Sabtu, 13 November 2010

-Puisi – “ MOBARA”-

Kukenali mu kerna rakanmu jua…
Kuselami hati budi mu bila bersua…
Bila bersua kamu mesti berdua…
Bercermin mata macam org tua…

Shariman nama manjanya…
Segari batu tiga asalnya…
Budi bicara senang dengannya…
Atan xmen cukup syg padanya…

Mobara sahabat dunia akhirat…
Susah kawan dia ambil berat…
Semangat mobara cukup kuat…
Jasa dia jangan tak ingat…

Andai kata tak ingat maafkanla…
Kalau tak ingat tidak mengapala…
Oman,eddie,kobak tetap bersama…
Menasihati satu kebaikan bersama…

Susah kawan mobara tempat mengadu…
Dibantunya walau tak seindah dulu…
Indah dulu hanya tuhan yang tahu..
Mobara susah adakah kita ambil tahu…

Kuibarat aku hanya serangga…
Tiada kuasa untuk dibangga…
Perit pilu sudah ku biasa…
Kerna ku hanya manusia biasa…

Andai kata ku tak mampu…
Kumohon dari tuhan ku…
Limpahkan lah kurnianmu…
Agar mobara seperti dulu…

Hujung rambut ke hujung kaki…
Mohon ampun maaf sebelum mengakhiri…
Andai kata ku ini menyingung hati…
"mobara" tak kan lupa sampai mati…

Facebook lancar perkhidmatan e-mel


PALO ALTO - Laman sesawang rangkaian sosial Facebook mempunyai lebih 500 juta pengguna di seluruh dunia dan kebanyakan individu tersebut meluangkan lebih banyak masa melayari akaun Facebook mereka berbanding laman pengendali Internet lain, termasuk Google dan Yahoo.

Kini, ternyata syarikat laman sosial popular itu ingin penggunanya mempunyai 'hubungan yang lebih rapat' dengan laman itu.

Ini kerana Facebook dijangka mengumumkan perkhidmatan e-mel terbaru syarikat itu, esok.

Perkhidmatan terbaru itu dilihat bakal menandingi Gmail, Yahoo Mail dan Hotmail sebagai pengendali perkhidmatan e-mel dalam talian paling popular.

Perkhidmatan yang disediakan syarikat itu bakal membolehkan penggunanya menggunakan alamat e-mel '@facebook.com' yang akan digabungkan dengan perisian Office keluaran syarikat komputer Microsoft.

Laporan terbaru itu muncul selepas persaingan sengit antara Facebook dan Google, pengendali enjin carian Internet yang menaikkan gaji pekerja bagi menghalang mereka menyertai Facebook dan menghentikan akses Facebook daripada perkhidmatan e-melnya.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story8403639.asp

Nasihat Syeikh Ali Tantawi kepada semua WANITA


Wahai puteriku… aku seorang bapa yang sedang memasuki usia lima puluh tahun.

Usia muda telah aku lewati aku tinggalkan kenangan, impian, lamunan-lamunan dengan segala ujian-ujian dunia. Dengarlah ucapan dan kata-kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku…banyak aku menulis, sering juga aku menyeru dan mengajak umat untuk menegakkan akhlak, menjunjung budi pekerti mulia, membanteras segala bentuk kerosakan jiwa dan mengendalikan nafsu syahwat untuk melawan dan membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku tulis dan khutbahkan… sehingga pena yang aku gunakan menjadi tumpul dan lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil yang aku perolehi kemungkaran tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan mungkar terus kita temui, semakin banyak dalam pelbagai bentuk. Wanita semakin berani dan tidak malu-malu untuk membuka auratnya. Tubuhnya ditonjol-tonjolkan, pergaulan bebas muda-mudi bertambah menjolok. Semua itu bergerak melanda negara demi negara, tanpa satu negara Islam yang mampu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang terkenal dengan keserasian akhlak yag sangat ketat menjaga kehormatan diri dengan menutup auratnya, sekarang masya-Allah!! Para wanitanya berpakaian terbuka mempertontonkan lengan dan paha, punggung dan dada. Kita gagal, dan aku kira kita tidak akan berjaya. Tahukah engkau apa penyebabnya? Sebabnya ialah sehingga hari ini kita belum menemui pintu ke arah pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di hadapanmu. Kunci pintu itu ada di tanganmu. Jika engkau yakin padanya dan engkau berusaha unuk memasuki pintu itu, maka keadaan akan berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum lelakilah yang mula mula melangkah menempuh jalan dosa bukan wanita. Tetapi ingat, bahawa tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan sikapmu, mereka tidak akan berkeras melangkah laju. Engkaulah yang membuka pintu kepadanya untuk masuk.

