
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Sekali lagi saya berkesempatan menghadiri persidangan menangani isu pembuangan bayi anjuran Kementerian Pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Ramai wakil2 NGO dan GO yg hadir memerah otak berbincang mencari penyelesaian yg wajar.
Ramai yang bersungut sudah terlalu banyak persidangan bercakap dan bercakap mengenai isu ini. Ibarat dalam perang, sudah sangat banyak perancangan pertahanan sedangkan musuh sudah lama mara menyerang.
Satu demi satu usul dibincang berulang2 namun semuanya seolah2 berpusing2 dalam lubuk gelap tanpa cahaya. Pedekatan Islam seolah2 suatu yang mustahil dilaksanakan. Kalau tidak mustahilpun, sudahkah ada garispanduan terperinci, berhikmah dan bijaksana hasil kesepakatan para cendikiawan yang boleh diutarakan?
Orang akademik masih mempersoalkan tentang data ….apakah kajian cukup akademik atau tidak. Wakil2 NGO berbicara tentang peruntukan bajet untuk mereka. Wakil2 jabatan kerajaan berkeras mempertahankan gerak-kerja mengikut SOP dan ISO mereka.
Di penghujung rumusan, pendekatan yang ada lebih tertunpu kepada mempertahankan pelaku2 dosa. Ia jauh dari mengelakkan mereka mengulanginya dan siapa saja boleh melakukannya kerana mereka akan dilindungi
Ditanya kepada beberapa ramaja yang hadir dibawa khas dari pusat perlindungan remaja mengandung luar nikah ,”Kenapa adik melakukan’nya’ (berzina) ?”
Rata2 mereka mengatakan,
“Tak seronok di rumah.”
“Mak ayah tak memahami.”
“Mak ayah sibuk, cuma tahu nak marah je.”
“Kawan2 tak geng kalau masih dara.”
“Hampir semua kawan2 satu kelas sudah tidak dara .”
“Buat di mana saja termasuk di rumah bila mak ayah tak ada.”
Semua yang mendengar terdiam sebentar.
Benarlah kata khatib dalam khutbah di Masjid UIA, “Kita tidak menyayangi anak kita, maka orang lain yang akan sayang. Kita tidak memeluk anak kita, maka orang lain yang akan peluk. Kita tidak mencium anak kita, maka orang lain yang akan cium.”
Kita tidak mendengar suara hati anak kita, maka mereka mencari telinga orang lain yang sudi mendengar.
Di mana kita di saat mereka bergelumag dosa?
Ibubapa sedang sibuk memburu pangkat dan harta.
Pemimpin politik sedang bercakaran memburu kuasa di Galas dan Batu Sapi
Para akademia sedang memburu SI dan scorpus mencapai KPI
Para imam termenung menunggu jemaah yang tidak kunjung tiba di rumah Allah
Para cendikiawan sibuk berhujah di pentas forum
Para guru berhempas pulas mencapai target sekolah mencapai UPSR, PMR, SPM tertinggi dalam dunia
Para usahawan terus pijak memijak mencari untung
Para NGO sibuk mencari nama sebagai hero.
Anak-anak pewaris kita terus lemas dalam dosa tanpa bimbingan.
Saya sempat menyuarakan cadangan
http://blogs.iium.edu.my/martinelli/2010/10/31/di-saat-mereka-bergelumang-dosa/
TIANJIN - Sebuah komputer milik China yang dinamakan Tianhe-1An berupaya membuat dua ribu trilion pengiraan sesaat sekali gus mengatasi mesin Cray XT5 milik Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi komputer terpantas membuat pengiraan di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.
Tianhe-1An yang dibina oleh 200 jurutera selama dua tahun dengan kos AS$79.71 juta (RM248 juta), memiliki 7,000 pemprosesan grafik dan 1.4 kali ganda lebih berkuasa daripada Cray XT5 atau 14,000 kali lebih pantas berbanding komputer biasa.
Pada tahun lalu, Cray XT5 yang merupakan komputer super terpantas di dunia.
"Ia mengubah keadaan semasa (AS bukan lagi kuasa teknologi terunggul dunia)," kata Ketua Pegawai Teknologi Hal Ehwal Komputer Perpustakaan Nasional AS, Mark Seager.
Komputer Tianhe-1An direka oleh Universiti Kebangsaan Teknologi Pertahanan China dan ditempatkan di Pusat Nasional Komputer Super di bandar Tianjin, utara China bagi memproses corak cuaca dan pengiraan dalam industri minyak negara. - Agensi
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) - Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. - Agensi
SETIAP minggu kita bertemu hari Jumaat. Hari yang sepatutnya dinanti-nantikan setiap umat Islam agar dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.
Hari Jumaat melambangkan keutuhan dan kesepaduan umat Islam. Seluruh umat berhimpun di rumah Allah bagi meraih keredaan dan kerahmatan-Nya.
Sesungguhnya kemuliaan hari Jumaat yang juga digelar 'Saiyyidul ayyam' terpahat dalam banyak hadis Rasulullah.
Antaranya sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu diciptakan Adam, dimasukkan dan dikeluarkan dari syurga pada hari itu, dan kiamat akan terjadi pada hari Jumaat". (Hadis riwayat Muslim)
Pada hari Jumaat juga perlu melakukan banyak kebajikan dan berdoa.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Pada hari itu (hari Jumaat) tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dimakbulkan permintaannya." (Hadis riwayat Muslim)
Rasulullah menyatakan bahawa antara waktu yang mustajab doa adalah ketika imam duduk di antara dua khutbah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Sesungguhnya saat yang mustajab (berdoa) itu di antara duduk imam antara dua khutbah hingga selesai sembahyang Jumaat." (Hadis riwayat Muslim dan Abu Daud)
Setiap individu Muslim dianjurkan membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat.
Amalan membaca surah al-Kahfi menyelamatkan daripada fitnah Dajal. Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Barang siapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al-Kahfi, akan terpelihara daripada fitnah Dajal." (Hadis riwayat Ahmad)
Kita dikehendaki bersegera menghadirkan diri ke masjid untuk bersolat.
Firman Allah di dalam al-Quran yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan solat Jumaat) dan tinggalkanlah berjual beli (pada saat itu) yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)." (Surah al-Jumu'ah ayat 9) Namun, selepas selesai solat Jumaat, umat Islam digalakkan untuk meneruskan aktiviti dan urusan mereka kembali.
Firman Allah yang bermaksud: "Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati daripada limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat)." (Surah al-Jumu'ah ayat 10)
Begitulah keindahan Islam yang diatur dengan sebaik-baiknya mengikut aturan Allah. Perkara itu dapat difahami menerusi maksud sabda Rasulullah: "Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan al-Hakim)
Walaupun besar ganjaran yang dihamparkan Allah kepada kita pada hari Jumaat, ramai masih alpa beberapa perkara. Terdapat individu Muslim yang sanggup meninggalkan solat Jumaat tanpa alasan.
Sabda Rasulullah lagi yang bermaksud: "Barang siapa mendengar panggilan azan pada hari Jumaat dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, kemudian mendengarnya dan tidak mendatanginya, maka Allah akan menutup hatinya dan menjadikan hatinya seperti hati orang munafik." (Hadis riwayat Baihaqi)
Namun, bagi mereka yang hadir solat Jumaat, pastikan anda menjaga tertib, antaranya berbual ketika khatib membaca khutbah.
Sabda Rasulullah yang bermaksud: "Jika kamu berkata-kata kepada teman kamu (dengan perkataan) 'diam' sementara imam sedang berkhutbah, maka kamu melakukan laghw (perkara sia-sia)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Mendengar khutbah Jumaat dengan teliti serta mengambil peringatan daripadanya ialah sesuatu yang dituntut. Firman Allah yang bermaksud: "Dan apabila al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan ia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat." (Surah al-A'raf, ayat 204)
Hal berkenaan bertepatan dengan firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya ini adalah umat kamu, umat yang satu. Dan Aku (Allah) adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku (Allah)." (Surah al-Mu'minun ayat 52)
Oleh Mohd Shahrizal Nasir