Ahad, 21 November 2010

Kesihatan : 3 Teknik Untuk Berkhatan



~ Kaedah Laser ~


KAEDAH berkhatan yang lebih mudah dan tidak menyakitkan dapat mengurangkan risiko kanak-kanak trauma. – Gambar hiasan


'INSPIRASI menghasilkan produk Sunathrone ini datangnya daripada Allah. Saya hasilkan produk ini untuk kebaikan ummah sedunia," ujar ketua pegawai perubatan dan penasihat perubatan antarabangsa Sunathrone Bio-Medical Sdn. Bhd., Dr. Mohd. Tasron Surat yang juga merupakan pengasas produk berkhatan menggunakan peralatan plastik pakai buang, Sunathrone.

Beliau berkata demikian semasa ditemui Kosmo! pada program Sunathon Perdana JAWI 2008, Ahad lalu. Program ini melibatkan 328 kanak-kanak dengan paling muda berusia enam bulan. Ia turut disertai 50 sukarelawan dari IB World School, Kolej Mara Banting, Selangor.

Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz yang mewakili Menteri Hal Ehwal Agama di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi merasmikan program tersebut.

"Berkhatan (atau sebutan yang paling tepatnya mengikut bahasa Arab ialah berkhitan) adalah sesuatu yang dituntut agama. Bila sudah berkhatan, baru kita bersih dan dapat beribadat dengan sempurna. Kalau tidak, sembahyang tidak sah dan berjemaah dianggap terputus saf," katanya lagi.

Yang nyata, hasil ciptaan Dr. Mohd. Tasron ini bukan sahaja sebagai tanda mengagungkan agama, bahkan ia juga diperakui di peringkat antarabangsa. Direka prototaipnya oleh SIRIM dan didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan Malaysia, produk ini juga menarik perhatian badan antarabangsa dan dikaji oleh badan-badan dunia seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Battelle International, PA Consulting USA, Bill and Melinda Gates Foundation, The School of Preventive Hygiene, The George Washington University dan UNAids di dalam Collaborative HIV Forum, sebagai keperluan 'biomedical intervention/ surgical immunity' yang murah dan penting bagi mengurangkan risiko jangkitan HIV/Aids.

Proses pembedahan kecil membuang kulit (kulup/prepuce) yang menutupi hujung alat sulit ini bukan sahaja dilihat dari sudut keagamaan, bahkan baik untuk kesihatan.


DR. MOHD. TASRON SURAT


Kajian membuktikan bahawa berkhatan mencegah dan mengurangkan risiko dijangkiti penyakit Aids. Pada tahun lalu, pengkaji-pengkaji dari Afrika Selatan dan Perancis mengumumkan bahawa hasil percubaan ke atas 3,274 lelaki menunjukkan mereka mempunyai risiko 60 peratus lebih rendah dijangkiti HIV selepas berkhatan. Ia sekali gus menghindarkan risiko menghidap barah penis dan balanitis dalam kalangan lelaki yang kadarnya tinggi di negara China, Puerto Rico dan Cuba, barah pangkal rahim dalam kalangan wanita dan gejala kemandulan lelaki.

Mengulas tentang prosedur penggunaan produk Sunathrone yang diperbuat daripada plastik itu, Dr. Mohd Tasron berkata, pada mulanya doktor akan mengukur diameter alat sulit untuk menentukan saiz bersesuaian dengan menggunakan alat yang dinamakan Sunameter.

Selepas itu, doktor akan memberikan suntikan bius, menandai bahagian kulit di hujung zakar (kulup/prepuce) yang hendak dibuang dan memasukkan tiub ke dalam bahagian yang ditandai tadi. Jika perlu menggunting sedikit (dorsal slit), doktor akan menggunakan gunting bedah bagi memasukkan tiub. Guntingan akan dilakukan untuk kondisi buta/phimosis.