Engkau berkata kepada pencuri : “Silakan masuk”…dan setelah engkau kecurian barulah engkau tersedar. Ketika itu barulah engkau berteriak ..”tolong….tolong…aku kecurian.”

Seandainya engkau tahu bahawa lelaki itu adalah serigala dan engkau adalah kambing, pasti engkau akan lari seperti larinya kambing dalam ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua lelaki adalah pencuri, pasti engkau akan berhati-hati dan sentiasa menjaga diri seperti waspada seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala dari kambing adalah dagingnya, maka yang diinginkan lelaki adalah lebih daripada itu. Lelaki meinginkan lebih dari sekadar kambing……dan bagimu lebih buruk daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga darimu…iaitu harga diri dan kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang diragut kehormatannya lebih menyedihkan daripada nasib seekor kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang dikhayalkan oleh pemuda ketika dia melihat gadis ialah gadis itu bertelanjang dihadapannya tanpa pakaian.

Aku bersumpah lagi: “Demi Allah, jangan percaya terhadap kata kata sebahagian lelaki, bahawa mereka memandangmu kerana akhlak dan adab. Berbicara denganmu seperti sahabat dan apabila mencintaimu hanyalah sebagai teman akrab”. Bohong …bohong …demi Allah dia berbohong. Seandainya engkau mendengar sendiri perbualan antara mereka, pasti engkau takut dan ngeri.”

Tidak akan ada seorang pemuda melontarkan senyumannya kepadamu berbicara dengan lembut dan merayu, memberikan bantuan dan layanan kepadamu, kecuali akan ada maksud-maksud tertentu. Setidak-tidaknya isyarat awal bagi dirinya bahawa itu adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?

Renungkanlah!

Motivasi diri – lelaki menangis, apa maknanya? Kenapa lelaki menangis?



Lelaki yang selalu mengalirkan air mata adalah lelaki yang kuat imannya. Biasanya lelaki jenis ini menangis tatkala mengingatkan dosa-dosanya yang lalu. Dia jua akan menangis kerana terlalu bersyukur, merasa amat berterima kasih pada nikmat pemberian Allah.

Lelaki yang tidak malu untuk menitiskan air mata adalah lelaki jujur berhati bersih. Sekarang, amat susah mencari lelaki jenis ini. Kebanyakan lelaki yang ada di sekeliling Anda adalah lelaki bersikap egois, maka menangis sebab teringat dosa pun dia tidak akan mahu buat, apatah lagi menangis sebab merasa terlalu bersyukur.

Lelaki yang kerap menangis adalah lelaki yang lembut hatinya, penyayang, amat jujur dan setia.

Hatinya lembut sebab nur iman yang tersimpan di situ menyinarkan mahabbah, maksudnya rasa berkasih-sayang dan rasa ingi saling mengambil berat. Itu juga petanda bahawa lelaki jenis ini seorang yang optimis pemikiranya, bersangka baik dan tidak suka berkata yang buruk walaupun sekelumit cuma.

Kenapa lelaki menangis?

Kebanyakan lelaki akan menangis apabila:

  • Terlalu gembira apabila menyambut kelahiran cahaya mata pertama.
  • Teringat dosa-dosa lalu pernah dilakukan olehnya.
  • Merasai kesyukuran yang amat mendalam kepada Allah Yang Maha Esa.
  • Ibu atau bapanya meninggal dunia.
  • Terlalu takut tatkala teringat azab api neraka.
  • Terlalu khusyuk di dorong rasa kehambaan di dalam zikir-zikirnya.
  • Tersentuh hati tatkala mengenangkan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca olehnya.


