Ahad, 7 November 2010

Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakkan Otak




Ada beberapa perkara yang menjadi tabiat kita yang perlu diperbetulkan sekiranya sudah tahu kesan masa jangka panjang. Tabiat buruk ini jika diteruskan akan menyebabkan sesetengah orang apabila penyakitnya serius akan mengalami sakit mental. Perhatikan sekeliling kita warga-warga emas yang baru menjangkau umur 60an. Ada yang sudah nyanyuk dan suka melatah apabila diciut. Melatah adalah satu daripada penyakit saraf otak. Jika tidak dijaga pada peringkat awal. Seseorang itu yang berumur 30an akan mempercepatkan mendapat penyakit gila diusia yang muda. Jika datuk dan nenek kita kita sekarang yang berusia 70an ke 80an masih sehat segar dan tidak nyanyuk kerana mereka menjaga kesihatan pada usia yang muda dahulu. Kehidupan kita pada masa sekarang yang banyak dan dipenuhi aktiviti sosial, banyak menonton TV Astro sehingga ke pagi dan melayari internet 24 jam tanpa henti sehingga mengabaikan kesehatan. Mungkin suatu hari nanti banyak diantara kita yang akan mengalami sakit mental diawal usia 50an dan 60an.


1. Tidak mengambil sarapan pagi.
Orang yang tidak mengambil sarapan pagi akan memiliki tingkat gula darah yang rendah. Hal ini menyebabkan kekurangan bekalan gizi yang menyebabkan kemunduran otak.

2. Makan Berlebihan.
Makan berlebihan akan menyebabkan pengerasan pembuluh otak, menyebabkan penurunan kekuatan mental.

3. Merokok
Menghisap rokok boleh menyebabkan beberapa penyusutan otak dan boleh mengakibatkan penyakit Alzheimer. Kurangkan menghisap rokok.

4. Pengambilan gula yang banyak.
Selain boleh menyebabkan kencing manis. Terlalu banyak pengambilan gula mengganggu penyerapan protein dan gizi yang menyebabkan gizi buruk dan mengganggu perkembangan otak.

5. Pencemaran udara.
Otak adalah pelanggan oksigen terbesar dalam 20 tubuh kita. Menghirup udara yang tercemar menurunkan bekalan oksigen ke otak, yang menyebabkan penurunan efisiensi otak.

6. Kurang Tidur.
Tidur membuat otak kita istirahat. Jangka panjang dari kekurangan tidur akan mempercepatkan kematian sel-sel otak .

7. Kepala tertutup ketika tidur.
Tidur dengan kepala tertutup meningkatkan kepekatan karbon dioksida dan penurunan kepekatan oksigen yang boleh menyebabkan merosakkan otak.

8. Kerja kuat semasa anda sakit/demam.
Apabila kita sakit dan mendapat MC adalah bertujuan supaya berehat. Bekerja keras atau belajar semasa sakit dapat menurunkan keberkesanan otak selain merosakkan sel-sel otak.

9. Kurang stimulasi fikiran.
Berfikir adalah cara terbaik untuk melatih otak kita, dan kurangnya stimulasi fikiran dapat menyebabkan penyusutan otak.

10. Kurangkan bercakap banyak.
Perbualan intelektual akan mendorong efisiensi otak. Sebab itu perpatah melayu berkata "Tong yang kosong, kuat bunyinya bila diketuk". Bercakap perkara yang berfaedah sahaja dan penting..Bukan jadi pendiam!

Dan daripada ibnu Umar ra katanya, Rasulullah saw telah menepuk bahuku serta bersabda:

"Hendaklah engkau jadi didunia ini seolah-olah berdagang dinegeri orang atau sebagai orang yang melintasi jalan." Ibnu Umar ra berkata, jika kamu berada diwaktu petang janganlah kamu tangguh kewaktu pagi dan jika kamu berada diwaktu pagi janganlah kamu tangguh kewaktu petang. Rebutlah kesempatan sewaktu kamu berada didalam keadaan sihat sebagai persediaan diwaktu engkau sakit dan ketika engkau masih hidup sebagai bekalan ketika engkau mati." (AlBukhari)

Semuga kita berubah demi kebaikan diri kita dan keluarga yang tersayang. Jangan rosakkan diri kita dengan tabiat buruk ini.

Sumber : http://resepirahsiaku.blogspot.com/2010/09/tabiat-yang-menyebabkan-kerosakan-otak.html