Isnin, 11 Oktober 2010

SENARAI IKS DI SEKITAR MUKIM LEKIR,PERAK


Bahulu / Rempeyek / Kerepek Pisang / Kerepek Sukun / Kueh Bakar / Jejari Pedas
Jariah bt. Baharum
No. 118A, Lot 542, Jalan Sungai Tiram, Batu 10 Lekir
32020 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan
Tel: 017-5165662

Bahulu
Azizah bt. Ngah
Kg. Changkat Chermin, 32020 Sitiawan, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 605-3765368

Muairin Enterprise (Zuraida bt. Imran) Kg. Paya Nibong
Tel: 019-4653212 dan 605-6729331

Rokiah bt. Manan
Kg. Kota Dalam, Beruas
Tel: 017-5807415

Dodol
Shaharuddin bin Shaari
Kg. Teluk Nipah, 32300 Pulau Pangkor, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 019-5157790

Hasilan Kelapa
Mohd. Daud bin Mohamad
Kg. Sungai Tiram, Lekir., Perak Darul Ridzuan.
Tel: 605-6791716

Noripah bt. Mohamad
No. 48, Kg. Sungai Tiram
Tel: 605-6792858

Hendon bt. Baris
Kg. Tanjung Kepah, Lekir

Mohd. Rafi bin Wahab
No. 139 Batu 9, Lekir
Tel: 019-4087897

Hasilan Kacang Soya
Siti Maisarah bt. Tasiman
Kg. Ulu Kayan, Lekir

Kuih Sejuk Beku
Nor Sarinah bt. Ismail
Lot 100, Kg. Batu 14, Lekir, 32020 Sitiawan
Perak Darul Ridzuan
Tel: 014-2506483

Kerepek

Ulukayan Permai Enterprise (Jamilah bt. Mohamed Khairan)
No. 134, Kg. Ulu Kayan
Tel: 605-6927024 dan 017-5211094

Dahani bt. Mustafa
Kg. Tanjung Kepah, Lekir

Hasmah bt. Ramli
Kg. Padang Serai, Batu Hampar,
Pengkalan Bharu, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 013-5040746

Misjun Enterprise (Juraidah bt. Yahya)
Kg. Ulu Kayan, Lekir
Tel: 605-6927192

Misirah bt. Roslan
Kg. Ulu Kayan, Lekir
Tel: 605-6927195

Semuasuka Enterprise (Siti Aminah bt.Awang)
no 6, kg parit haji dollah lekir, 32020 sitiawan perak

Kek / Roti / Biskut

Madzenah bt. Nurizan
Pantai Remis
Tel: 605-6771858

Norhasimah bt. Hashim
Kg. Changkat Cermin
Tel: 605-3765128

Roti & Biskut Lekir (Ramly b. Said)
25B, Batu 10, Lekir
TeL: 605-6791029 dan 019-5745651

Kraf / jahitan

Madziah bt. Yasin, Batu 14, Lekir
Nawligamil bt. Arshad,
no 6, kg parit haji dollah lekir, 32020 sitiawan perak
Radkiah bt. Yeop Zainuddin, Kg. Buruk Bakul
Robiah bt. Mohd. Monib, Kg. Paya Lima Tel: 605-6749450

Makanan Tradisional

Che Olah bt. Awang
Kg. Bakar Bata
32700 Beruas, Perak Darul Ridzuan.
Tel: 605-6791668

Che Yah Kuih Tradisional Enterprise
No. 118, Jalan Sg. Tiram Lekir
Perak Darul Ridzuan
Tel: 605-6792966

Jarimah bt. Abd. Aziz
Kg. Paya Lima,
Tel: 605-6748964

Misratun bt.Abu Ali
Kg. Ulu Kayan, Lekir
Tel: 605-6927931

Norazlina bt. Abd. Aziz
Simpang 3, Sg. Tuntong
Tel: 019-5489553

Norina bt. Osman
Kg. Indah, Pantai Remis
Tel: 017-4222897

Maimunah bt. Din
Kg. Telok, Lumut.

Samsiah bt. Sadri
Kg. Ulu Kayan

Zainab bt. Shaari
Kg. Paya Lima
Tel: 012-4853247 dan 605-6748461

Makanan Basah

Fauziah bt. Dahalan
Kg. Tengah, Beruas
Tel: 605-6727372

Guyup Enterprise (Rosyatimah bt.Jaman)
Kg. Ulu Kayan, Lekir
Tel: 017-5559190

Pesah bt. Ismail
Kg. Matang Acheh
Tel: 605-6775906 dan 019-5696208

Mee

Mee Lekir
(Mohamad Yatim b.Mohamad Hashim)
Batu 8, Lekir
Tel: 019-5746558

Rempeyek / Bahulu / Peneram / Kerepek Pisang / Kuih Tiram

Kumpulan Pengembangan Wanita Kg. Banjar
Batu 45, Kg. Banjar,
32400 Ayer Tawar, Perak
Tel: 05-6727004

Sos

Ariff Food (Mohd.Ariffin b.Hassan)
Kg. Gelong Gajah
Tel: 605-6728153 dan 012-4063370

Khasmah bt. Ulong
Kg. Telok, Lumut.
Tel: 605-6752352

Yah bt. Mahmud (Sos pencicah dan keropok lekor)
No. 63, Kg. Pasir Pandak
Tel: 012-4362545

Memanfaat anugerah tuhan




Manusia adalah sebaik-baik kejadian kerana dibekalkan akal untuk berfikir. Akal membolehkan manusia memikirkan apa yang perlu dilakukan. Menilai apa yang berlaku, membuat keputusan dan menjadi hamba yang taat.