Selepas itu, alat pengunci dipasang pada bahagian berkenaan untuk memastikan kedudukan tiub berada pada kedudukan yang tepat dan diketatkan. Untuk memastikan, ia diketatkan dengan sempurna, peralatan yang dinamakan Sunalever digunakan bagi memudahkan kaedah berkhatan.

Bahagian kulup yang hendak dibuang dipotong menggunakan peralatan khas seperti scalpel, gunting atau diathermy/cautery yang dipanggil oleh kebanyakan orang sebagai kaedah laser. Kemudian bahagian hujung tiub tadi akan dicabut dan yang tinggal hanyalah sebahagian kecil tiub berbentuk cincin dibiarkan melekat pada alat kemaluan. Dengan ini, proses pembedahan pun selesai.

Cincin itu akan dibiarkan begitu dan akan ditanggalkan atau tertanggal sendiri apabila sembuh sepenuhnya beberapa hari selepas itu, biasanya antara lima hingga 14 hari.


TIUB dan alat pengunci.


"Ia merupakan kaedah yang mudah, selamat, tidak menyakitkan, tiada atau kurang pendarahan, tiada balutan yang menyakitkan terutama bila balutan hendak dibuka dan tiada jahitan. Dalam khatan konvensional, doktor biasanya memerlukan beberapa pembantu untuk melakukan jahitan dan ini mengambil masa, sedangkan dengan cara ini, ia dapat dilakukan oleh seorang doktor dalam masa yang singkat," katanya sambil memberitahu prosedur berkhatan menggunakan Sunathrone hanya mengambil masa antara lima hingga 10 minit dan lebih cepat jika dilakukan pakar.

"Individu yang dikhatan juga boleh melakukan aktiviti rutin harian seperti berjalan, bersekolah, melancong, bermain dan mandi seperti biasa, sebaik sahaja prosedur ini selesai," katanya.

Teknologi yang memudahkan ini mungkin dipandang remeh oleh sesetengah individu tetapi amat besar faedahnya kepada ummah. Sehingga hari ini, semakin banyak pengamal perubatan termasuk dari luar negara seperti Britain, Timur Tengah, Sweden, Indonesia dan Pakistan telah mengikuti latihan Sunathrone Hands On Training (SHOT) di Malaysia sejak Sunathrone diperkenalkan pada tahun 2006. Teknologi ini lebih meyakinkan kanak-kanak dan mualaf dewasa berkhatan tanpa berasa takut. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa masalah khatan boleh menjadi masalah besar kepada mereka yang mahu memeluk Islam.

"Dengan usaha ini, mereka tidak akan berasa bimbang untuk memeluk Islam dan melakukan khatan. Seorang mualaf berusia 20-an baru sahaja membuat temujanji untuk berkhitan menggunakan Sunathrone," ujarnya. - ADHAM SHADAN


Sumber http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1121&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_02.htm


~Kaedah Klamp ~



Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri menunjukkan alat AlisKlamp yang mempunyai pelbagai saiz.


SAAT ini golongan paling gembira sudah pastinya kanak-kanak kerana minggu depan bermulanya cuti panjang penggal akhir persekolahan. Sebahagian besarnya sudah siap dengan jadual aktiviti yang ingin dilakukan termasuk melancong atau balik kampung.

Dalam keseronokan bercuti ada juga sebilangan kanak-kanak lelaki yang sedang dilanda gundah-gulana menanti hari paling mendebarkan dalam hidup mereka - hari untuk berkhatan.

Berkhatan merupakan salah satu tuntutan agama iaitu dengan memotong atau membuang kulit hujung zakar. Biasanya dilakukan ketika usia kanak-kanak masih kecil iaitu antara enam hingga 12 tahun, namun ada juga sesetengah ibu bapa yang mengkhatankan anak lelaki mereka kita masih bayi.

Begitupun berkhatan bukan saja di lakukan oleh lelaki Islam, malah dianggarkan 60 peratus lelaki Amerika Syarikat berkhatan dan 1.25 juta kanak-kanak lelaki telah dikhatankan dalam tempoh setahun di negara itu.

