Jumaat, 19 November 2010

Teknologi Maklumat : Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Thumb drive


Maklumat yg perlu dikongsi bersama.....

Hari ini saya survey dekat www.mudah.com.my
.. Ingat nak beli pendrive, mana tahu dapat murah. Tiba-tiba terpaku
dengan satu iklan; Kingston 32Gb hanya RM50 ~!! Biar betoi.~!!..Saya
...terus hubungi dealer yang menjual pendrive tu, dan dia kata dia tidak
menipu, lagi pula tidak memadai dia nak menipu produk berharga RM50..
aik, biar betoi~!!

Terus saya buat sedikit research dekat
internet berhubung Pendrive 32Gb ni. Pada permulaannya, saya dapati
ramai juga yang menjual dengan harga yang murah. Paling mahal
sedikitpun RM95 - 120 (Jadi RM50 lagi murah). Jadi, lingkungan hargahttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=6078424106247630221
masih murah..

Namun setelah pencarian dibuat dengan lebih
mendalam, saya mendapat info-info tambahan yang mengatakan Pendrive
32Gb ini adalah buatan China dan telah lama popular di sekitar Mumbai,
India pada tahun lepas. Target utama pencipta pendrive ini adalah untuk
menyaingi syarikat perkomputeran dunia dengan mereka cipta barangan
palsu ini ke pasaran dunia. Pembungkusan dan modus operandi sangat
profesional dan nyata. Pendrive yang asal 1 atau 2 Gb telah dicompress
agar dibaca 32Gb. "Non-existent sectors" dibuat dengan kaedah compress
agar dibaca melebihi kapasiti sebenar pendrive.

Itu sebabnya,
setiap kali anda memasukkan sesuatu yang lebih besar dari kapasiti
sebenar,maka data yang tertulis ke sektor-sektor maya akan hilang.
Namun begitu, "Fake Product" ini telah terjual dengan larisnya di
pasaran dan apa yang lebih menyedihkan, pemasarannya telah pecah masuk
ke pasaran Lowyat di KL dan PC Fair di seluruh Malaysia.

Anda kena berhati-hati~!!

Info
menjelaskan juga bahawa pendrive ini jika dilihat dari luaran dan
dalaman tertulis 32Gb. Hatta jika dimasukkan ke slot USB di laptop/pc
dia akan memberitahu 32Gb. Juga di Properties tertera 32Gb~!!. Namun
apabila anda ingin memindahkan file sebesar 1Gb, satu arahan keluar
mengatakan pendrive sudah penuh. Malah "transfer Speed" juga adalah
sangat perlahan jika dibandingkan dengan pendrive biasa. Kadang kala
arahan komputer/laptop mengatakan berlaku kerosakan teruk di Pendrive
dan memerlukan format biarpun anda baru sahaja pertama kali
menggunakannya ~!!! .

Bila diteliti dengan mendalam, pendrive
tersebut mengalami bad sector yang teruk, dan perlu diformat. Dan apa
yang lebih menyedihkan, apabila diformat, ternyata pendrive itu
hanyalah sebesar 512kb atau 1Gb atau 2Gb sahaja. Sedangkan harga
sebenar pendrive 1Gb hanya RM20 sahaja di pasaran~!! Dan lebih teruk
daripada itu, jika hendak diformat sekalipun ia tidak complete, dan
akhirnya, DIBAKUL SAMPAHKAN SEBAGAI JALAN TERAKHIR~!!

Ini yang
menyebabkan ramai pengguna tertipu. Ada juga kes berlaku file yang
telah dipindahkan ke dalam pendrive itu "Missing" atau " Corrupted"
bila dipasang di komputer orang lain. Dan kadangkala boleh di Copy
tetapi tidak boleh di Paste langsung, seolah-olah menjadi read-only
file.

Nasihat saya, berhati-hatilah apabila ingin membeli
pendrive yang berkapasiti besar ini. Memang benar ada yang betul-betul
original. Memang benar pendrive Kingston yang berkapasiti 256Gb (yang
paling besar) wujud tetapi harganya mahal buat masa ini. Harga semasa
pada 12/11/2010 menunjukkan harga RM166 untuk pendrive 32Gb Original.
Masakan harga Pendrive 256Gb boleh berharga RM170 seperti yang ada di
sesetengah website ~!!

Harga semasa yang Original di sini :


http://www.pcdepot.com.my/category/51/132/USB%20Drives/MP3%20Player.aspx
http://www.facebook.com/kkucai#!/kkucai/posts/141619539223255