Akal yang dianugerahkan kepada manusia adalah keistimewaan. Ini kerana hanya manusia satu-satunya makhluk ciptaan Allah yang diberikan akal.

Haiwan hanya diberikan nafsu dan malaikat pula diberikan ketaatan yang sepanjang hayatnya hanya mengabdikan kepada Allah tanpa kelalaian dalam menjalankan tanggungjawab itu.

Oleh itu, haiwan dan malaikat tidak dihisab amalan mereka. Pada akhirat nanti haiwan dibangkitkan hanya sebagai saksi kepada perbuatan dan malaikat pula akan meneruskan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

Sehubungan itu, amat perlu manusia menghargai anugerah itu dengan menggunakan untuk menjalani kehidupan di dunia sebagai hamba bertakwa.

Akal bertindak sebagai pengawal kepada nafsu yang sering membawa kemurkaan Allah dan mendekatkan manusia ke jurang kecelakaan. Sebab itu dimaksudkan akal ialah kekuatan atau menahan.

Tidak berakal atau pendek akal pula bermaksud tidak menggunakan akal untuk mencari kebaikan atau mengelak daripada berlaku kecelakaan kepada diri. Malah pendek akal akan menyebabkan manusia berada pada tahap serendah-rendah darjat.

Orang berakal menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai panduan hidup.

Sebenarnya dalam al-Quran banyak disebut mengenai kegunaan akal. Manusia diminta menggunakan akal untuk berfikir, merenung kejadian alam dan mencari keperluan hidup melaluinya. Akal yang membezakan di antara kebenaran dan kepalsuan.

Firman Allah bermaksud: “…Sesungguhnya dalam semua itu ada keterangan bagi orang yang mengerti (berakal).”-(Surah Taha, ayat 54).

Firman-Nya lagi maksudnya: “…Sesungguhnya hal ini menjadi keterangan untuk kaum yang berfikir.”-(Surah ar-Raad, ayat 4).

Fikiran perlu digunakan setiap masa untuk memastikan apa yang dilakukan tidak lari daripada apa yang sepatutnya sebagai hamba-Nya. Sikap tidak mahu berfikir kerana menganggap sudah biasa dengan sesuatu perkara atau tindakan sebenarnya satu amalan salah.

Kita tidak menanggung sebarang kerugian jika sentiasa berfikir. Akal tidak akan habis biarpun sebanyak mana digunakan. Bahkan akan menjadi lebih bijak dan bernas jika sering digunakan.
Sebaliknya, jika akal tidak digunakan, ia akan menjadi beku dan berkarat. Pemikiran beku atau jumud dikaitkan dengan pemikiran yang tidak mahu menerima perkara lain 
melainkan apa yang diputuskan sebelum itu.

Guru Utama PSS Krayung Sendeng TG. Haji Napiah Abu Hassan




Guru Utama PSS Krayung Sendeng

Tuan Guru Haji Napiah Bin Abu Hassan

Tuan Guru Haji Napiah Bin Hassan dilahirkan pada 1.1.1938 di Kampung Sungai Tiram, Batu 10 Lekir, Sitiawan, Perak.Beliau telah menuntut ilmu persilatan Krayung Sendeng ini daripada Tuan Guru Shekh Othman Bin Shekh Abdul Majid yang berasal dari Kalimantan, Indonesia dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur. Ketika itu, Tuan Haji Napiah Bin Hassan menetap di Kuala Lumpur kerana bertugas sebagai anggota tentera di MINDEF.Tuan Haji Napiah Bin Hassan telah berjaya menamatkan pelajarannya dalam Perguruan Krayung Sendeng ini tepat seminggu sebelum "Peristiwa 13 Mei" pada tahun 1969.

Setelah bersara dari perkhidmatannya sebagai anggota polis tentera (MP) di MINDEF, pada 1.1.1980 beliau telah kembali ke kampung halaman asalnya, Kampung Sungai Tiram, Lekir. Sebulan selepas kembali ke Kampung Sungai Tiram ini, beliau telah membuka gelanggang Persilatan Krayung Sendeng dan semenjak itulah Perguruan Krayung Sendeng ini berkembang sehingga ke hari ini. Setelah hampir 30 tahun Perguruan Krayung Sendeng ini bertapak di Kampung Sungai Tiram, telah beribu anak-anak bangsa kita berjaya diasuh di gelanggang perguruan ini. Pada masa ini, Perguruan Krayung Sendeng telah berkembang pesat melalui beberapa gelanggangnya di Hutan Melintang dan sekitar Daerah Manjung, Perak.

Tn Hj Napiah Telah kembali Pangkuan Ilahi Seminggu Penghujung Bulan Ramadhan 1430H @ September 2009 Yang Lalu..Al-Fatihah Buat Arwahyarham

Tanda kekuasaan ALLAH S.W.T