Antara Tenaga Lelaki Dan Wanita


Alhamdulillah telah lebih sebulan saya terpaksa memikul tugas serentak sebagai seorang ibu dan ayah kepada 3 orang anak lelaki kami. Sebagai seorang bapa, 'memangku' tugas seorang ibu memang amat mencabar kesabaran saya. Apatah lagi dengan usia anak-anak yang masih kecil dan agak rapat usia mereka.

Kesabaran insan bersama wanita justeru amat dikagumi dan wajar diselidiki rahsianya. Lelaki dan wanita hakikatnya adalah sama. Keutamaan yang Allah berikan kepada golongan lelaki berbanding wanita adalah kerana kelebihan daripada aspek pengurusan diri, keluarga dan juga harta benda. Tiada keutamaan lelaki berbanding wanita. Yang ada, hanyalah perbezaan.

Lelaki boleh berbangga kerana memiliki tenaga yang kuat. Dia boleh mengangkat barangan yang berat, melakukan kerja yang sukar dan mempunyai tubuh yang sasa. Akan tetapi, cuba berikan mereka tugas untuk menjaga anak dan menguruskan rumah selama sehari. Belum tentu si lelaki tadi dapat melaksanakannya.

Semua ini disebabkan kerana perbezaan daripada aspek pengurusan tenaga yang amat berbeza antara lelaki dan wanita. Menurut kajian, metabolisme dan struktur lemak wanita membolehkan mereka memiliki tenaga simpanan yang lebih tinggi berbanding lelaki. Dengan sebab itulah mereka boleh berterusan mendukung anak, melayan mereka untuk jangka masa panjang, serta dalam masa yang sama mampu menguruskan rumah. Mereka juga boleh bekerja tanpa henti (Tanenbaum, Joe. Male & Female Realities, Understanding the Opposite Sex. NV: Robert Erdmann Publishing, 1990. p 87-88, 136).

Sementara lelaki pula, walaupun mempunya jumlah tenaga yang tinggi kerana bilangan oksigen, glycogen dan phosphocreatine yang tinggi berbanding wanita, akan tetapi tenaga mereka cepat kehabisan. Dengan sebab itu, cubalah minta sang adi wirawan bertubuh sasa memangku kerja-kerja isterinya, cepat sahaja tenaga si sasa tadi kehabisan.

Atas sebab itulah wanita sebenarnya lebih berdaya tahan di dalam suasana yang ekstrim, stress dan mendera berbanding lelaki (Stump, Jane Barr, PhD. What's the Difference? NY: William Morrow and Company, Inc., 1985. p 72).

Selain itu, golongan wanita juga menggunakan tenaga mereka untuk fokus. Apabila mereka fokus, mereka perlu pergi ke luar diri mereka untuk memulihkan tenaga. Mereka mampu memulihkan tenaga ketika berinteraksi dengan dunia luar, seperti ketika membeli-belah, menonton filem atau sekadar bersembang panjang dengan rakan.

Sementara lelaki pula, untuk memulihkan tenaga mereka, mereka perlu pergi ke dalam diri mereka sendiri, dengan cara utamanya ialah tidur dan berehat panjang. Atau mereka juga boleh pergi ke luar diri mereka tetapi dengan hanya satu aktiviti sahaja, seperti hanya membaca buku, atau hanya menonton televisyen.

Maknanya, wanita perlu pergi ke luar diri mereka untuk memulihkan tenaga mereka. Sementara lelaki pula perlu pergi ke dalam diri mereka untuk mengembalikan tenaga (Tanenbaum, Joe. Male & Female Realities, Understanding the Opposite Sex. NV: Robert Erdmann Publishing, 1990. p 87-88).

Subhanallah, hebat sekali ciptaan Allah yang menjadikan kita ini berbeza. Dengan sebab itulah, taktala sang teruna sedang mencari-cari insan yang sempurna untuk menjadi pasangan hidupnya, jangan lupa bahawa hakikatnya tiada siapa pun yang sempurna. Sebaliknya, si dara yang dicari adalah untuk menjadikan kehidupan kita lebih sempurna, lengkap-melengkapi.

