Sabtu, 6 November 2010

Biografi Dato Seri Dr Zambry Abd Kadir



Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir merupakan ahli Dewan Undangan Negeri Perak kawasan Pangkor, Negeri Perak.

Beliau berkelulusan Ph.D dari Amerika Syarikat dan menjadi pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Pada tahun 1998, beliau telah ditahan Akta Keselamatan Dalam Negeri kerana mempertikaikan pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

KERJAYA

Sejak kanak-kanak lagi, Zambry merupakan seorang individu yang aktif dalam bidang sukan dan suka bermain bola sepak sehingga digelar "Pele Pangkor" yang merujuk kepada pemain bola sepak silam Brazil, Pelé serta giat dalam permainan sepak takraw dan badminton.[3]

Beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Penulisan Esei Hari Kebangsaan negeri Perak (1982) yang memperoleh tempat kedua pada peringkat kebangsaan, Anugerah Penulisan Agama Kebangsaan (1986)[4] dan Pertandingan Penulisan Akademik peringkat kebangsaan (1987).

Beliau mula berpolitik ketika menjawat sebagai Ketua Pemuda Umno Pangkor pada tahun 1992 dan seterusnya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Perak. Beliau bertanggungjawab dalam memajukan infrastruktur teknologi maklumat di negeri ini ketika memegang jawatan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Multimedia dan Sumber Manusia selepas Pilihan Raya Umum Malaysia 2004. Semasa rombakan kecil pada September 2006, beliau menjadi Pengerusi Jawatankuasa Inovasi, Sains dan Teknologi dan Pelajaran Tinggi dan menggunakan kuasanya bagi pembangunan selanjutnya ICT di Negeri Perak

Beliau juga telah mengarang beberapa buku antaranya "Umno dan Jiwa Merdeka" (1998), "Pemuda Umno Menebus Maruah, Menuju Arah" (2000) dan "Islam Malaysia dan Amerika" (2002).[4] Zambry juga pernah melibatkan diri dalam beberapa penerbitan sebagai penyunting termasuk Pendidikan dan Pembangunan" di Nurin Enterprise (1989), "Business Administration in Islam" oleh Hizbi (1991) dan "Imbas Gemilang KBS 98" (1998) untuk Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

AKADEMIK

Universiti :

Ph.D (Pemikiran Politik)
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1995)
Cemerlang(Distinction)
Pengkhususan::Politik Kontemporari

M.A
Uni. Temple, Amerika Syarikat (1992)
Pengkhususan : Falsafah Politik & Perbandingan Agama

M.A
Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1991)
Pengkhususan : Pemikiran Islam

B.Econs (Kepujian)
Uni. Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) (1987)
Pengkhususan: Ekonomi, Ekonomi Pembangunan, Ekonomi Antarabangsa

KRISIS PELEMBAGAAN PERAK 2009

Ketika krisis perlembagaan Perak 2009, beliau pernah dilantik menjadi Menteri Besar Perak namun kemudian diputuskan tidak sah oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.[7]

Pada hari kemudiannya, Nizar akhirnya melaporkan diri untuk bertugas selaku Menteri Besar Perak.[8] Bagaimanapun, jawatan beliau ditarik balik secara tiba-tiba apabila hakim Mahkamah Rayuan Datuk Ramly Ali meluluskan penangguhan pelaksanaan keputusan kepada Zambry, sekaligus sini menetapkan 21 Mei bagi mendengar rayuan Zambry dan permohonan Nizar.[9]Pada 22 Mei, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang mendengar hujah-hujah mereka memutuskan Zambry sebagai menteri besar Perak yang sah, sekaligus membatalkan penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur minggu lalu yang mengesahkan kedudukan asal Nizar, atas hujah bahawa "bahawa hakim mahkamah tinggi Datuk Abdul Aziz Abd Rahim membuat kesilapan dalam keputusannya dan Sultan Perak layak melantik Zambry apabila Mohamad Nizar hilang majoriti dalam DUN."[10]

Tiada ulasan:

Catat Ulasan