Isnin, 11 Oktober 2010

Guru Utama PSS Krayung Sendeng TG. Haji Napiah Abu Hassan




Guru Utama PSS Krayung Sendeng

Tuan Guru Haji Napiah Bin Abu Hassan

Tuan Guru Haji Napiah Bin Hassan dilahirkan pada 1.1.1938 di Kampung Sungai Tiram, Batu 10 Lekir, Sitiawan, Perak.Beliau telah menuntut ilmu persilatan Krayung Sendeng ini daripada Tuan Guru Shekh Othman Bin Shekh Abdul Majid yang berasal dari Kalimantan, Indonesia dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur. Ketika itu, Tuan Haji Napiah Bin Hassan menetap di Kuala Lumpur kerana bertugas sebagai anggota tentera di MINDEF.Tuan Haji Napiah Bin Hassan telah berjaya menamatkan pelajarannya dalam Perguruan Krayung Sendeng ini tepat seminggu sebelum "Peristiwa 13 Mei" pada tahun 1969.

Setelah bersara dari perkhidmatannya sebagai anggota polis tentera (MP) di MINDEF, pada 1.1.1980 beliau telah kembali ke kampung halaman asalnya, Kampung Sungai Tiram, Lekir. Sebulan selepas kembali ke Kampung Sungai Tiram ini, beliau telah membuka gelanggang Persilatan Krayung Sendeng dan semenjak itulah Perguruan Krayung Sendeng ini berkembang sehingga ke hari ini. Setelah hampir 30 tahun Perguruan Krayung Sendeng ini bertapak di Kampung Sungai Tiram, telah beribu anak-anak bangsa kita berjaya diasuh di gelanggang perguruan ini. Pada masa ini, Perguruan Krayung Sendeng telah berkembang pesat melalui beberapa gelanggangnya di Hutan Melintang dan sekitar Daerah Manjung, Perak.

Tn Hj Napiah Telah kembali Pangkuan Ilahi Seminggu Penghujung Bulan Ramadhan 1430H @ September 2009 Yang Lalu..Al-Fatihah Buat Arwahyarham

Tiada ulasan:

Catat Ulasan