Sabtu, 20 November 2010

Tokoh : Kenali Dr. Afifi Al-Akiti


Nama penuh : Doktor Mohammad Afifi al-akiti


Umur : 33 tahun


Tempat Kelahiran : Batu Gajah, Perak.


Pekerjaan : Anak Melayu pertama sebagai Pensyarah di University Oxford.


Ramai orang malaysia terutama nya muslim yang tidak begitu mengenali Dr. Afifi berbanding mawi ataupun siti nurhaliza. Dr. Afifi adalah melayu pertama yang berasal dari malaysia menjawat jawatan pensyarah di salah satu universiti termasyur dunia iaitu OXFORD. Baca sini.


Dr. Afifi dah berkahwin dan dikurniakan dua cahaya mata, yang dipercayai kedua-dua nya ialah lelaki. Menarik pada Dr. Afifi ialah selain daripada pendidikan agama di beberapa universiti, dia juga pernah belajar di pondok-pondok agama, di sekitar indonesia sebelum belajar di salah satu universiti seattle dan seterusnya bekerja di sana untuk beberapa tahun. Dr. Afifi menguasai 7 jenis bahasa di antara ialah ;


Bahasa melayu
Bahasa English
Bahasa Arab
Bahasa Latin
Bahasa yunani kuno
Bahasa perancis


Tak ramai orang malaysia kenal Dr. Afifi neh, nama dia memang kurang terkenal kat malaysia sebab bukan kemahsyuran pun yang dia cari kat dunia neh. Bagi korang yang sedang mencari beberapa artikel online dari Dr. Afifi boleh klik sini. Boleh klik sini dan sini untuk melihat lebih dekat jawatan yang dia pegang sekarang. Dan sini untuk membaca pandangan umum dari mereka yang pernah berjumpa Dr. Afifi secara berdepan. Dan yang ini adalah profile Dr. Afifi di facebook, manakala ini adalah video youtube di mana Dr. Afifi pernah menjadi tetamu jemputan untuk rancangan analisis astro awani.


Korang cuba fikir sejenak, apa guna anak-anak remaja kita pergi buang masa, buang undi dan jadi tolol dengan meminati akedemi fantasia, mari menari, sehati berdansa dan mentor? Sedangkan lebih baik anak-anak muda kita di dedahkan dengan pencapaian Dr. Afifi neh supaya anak-anak muda kita boleh mencontohi kejayaan Dr. Afifi. Sudah sampai masa nya, pemimpin kita mengharamkan semua rancangan-rancangan hiburan yang sesat lagi menyesatkan demi memelihara akidah umat islam semalaysia.



http://www.theology.ox.ac.uk/people/staff-list/dr-afifi-al-akiti.html