Ahad, 14 November 2010

Sejarah nama-nama daerah manjung


Daerah Manjung pada sebelum tahun 1973 dikenali sebagai Daerah Dindings. Daerah ini pernah menjadi sebahagian dari Negeri - Negeri Selat yang pada ketika itu daerah ini berada dibawah pentadbiran Pulau Pinang. Daerah Dindings telah menjadi sebahagian dari Pulau Pinang sebaik sahaja Perjanjian Pangkor ditandatangani oleh pihak Britain dengan Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Abdullah. Perjanjian ini ditandatangani bagi menghentikan pertumpahan darah akibat dari 2 peristiwa utama iaitu perebutan takhta di antara kerabat - kerabat diraja Perak sebaik sahaja kemangkatan Sultan Jaafar dan peperangan diantara Puak Ghee Hin dan Hai San di Larut untuk merebut kawasan perlombongan bijih timah di Jajahan Larut Taiping.
Sebagai syarat perjanjian tersebut, Sultan Perak perlu menerima seorang Residen British iaitu Sir JWW Birch, menyerahkan Jajahan Dindings kepada British, Perlantikan Penolong Residen di Taiping iaitu Kapten Speedy di Matang dan Sultan Ismail diturunkan dari takhta Perak.
Semasa era penjajahan Inggeris, Jajahan Dindings adalah merangkumi 3 kawasan utama iaitu Bandar Sitiawan, Bandar Lumut dan Pulau Pangkor sahaja. Walaubagaimanapun pada tahun 1937, setelah hampir 10 tahun Sultan Perak pada ketika itu iaitu Sultan Alang Iskandar telah merayu kepada British agar Jajahan Dindings dikembalikan ke pangkuan Perak dan British telah menyerahkan kembali pada tahun berkenaan. Alasan utama baginda, Perak tidak mempunyai kawasan berpantai. Setelah penyerahan Jajahan Dindings, Kerajaan Perak telah menyatukan jajahan berkenaan dengan Bruas dan kawasan - kawasan persisiran pantai bahagian selatan. Pada tahun 1973, Daerah Dindings telah diberi nama baru iaitu Daerah Manjung dan nama berkenaan berkekalan sehingga kini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan