Khamis, 4 November 2010

Info Teknologi : China Miliki Komputer Pengiraan Terpantas





GAMBAR menunjukkan komputer Tianhe-1An milik China.

TIANJIN - Sebuah komputer milik China yang dinamakan Tianhe-1An berupaya membuat dua ribu trilion pengiraan sesaat sekali gus mengatasi mesin Cray XT5 milik Jabatan Tenaga Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi komputer terpantas membuat pengiraan di dunia, lapor sebuah akhbar semalam.

Tianhe-1An yang dibina oleh 200 jurutera selama dua tahun dengan kos AS$79.71 juta (RM248 juta), memiliki 7,000 pemprosesan grafik dan 1.4 kali ganda lebih berkuasa daripada Cray XT5 atau 14,000 kali lebih pantas berbanding komputer biasa.

Pada tahun lalu, Cray XT5 yang merupakan komputer super terpantas di dunia.

"Ia mengubah keadaan semasa (AS bukan lagi kuasa teknologi terunggul dunia)," kata Ketua Pegawai Teknologi Hal Ehwal Komputer Perpustakaan Nasional AS, Mark Seager.

Komputer Tianhe-1An direka oleh Universiti Kebangsaan Teknologi Pertahanan China dan ditempatkan di Pusat Nasional Komputer Super di bandar Tianjin, utara China bagi memproses corak cuaca dan pengiraan dalam industri minyak negara. - Agensi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan