Selasa, 9 November 2010

Jawapan yang lengkap pada masalah perkataan ‘"Ameen"




Sabda Nabi S.A.W. : "Perbanyakkanlah oleh kamu mengucapkan perkataan AMIN". (Riwayat Ibnu Majah)


Pengajaran Hadith:

Ucapan AMIN adalah sesuatu yang dikhususkan bersama keunikan yang Allah S.W.T anugerahkan kepada umat Nabi Muhammad S.A.W. Ucapan ini juga merupakan suatu anugerah dan pemberian yang khusus kepada umat Islam sedunia menyebabkan membuaknya kebencian dan dendam yang teramat sangat di dalam hati orang Yahudi. Kerana apa? Kerana ketika umat Islam mengucapkannya, hati mereka bertambah sakit apabila melihat kaum Muslimin mendoakan dan mengaminkan kesejahteraan, keamanan, keselamatan antara satu sama lain walaupun berbeza adat, budaya, bangsa, bahasa, warna kulit, negeri, malahan negara di seluruh dunia di atas agama yang satu iaitu ISLAM.

Apakah rahsia yang terkandung di dalam ucapan AMIN ini yer? Mari kita sama-sama berkongsi ilmu.. Sekadar yang diriku tahu ianya bermaksud "terimalah Ya Allah".. Ini sebelum diriku tahu dengan lebih jelas lagi. Dulu masa kecik-kecik, mengucapkannya ketika selesai membaca surah Al-Fatihah samada di dalam solat ataupun sebelum membaca Muqaddam dan Al-Quran. Masa baru-baru sampai dan kenal budaya arab, mereka rupanya telah mengaplikasikan ucapan ini di dalam kehidupan seharian mereka, mula-mula ingatkan hanya budaya.


Mereka selalu menuturkan doa-doa yang baik seperti "Allah iftah a'laik" (Semoga Allah membuka jalan atau hatimu), "Allah yubarik fih" (Semoga Allah memberkati kamu) dan pelbagai lagi doa-doa yang keluar dari mulut mereka ketika kita berbuat baik terhadap mereka, ketika berjumpa, ketika bercakap, semuanya mesti disulami dengan doa. Kita yang mendengarnya, terasa ada suatu perasaan halus di dalam hati, terasa sejuk hati mendengarkannya, Masya Allah... Dan kerana mendengarkan doa-doa itulah, mulut menjadi "ringan" untuk mengucapkan perkataan AMIN...


Dulu mengucapkannya sekadar hanya mengaminkan doa, tapi lama kelamaan menjadi kebiasaan malahan ianya satu kewajipan pulak sebab apa, sebab doa itu senjata Mukmin bukan? Dan semestinya apabila orang mendoakan diri kita yang baik-baik, kita perlu mengatakan AMIN YA RABB. Kini Alhamdulillah, diri ini telah mengetahui maksud dan rahsia yang tersembunyi ucapan ini..

Ok.. Sekarang kita masuk bab makna perkataan "AMIN" ini :

1] Perkenankanlah Ya Allah

2] Terimalah Ya Allah

3] Lakukanlah Ya Allah

4] Jadikanlah Ya Allah

Wah, banyaknya makna yang boleh kita ambil untuk diaplikasikan, sebatikan dalam diri kita. Tahu tak sebenarnya ucapan Amin adalah antara pintu keampunan Allah ke atas hamba-hambaNya dan ianya berhasil bila para Makmum mengucapkan perkataan Amin di dalam solat sesudah imam membaca Al-Fatihah (contoh : pada solat Jahar - Subuh, Zohor, Asar, Maghrib, Isya' dan Jumaat) secara bersamaan iaitu (serentak) dengan Amin para malaikat. (Riwayat Imam Malik, Bukhari, Muslim, Abu Daud, An-Nasaie dan Ibnu Majah).


Apa yang boleh kita dapat dari hadis mengenai Amin tadi adalah :


* Ianya merupakan hadis yang penuh dengan mesej dan pengajaran kepada kita

* Menyuruh kita berkata-kata dengan kata-kata yang baik

* Mendidik kita dan mendorong kita supaya sentiasa bertawakkal (dengan berdoa) dan bergantung harap pada rahmat Allah S.W.T
* Sentiasa menyintai dan selalu melakukan amalan kebaikan dalam kehidupan seharian

Kesimpulan


Kalimah Ameen tiada dalam Al-Quran dan ianya terdapat dalam Bible,Dakwaan ini tidak berasa langsung.Hakikatnya ‘Ameen’di dalam Al-Quran sememangnya wujud , dari sudut maknanya kerana ianya disebut dalam hadis-hadis Rasulullah. Selagimana ianya disebut di dalam hadis Rasulullah , ini bermakna kita wajib mengiktirafnya kerana itu adalah perintah Allah kepada kita di dalam Al-Quran, apatah lagi Rasulullah merupakan pentafsir bagi Al-Quran.

Di antara hadis yang ada menyebut persoalan ‘Ameen’ sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :- “Apabila Imammenyebut Amin maka sebutlah Amin(bagi makmum)”[diriwayatkan oleh Jamaah].

Cuma yang menjadi perselisihan di kalanga ulama di dalam masalah ini , adakah sebutan Amin ini perlu dikuatkan atau diperlahankan di dalam solat.Adapun tentang mazhab Wahabi tidak menyebut Amin adalah salah fakta kerana gerakan Wahabiah bermazhabkan Hambali dan Mazhab Hambali membaca Amin secara kuat sebagaimana kalau saudara pernah solat di Saudi.Kalaupun sekiranya tidak kedengaran di telinga kita mereka menyebut Amin , di sana ada dua pendapat :

Samada mereka memperlahankan bacaan Amin dengn berdalilkan hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Ibn Mas’ud :”empat perkara yang perlu diperlahankan oleh Imam , iaitu At-Ta’awwuz(a’uzubillah)Tasmiah(bismillah) ,Ta’min(amin) dan Tahmid”[Musnad Ibn Abi Syaibah]