Ahad, 31 Oktober 2010

Agar ku kejalan yang baik


Kehidupan yang dijalani mestilah dilengkapi dengan ilmu..tanpa ilmu tiada lah arah yang ingin dituju...



sejak akhir-akhir ini saya sering diagah dengan persoalan agama yang terkadang saya sendiri tidak mampu memikirkannya. Adakala saya tidak mampu untuk memberi pemikiran yang tepat dan adakala saya lebih banyak merepek dalam memberi pandangan.
Baru-baru ini saya terperangkap dalam satu fenomena baru ciptaan para pakar “agama”. Idealogi yang mereka perkenalkan hampir membuat saya hilang pertimbangan, malah hampir menjatuhkan akidah saya yang hanya senipis kulit bawang. Perbincangan demi perbincangan yang saya ikuti di alam maya. Dari satu web forum ke satu web forum, saya menjelajah dunia maya dengan agenda tersendiri. Untuk mencari kebenaran demi sebuah keimanan. Dan akhirnya saya menangis dengan kelemahan diri.
Saya akhirnya tersedar, iman bukan terletak pada ilmu dan kepakaran, tetapi untuk mendapatkan iman kita harus sentiasa berilmu berusaha menjadi pakar. Akibat kurang keyakinan, saya hampir terpedaya oleh agenda idealogi penjenayah ilmu yang “bangga” dengan pencapaian mereka yang mereka anggap “agung”.
Penyelewengan ilmu dan fahaman mazhab menyebabkan ramai yang sudah terperangkap dalam kekeliruan untuk menjalankan ibadah dan ajaran Islam. Ulasan terhadap satu mazhab dengan mazhab yang lain dengan menyampaikan idealogi yang “memperlekehkan” benar-benar memberi kesan ke atas pemikiran masyarakat Islam di Malaysia. Dan saya juga hampir menjadi salah seorang yang “terperangkap” dalam pemikiran tersebut. Alhamdulillah, dengan niat hati tegas untuk mencari kebenaran, saya berjaya mencari jalan pulang.
Apa yang berlaku benar-benar memberi saya satu pemahaman baru dalam menerima pendapat seorang “pakar”. Kepakaran bukan penentu keimanan dan ketakwaan, tetapi untuk mendapatkan keimanan dan ketakwaan, kepakaran itu perlu di selami. Berserah kepada Allah adalah jalan pulang yang mantap dalam mencari suatu kebenaran. kesyukuran kepada Allah kerana benar-benar memberi taufik dan hidayah Nya untuk hati terus melekatkan cinta, jiwa dan raga kepada Nya semata di atas jalan yang diredhai. Alhamdulillah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan