Jumaat, 5 November 2010

Petua Daripada Nenek=Limau Purut vs Limau Nipis



Limau Purut, berkerut2 dan berbenjol kulitnya. Airnya rasa pahit sedikit.

Ia sering digunakan dalam perubatan tradisi melayu, daunnya pula digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Terutamya masakan Thai.


Khasiat Limau Purut;

Daun limau purut banyak digunakan dalam masakan seperti tom yam kerana bau dan rasanya yang unik. Ia juga digunakan sebagai ramuan ubatan dan juga bahan untuk mandi wap. Selain berkesan sebagai penggalak antitumor atau pencegah kanser, limau purut juga boleh digunakan untuk mencuci rambut dan mulut serta boleh membunuh pacat. Ekstrak minyak patinya boleh digunakan sebagai aromatherapi, nutraseutikal dan produk penjagaan diri. Limau purut juga berupaya merawat luka, lebam dan gigitan serangga berbisa serta merangsang perjalanan darah.


Limau Nipis, kulitnya licin dan rasa airnya lebih masam. Buah/air nya sering di jadikan perasa dalam masakan dan minuman Sebagai contoh, di letak bersama sirap untuk menyedapkan rasa dan menyejukkan badan semasa hari panas terik.

Khasiat Limau Nipis;

Jus buah limau nipis membunuh kuman disenteri, kolera dan tifoid. Asid sitrik yang terkandung dalam limau nipis berkesan menghilangkan lemak dan menguruskan badan. Asid sitriknya juga boleh digunakan untuk melegakan perut dan melancarkan penghadaman. Limau nipis juga mengandungi vitamin A dan vitamin C.

Kalau nak kurus, boleh amalkan meminum secawan air limau nipis setiap pagi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan