Khamis, 25 November 2010

sedih sangat...hayatilah cerita ini kerna kita mampu untuk ibu...

ketika ibu saya berkunjung, ibu mengajak saya untuk shopping bersamanya kerana dia menginginkan sepasang kurung yg baru. Saya
sebenarnya tidak suka pergi membeli belah bersama dengan orang lain, dan saya bukanlah orang yang sabar, tetapi walaupun demikian kami pergi juga ke pusat membeli belah tersebut.

Kami mengunjungi setiap butik yang menyediakan pakaian wanita, dan ibu saya mencuba sehelai demi sehelai pakaian dan mengembalikan semuanya. Seiring hari yang berlalu, saya mulai penat dan kelihatan jelas riak2 kecewa di wajah ibu. Akhirnya pada butik terakhir yang kami kunjungi, ibu saya mencuba satu baju kurung yang cantik . Dan kerna ketidaksabaran saya, maka untuk
kali ini saya ikut masuk dan berdiri bersama ibu saya dalam fitting room, saya melihat bagaimana ibu mencuba pakaian tersebut, dan dengan susah mencuba untuk mengenakannya. Ternyata tangan-tangannya sudah mulai dilumpuhkan oleh penyakit radang sendi dan sebab itu dia tidak dapat melakukannya, seketika ketidaksabaran saya digantikan oleh suatu rasa kasihan yang dalam kepadanya. Saya berbalik pergi dan cuba menyembunyikan air mata yang keluar tanpa saya sedari. Setelah saya mendapatkan ketenangan
lagi, saya kembali masuk ke fitting room untuk membantu ibu mengenakan pakaiannya.

Pakaian ini begitu indah, dan ibu membelinya. Shopping kami telah berakhir, tetapi kejadian tersebut terukir dan tidak dapat kulupakan dari ingatan . Sepanjang sisa hari itu, fikiran saya tetap saja kembali pada saat berada di dalam fitting room tersebut dan terbayang tangan ibu saya yang sedang berusaha mengenakan pakaiannya. Kedua tangan yang penuh dengan kasih, yang pernah menyuapi, memandikan saya, memakaikan baju, membelai dan memeluk saya, dan terlebih dari semuanya, berdoa untuk saya,
sekarang tangan itu telah menyentuh hati saya dengan cara yang paling berbekas dalam hati saya. Kemudian pada malam harinya saya
pergi ke kamar ibu saya mengambil tangannya, lantas menciumnya ... dan yang membuatnya terkejut, saya memberitahunya bahwa bagi saya kedua tangan tersebut adalah tangan yang paling indah di dunia ini. Saya sangat bersyukur bahwa Tuhan telah membuat saya dapat melihat dengan sejelasnya, betapa bernilai dan berrharganya kasih sayang yang penuh pengorbanan dari seorang ibu.

Saya hanya dapat berdoa bahwa suatu hari kelak tangan saya dan hati saya akan memiliki keindahannya tersendiri. Dunia ini memiliki
banyak keajaiban, segala ciptaan Tuhan yang begitu agung, tetapi tak satu pun yang dapat menandingi keindahan tangan Ibu...

Ya ALLAH...Bawalah daku kejalan yang benar

ku semakin lemah,
Terkujur layu dengan masalah,
Bagaimanaku hendak harungi,
Andai diri ini banyak kelemahannya,

Mengenali diri yang sangat hina,
Dipandang orang sebelah mata,
Aku terkapai-kapai puncanya,
Ya Allah, hinanyaku kerna dihina,

Aku cuba gembira,
Melayani orang sekeliling,
Walau tak diperlukan,
Asalkan aku dapat mengubati lara,

Tapi sampai masa aku sungkur,
Benci dengan masalah,
Meraung dengan keperitan,
Rasanya seperti dipaksa-paksa,

Ketika ini aku mengharapkan,
Pelukan ambil berat dari siapa?
Ku harapkan mereka datang,
Adakah mereka sedar aku memerlukan?

Sebaliknya inginku mencari mereka,
Difikir semula, tak mereka dah cukup dengan masalah,
Aku untuk diriku, mesti semua aku rasai,
Berjuang melawannya sekuat hati,

Atau semuanya ini,
Kerana aku melupaiNya?
Sedang aku diuji, lagi ku memberontak,
Bukannya aku menurut menginsafi,

Semakin lama, kini aku lemah,
Otakku hanya memikirkan masalah,
Bilakah kesudahan yang baik,
Untuk diriku....?

Aku rindukan mereka,
Aku perlukan mereka,
Kembalikanlah mereka untukku,
Mereka yang mampu memahamiku,

Ya Allah,
Ampunkanlah dosa-dosaku,
Berilah aku peluang yang baru,
Aku tahu KAU tahu,
Aku sangat mencintai Mu,

Pimpinlah ku ke jalan yang benar...

KHUTBAH JUMAAT : TANGGUNGJAWAB SOSIAL SATU TUNTUTAN”


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“TANGGUNGJAWAB SOSIAL SATU TUNTUTAN”

(26 NOVEMBER 2010 / 19 ZULHIJJAH 1431H)



Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Di kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya dan kepada sidang Jumaat sekalian marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi keberkatan dan keredhaan serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “TANGGUNGJAWAB SOSIAL SATU TUNTUTAN ”

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Manusia adalah makhluk yang ‘Mujtamak’ ataupun insan bermasyarakat.Tanpa sokongan dan kerjasama manusia tidak akan dapat mencipta budaya dan tamadun. Dalam Islam konsep bermasyarakat adalah murni dan luas melangkawi agama, bangsa, warna kulit dan budaya. Hal ini di nyatakan oleh Allah SWT dalam surah al-Hujuraat ayat 13:

Maksudnya : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan.”.

Berdasarkan ayat tersebut, dapat difahami bahawa manusia diciptakan untuk saling kenal- mengenali dan saling berkerjasama antara satu sama lain serta bantu-membantu demi membina kehidupan yang sejahtera dengan di dokong iman dan takwa kepada Allah SWT. Dalam menghayati kehidupan bermasyarakat Islam amat menitik beratkan konsep tanggungjawab sosial, iaitu mengambil berat sesama manusia sebagaimana hadith Rasulullah SAW:

Bermaksud: “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada pagi hari mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”(Riwayat at-Tabarani).

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Islam adalah agama persaudaraan. Ciri-ciri persaudaraan terkandung dalam nilai-nilai unggul seperti berbuat baik, berkasih sayang, hormat menghormati, tolong menolong, amanah, jujur, bertimbang rasa dan sebagainya. Jesteru nilai-nilai murni ini menjadi tunjang di dalam kehidupan bermasyarakat. Oleh itu, tuntutan berbuat baik atau melakukan kebajikan tidak terbatas kepada ibu bapa, adik beradik, ahli keluarga atau orang-orang yang ada pertalian darah dengan kita sahaja. Bahkan kita dituntut berbuat baik atau melakukan kebajikan kepada kawan-kawan, jiran tetangga bahkan kepada orang-orang yang kita tidak kenali termasuk juga terhadap haiwan dan makhluk-makhluk yang lain.

Lumrah kehidupan bahawa ada manusia yang hidupnya mewah dan kaya raya serta ada yang miskin melarat. Justeru syarak mewajibkan golongan yang berada mestilah membela golongan yang miskin dan lemah. Saban hari media massa memaparkan kisah penderitaan masyarakat, ada di kalangan mereka yang terlantar sakit, fakir dan miskin, ada yang dilanda pelbagai musibah bencana dan wabak penyakit. Mereka ini sebenarnya memerlukan bantuan dan pertolongan daripada kita. Kita boleh membantu mereka samada dengan wang ringgit atau sokongan moral. Ketahuilah bahawa ada dikalangan mereka memerlukan bantuan organ-organ untuk meneruskan kehidupan. Menurut laporan Kementerian Kesihatan Malaysia bahawa bilangan pesakit yang memerlukan pemindahan organ semakin meningkat di negara kita dan ia merupakan salah satu kaedah rawatan yang telah diterima ramai.

Bersempena dengan kempen pendermaan organ yang sedang giat dilaksanakan, mimbar menyeru kepada semua pihak marilah sama-sama kita menyahut seruan kempen ini dengan mendaftar diri sebagai penderma. Pendermaan organ adalah sebahagian amalan sedekah jariah kita demi menyelamatkan nyawa sesama manusia. Agama Islam mengharuskan pendermaan organ sebagaimana yang telah diputuskan dalam majlis Muzakarah Fatwa kebangsaan pada tahun 1970. Ketahuilah pendermaan organ merupakan satu pekerjaan mulia dan amalan yang mendapat pahala yang berterusan hingga ke alam akhirat. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 32:

Maksudnya: Dan sesiapa yang menjaga kehidupan manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga kehidupan manusia semuanya.

Muslimin Yang di Rahmati Allah,

Umat Islam mempunyai peluang yang amat luas untuk melipatgandakan pahala khususnya bagi mereka yang dikurniakan harta dan wang ringgit yang banyak. Kerana itu, beruntunglah orang-orang yang diberi oleh Allah SWT. kelebihan suka menolong orang lain dan membantu di dalam kerja-kerja kebajikan. Sabda Rasulullah SAW :

Bermaksud: “ Sebaik-baik manusia yang memberi manfaat kepada orang lain”.

(Riwayat al-Qudhai)

Berdasarkan hadith tersebut, maka beruntunglah kita atau bagi sesiapa yang menjadi orang yang banyak memberi manfaat kepada sesama manusia, suka memberi bantuan dalam kerja-kerja kebajikan atau berusaha mengurangkan penderitaan terhadap musibah yang ditanggung oleh seseorang. Oleh itu, yang jelas bagi kita semua, bahawa seruan amalan suka menolong dan membantu orang lain adalah termasuk didalam amal ibadah, bahkan pahalanya lebih besar daripada beriktikaf di dalam masjid.

Ibnu Qayyim Rahimahu Allah menyatakan bahawa sesiapa yang berbuat baik dengan orang lain. Allah akan berbuat baik kepada dirinya, dan sesiapa yang bersifat rahmah kepada orang lain, Allah akan bersifat rahmah kepadanya, dan sesiapa yang memberi manfaat kepada orang lain, Allah akan memberi manfaat kepada dirinya, dan sesiapa yang menutup keaiban orang lain, maka Allah akan menutup keaibannya, dan sesiapa yang menegah kebaikan orang lain, maka Allah akan menegah kebaikan kepadanya dan sesiapa yang berhubung kepada yang lain dengan sifat tertentu Allah akan bermuamalah denganya sama dengan sifat itu di dunia dan di akhirat. Oleh yang demikian banyakkan membantu atau menolong orang yang memerlukan bantuan kerana Allah.

Justeru itu, mimbar Jumaat menyeru para jamaah dan seluruh umat Islam agar sama-sama menyemarakan amalan tanggungjawab sosial terutama demi menyelamatkan maruah dan nyawa sesama kita. Kerana sesungguhnya tersirat seribu rahsia dan hikmah disebalik semangat tersebut. Semoga hubungan yang baik dan semangat tolong menolong dapat mengukuhkan lagi ikatan ukhuwah sesama Islam.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, beberapa pengajaran dapat disimpulkan diantaranya, Pertama: Bahawa manusia tidak boleh hidup bersendirian. Oleh sebab itu, manusia tidak dapat lari dari hidup bermasyarakat yang saling perlu memerlukan dan saling bergantung antara satu sama lain. Kedua: Masyarakat yang hidup saling tolong menolong dan hidup dalam suasana ukhuwwah, akan hidup dalam keadaan aman dan sejahtera, makmur dan bahagia. Ketiga: Tuntutan menunaikan tanggungjawab sesama umat Islam atau melaksanakan hak mereka merupakan salah satu dari cabang iman. Sesiapa yang melaksanakan tuntutan ini akan mendapat ganjaran pahala serta dikasihi Allah SWT dan Rasul. Keempat: Semangat bantu membantu dan hidup berkasih sayang serta bertolak ansur dapat membentuk perpaduan yang jitu. Disamping ia dapat menghindarkan dari anasir-anasir yang tidak sihat, perbuatan khianat, fitnah dan sebagainya yang boleh mengancam kehidupan mesyarakat. Marilah sama-sama kita merenung firman Allah SWT di dalam surah al-Fusilat ayat 34:

Maksudnya: Dan tidaklah sama perbuatan yang baik dan yang jahat. Tolaklah kejahatan dengan cara yang baik; apabila tiba-tiba orang yang di antara kamu dan antara dia ada permusuhan, seolah-olah dia seorang sahabat karib”.