Khamis, 21 Oktober 2010

Geng kawasaki moto club batu 14 lekir


Inilah anak-anak muda yang berasal dari batu 14 lekir yang memiliki motosikal berkuasa tinggi jenis kawasaki,mereka ini mengadakan aktiviti konvoi bila ada masa lapang....TAHNIAH BATU 14 MOTO CLUB.

Pintu Neraka Jahanam.


Darul-Bawar atau Neraka Jahanam itu adalah simbul alam
kesangsaraan, dan mempunyai beberapa tingkat yang berlapis-lapis.
Peringkat azab kesengsaraan mengandungi tujuh peringkat, yang paling azabnya ialah ditingkat atas, yang paling berat dan teruk azab sengsaranya ialah ditingkat yang paling bawah. Setiap tingkat dan lapisan itu mempunyai nama dan pintu tersendiri. Firman Allah s.w.t.: “Dan sesungguhnya Neraka Jahanam itu tempat yang dijanjikan bagi sekalian mereka (yang menurut syaitan), ia mempunyai tujuh pintu; bagi tiap-tiap sebuah ada bahagian yang tetentu bagi mereka (yang sesat dan menyesatkan itu).” (al-Hijr: 43-44). “Sesungguhnya orang-orang munafik itu ditempatkan pada tingkatan yang terbawah sekali daripada (lapisan-lapisan dalam neraka).” (an-Nisa: 145).

Telah disebutkan tingkatan-tingkatan Neraka Jahanam dalam kitab suci al-Quran, yang terkandung didalam ayat-ayat yang tertentu, dan ada pula disebutkan didalam sepuluh ayat sesuai dengan rangkaian kata didalam ayat-ayat berkenaan. Neraka Jahanam, bererti api yang sedang menyala. Al-Hutamah, bererti api yang sedang marak. As-Sa’ir, bererti api yang sedang menyala-nyala. Saqar, bererti neraka yang membakar mangsanya sampai habis, tanpa  sisa. Al-Jahim, bererti yang menyala dengan maraknya. Al-Hawiyah, bererti api yang membakar.

Semoga Allah melindungi kita semua daripada terjerumus dan dihumbankan ke dalamnya. Allah s.w.t. berfirman: “Sesungguhnya azabnya adalah mengerikan. Sesungguhnya Neraka Jahanam itu seburuk-buruk tempat dan tempat tinggal yang amat buruk.” (al-Furqan: 65-66)

Ahli-ahli neraka akan dibawa ke neraka didalam kumpulan-kumpulan tertentu, dengan diikuti pula oleh kumpulan yang lain, dan berpuak-puak, satu puak selepas satu puak yang lain; firman Allah s.w.t.: “Dan orang-orang kafir akan dihalau ke Neraka Jahanam dengan cara berpasuk-pasukan.” (az-Zumar: 71) Sebaik sahaja Nerakan Jahanam nampak para penghuninya dari jauh lagi, mereka sekalian dapat mendengar bunyi garang yang mengelegak dan menakutkan. Allah berfirman: “Apabila mereka itu melihat dari tempat jauh, kedengaranlah kepada mereka suara marahnya yang mengelegak dan mengeluh.” (al-Furqan:12) Kemudian muncullah sejenis makhluk dalam bentuk dan rupa sebatang leher lalu menelan sesiapa sahaja yang diberi izin oleh Allah daripada kalangan orang-orang yang handal-handal dan juga orang-orang musyrik. Sabda Rasulullah s.a.w.: “Pada hari Kiamat kelak akan keluar dan muncullah dari dalam neraka sebatang leher yang ada dua belah mata yang boleh melihat, dua belah telinga yang boleh mendengar dan lidah yang boleh bercakap-cakap begini: “Aku telah ditugaskan untuk menelan setiap orang yang keras kepala dan keras hati, dan setiap orang yang memanggil dan berdoa kepada Tuhan yang lain daripada Allah, juga tukang-tukang gambar dan tukang-tukang berhala.” Lalu kumpulan-kumpulan ahli neraka itu pun dihalau masuk ke Neraka Jahanam , sehingga bila mereka sampai, mereka dapati pintu Neraka Jahanam itu dikunci; tidak lama kemudian pintu neraka itu pun terbuka dan mereka semua pun ditolak masuk ke dalam neraka dengan kasar.”(Imam at-Tirmizi)

Firman Allah s.w.t.: “Pada hari mereka ditolak ke dalam Neraka Jahanam dengan tolakan yang sekasar-kasarnya. (Dan dikatakan kepada mereka): “Inilah api neraka yang dahulu kamu mendustakannya. Maka adakah ini shir juga (sebagaimana yang kamu katakan terhadap keterangan rasul Kami dahulu?) atau kamu tidak nampak (kenyataannya sebagaimana kamu tidak nampak didunia dahulu akan kebenaran rasul Kami?) Rasakan bakarannya; kemudian sama ada kamu bersabar (menderita azabnya) atau tidak, sama sahaja (tidak ada faedahnya) kepada kamu, kerana kamu tidak dibalas melainkan dengan apa yang kamu telah kerjakan.” (at-Thur: 16-23)

Kemudian mereka dihumbankan ke tempat yang sangat sempit didalam Neraka Jahanam itu dalam keadaan terikat dan dipasungkan serta dirantai dengan rantai-rantai besar seperti firman Allah s.w.t.: “Dan apabila mereka dihumbankan ke dalam tempat yang sempit didalam neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka meminta kebinasaan (yang melepaskan mereka daripada azab itu).” (al-Furqan: 13)
Disusun oleh: adn.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
“Orang yang takut mati lantaran akan diseksa diakhirat kerana dosa-dosanya, pada hakikatnya bukannya takut mati, tetapi takut kena seksa.
Itu tandanya ia sendiri mengakui bahawa dia berdosa, pernah mengerjakan yang dilarang atau menghentikan yang disuruh, yang semestinya ia akan diseksa.
Ubatnya, hendaklah segara singkirkan dosa itu dan jauhi perkara yang membawa kepada dosa.”
Oleh:Prof.Dr.Hamka.

“Bagi manusia itu ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya, mengawal dihadapan dan dibelakang.”