Ramai yang bertanya bolehkan saya tahan menjaga anak-anak tanpa ibu mereka di sisi. Sebenarnya, kena banyak bersabar. Jika ditanya apa tips utama, jawapan saya mudah sahaja. Just simply ignore them. Pekakkan sahaja telinga. Kerana saya tahu keterbatasan tenaga lelaki saya. Buat apa perlu dibazirkan. Lagipun memang sudah menjadi lumrah kerenah kanak-kanak, makan, main, bergaduh, menangis, dan akhirnya akan tidur juga.

KISAH PERLAWANAN ANTARA SEORANG LELAKI DAN IBLIS



Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah s.w.t. dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.

Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan is melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Ia mendekat. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang konon keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.

"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah s.w.t.." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis laknatullah yang menyerupai sebagai manusia.

"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis laknatullah. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah s.w.t.. Saya sudah berjanji kepada Allah s.w.t. akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas. "Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis laknatullah marah. "Akan saya teruskan!"

Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis laknatullah. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis laknatullah menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakita dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"

Mendengar janji iblis laknatullah dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad si alim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup tidak berkecukupan. Ia teringat akan saban hari rungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingatkan desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran.

Demikianlah, semejak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi. Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya," sahut si alim itu. Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis laknatullah yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu ke mana kamu?" herdiknya menggegar.

"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani. "Berhenti, jangan lanjutkan." larang si iblis laknatullah "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." jawab lelaki itu. Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis laknatullah yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan,

"Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?" Iblis laknatullah itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."

Mendengar penjelasan iblis laknatullah ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah s.w.t. lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah s.w.t., dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah s.w.t. dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ?

"Barangsiapa di antaramu melihat sesuatu kemungkaran, hendaklah (berusaha) memperbaikinya dengan tangannya (kekuasaan), bila tidak mungkin hendaklah berusaha memperbaikinya dengan lidahnya (nasihat), bila tidak mungkin pula, hendaklah mengingkari dengan hatinya (tinggalkan). Itulah selemah-lemah iman." Hadith Riwayat Muslim

http://www.facebook.com/home.php?ref=home#!/note.php?note_id=454516959351&comments&notif_t=note_reply

Mencungkil Mata Sendiri


Di dalam kitab Jawahirul Bukhari ada meriwayatkan bahawa Hassan Basri sewaktu mudanya gemar memakai pakaian yang cantik dan kemas lalu berjalan di sekitar kota Basrah.

Pada suatu hari, sedang dia berjalan itu terpandanglah pada seorang wanita yang amat cantik lalu dia terus mengekorinya.Bila wanita itu menyedari ada orang yang mengekorinya, dia pun berkata, "Wahai orang muda! mengapakah kamu mengekoriku, tidak malukah kamu kepada ALLAH ?".

Jawab Hassan, "Sebenarnya aku terpikat pada matamu yang cantik itu." Jawab puteri tersebut, "Baiklah kerana kamu cintakan mataku ini, tunggulah kamu sebentar lagi akanku berikan apa yang kamu mahukan itu." Puteri itu pun berlalu.

Sebentar kemudian, datanglah seorang pembantunya menghampiri Hassan Basri dan memberikannya satu bungkusan. Setelah dibuka bungkusan itu, amatlah terperanjatnya Hassan Basri melihatkan sepasang mata di dalamnya. Berkata amah itu, "Tuan puteriku tidak memerlukan mata yang menyebabkan kamu terpikat padanya." Bergementarlah tubuh badan Hassan Basri apabila menyedari kesalahannya.

Pada keesokkan harinya dia pun pergi ke rumah tuan puteri itu untuk meminta maaf di atas kesalahannya. Lalu dia diberitahukan yang tuan puteri tersebut telah meninggal dunia. Menangislah Hassan Basri 3 hari 3 malam. Pada malam yang ketiga, dia telah bermimpi bertemu dengan puteri tersebut. Berkata Hassan, "Maafkanlah kesalahanku itu, dan berikanlah aku satu nasihat."

Jawab tuan puteri, "Dengarkanlah nasihatku ini, bila kamu bersendirian hendaklah kamu mengingati Allah, berzikir, beristighfar, mohonlah keampunan pada ALLAH dan bertaubatlah kamu kepadaNya"