Malah masyarakat Yahudi sendiri telah menjalani proses berkhatan sejak kecil lagi.

Selain memenuhi tuntutan agama, berkhatan juga dikaitkan faktor menjaga kebersihan dan mencegah jangkitan kuman pada alat kelamin.

memudahkan

Sesuai dengan perubahan zaman, pelbagai kaedah moden dicipta bagi memudahkan proses berkhatan.

Terbaru, teknik dari Turki yang dikenali sebagai AliKlamp yang dikatakan mampu mengurangkan kesakitan ketika berkhatan.

Pemilik Eskayvie Sdn. Bhd., iaitu syarikat pengedar tunggal AliKlamp di Malaysia, Dr. Syid Ayob Syid Mustafa Al-Qudri berkata, alat tersebut merupakan satu kaedah rawatan berkhatan yang cepat dan mudah.

''Teknik tersebut adalah salah satu cara berkhatan yang tidak menyakitkan dan merupakan rawatan selamat bagi kanak-kanak dan juga orang dewasa.

''Jika dahulu kalau hendak berkhatan macam-macam yang diperlukan, namun dengan teknologi moden yang terdapat di hospital berkhatan jadi lebih mudah dan cepat," katanya.

Tegas Dr. Syid Ayob lagi, selain itu faktor keselamatan juga lebih terjamin berbanding kaedah tradisonal yang terpaksa menunggu masa yang lebih lama untuk sembuh.

Jelasnya lagi, rawatan ini juga mempunyai pelbagai kelebihan berbanding berkhatan secara konvensional.


Berkhatan menjadi saat bersejarah bagi kanak-kanak lelaki


''Antaranya mengurangkan pendarahan, menjadikan pemotongan lebih sempurna serta kadar penyembuhan yang lebih cepat,'' katanya.

Malah, pesakit sendiri tidak perlu menunggu terlalu lama untuk sembuh apabila menggunakan alat AliKlamp.

Direka khusus dengan pelbagai saiz, ia mampu memberi kemudahan kepada pengguna untuk menggunakannya.

''Selain mudah dan senang, teknik ini telus dan kemas dan ia juga mendatangkan kesan yang lebih positif dan efektif,'' katanya.

Bercerita lebih lanjut katanya, AlisKlamp ini mula dicipta oleh dua pakar urologi dari Turki, Dr. Vedat Ali Canoglu dan Dr. Mustafa Demirelli pada tahun 2004.

Pelengkap

''AlisKlamp ini direka khas bagi melengkapkan lagi teknik-teknik klamp yang sedia ada dalam dunia perubatan moden ini,'' kata Dr. Syid Ayob lagi.

Selain mengurangkan pendarahan, teknik AlisKlamp ini juga dapat meminimumkan rasa sakit yang dialami oleh pesakit.

Malah melalui teknik ini juga, tempoh penyembuhan adalah antara tiga hingga lima hari sahaja.

''Selain mudah dan senang, teknik ini lebih telus dan kemas dan ia mendatangkan kesan yang lebih positif dan efektif,'' katanya.

''Hanya dalam tempoh dua atau tiga jam, pesakit boleh berjalan seperti biasa tanpa perlu berehat dengan lama,'' katanya serius.

Diperbuat daripada polikarbonat telus cahaya menjadikan alatan ini lebih mudah dan tahan lama digunakan.

Sumber : http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=1119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sains_%26_Teknologi&pg=st_03.htm


Alatan Yang Digunaka :


Tara Clamp

Sunathrone
Smart KLamp
Plastibell

Ismail Clamp

Note: This device should not be used to do a self-circumcision. Circumcision should always be performed by a trained and skilled healthcare provider. Anda dilarang keras agar tidak melakukan sendiri berkhatan menggunakan alat di atas. Jika melakukannya, di atas tanggungan sendiri. Pemilik blog ini tidak bertanggung jawab.


http://drhalimahali.wordpress.com/2008/12/03/musim-berkhatan-kembali-lagi-4/