Ahad, 7 November 2010

Info Buah-Buahan - Buah Nam Nam




Pernah ke korang semua tengok pokok ini?
saya percaya pokok ini masih banyak di tanam terutama di kawasan kampung. Ada artikel yang saya baca juga ia banyak terdapat di kawasan di sebelah utara dan pantai timur. Sejauh mana kebenaran itu saya tidak pasti. Walau bagaimanapun, pokok ini dahulu memang ada di tanam di kampung saya dahulu di rumah sepupu perempuan ku tetapi sekarang dah tak ada sebab sudah di tebang.


Pokok Nam-nam atau nama saintifiknya Cynometra Cauliflora merupakan tumbuhan yang berbuah dipangkal pokok dan mempunyai ketinggian kira-kira diantara 2.5 hingga 3 meter sahaja.
Di sesetengah tempat ada juga orang yang mengelarkannya sebagai buah katak puru. Mungkin disebabkan kulitnya yang kurang menarik dan seperti kulit katak puru agaknya.. Buahnya pula mempunyai rasa masam kelat ketika muda dan akan berubah menjadi masam manis apabila masak.