tidak tahu lagi mana masjid al-Aqsha yang asli dan palsu. Mereka membina satu lagi masjid dengan kubah emas yang diberi nama Masjid As Shakhrah (The Dome Of The Rock) bagi menipu umat Islam.
Berikut adalah gambar masjid al-Aqsha yang sebenar:






kawasanya




Salah satu sebab mengapa yahudi dan Israel terlalu ingin merobohkan masjid ini adalah kerana mereka ingin mencari dan menggali kitab-kitab dan buku-buku dari Nabi Allah Sulaiman yang dikatakan ditanam dibawah masjid ini. Kerana mereka memerlukan buku dan kitab tersebut untuk menguasai duna dan alam jin.
Sebab itulah sekaran ini meraka melarang orang awam untuk memasuki masjid ini lebih-lebih lagi bagi umat islam. Mereka juga mula mengorek lubang dan terowong menuju kebawah kawasan majisd tersebut.