Sabtu, 6 November 2010

Serikandi Islam :Ummu Salamah




Disusun Asmawati Mohammad

Beliau juga merupakan Ummu Mukminin yang banyak meriwayatkan hadis Baginda s.a.w iaitu sebanyak 378 hadis dan sempat bersama Rasulullah s.a.w selama tujuh tahun.

Sebelum berkahwin dengan Baginda s.a.w beliau telah pun berkongsi hidup bersama suami tersayang iaitu Abdullah Bin Abu Asad al-Makhzumi. Beliau juga telah dikurniakan dua cahayamata, hasil dari perkongsian hidup mereka berdua iaitu Salamah dan Zainab. Sewaktu beliau dan suami ingin berhijrah ke madinah mereka telah dihalang oleh keluarga. Akibat dari itu Salamah telah di ambil oleh keluarga suami beliau. Abdullah Bin Abu Asad telah berhijrah tanpa isteri dan anak tersayang

".Ketabahannya kian terserlah dalam menghadapi ujian hidup yang merentangi mereka sekeluarga dengan kecekalan beliau yang mana turut sama berhijrah ke Habsyah, pulang semula ke Mekah lalu berhijrah lagi ke Madinah. Beliau juga terkenal dengan seorang wanita mukmin yang pintar dan bijak."

Lantaran perpisahan yang begitu menyayat hati dengan suami dan anaknya itu, telah mengundang seribu keresahan dan kegundahan dihati beliau. Kesedihan dan kepiluan itu berlarutan selama setahun. Akhirnya dengan pertolongan daripada sepupunya yang bersimpati akan apa yang telah menimpa dirinya, sudi menjadi orang tengah untuk mendapatkan semula hak penjagaan Salamah. Setelah berjaya mendapatkan semula anak yang dikasihinya Salamah, Ummu Salamah telah berjaya menjejaki suami tercinta untuk turut sama berhijrah ke Madinah dengan menunggang unta. Di Tan’im beliau bertemu dengan Uthman Bin Talhah ( seorang arab yang ketika itu masih lagi kafir tetapi gagah dan berani. Beliau akhirnya memeluk Islam pada masa perjanjian Hudaibiyyah ). Uthman bersimpati dengan Ummu Salamah beserta anaknya yang terpaksa merentasi padang pasir yang gersang itu dan telah menawarkan diri untuk menemani mereka berdua. Sehinggalah dipertemuka Allah dengan suami beliau sesampainya mereka di Kota Madinah.

Suami beliau Abu Salamah adalah orang pertama berhijrah ke Madinah di kalangan sahabat Rasulullah SAW. Beliau juga termasuk di kalangan sahabat yang aktif menyerta peperangan bersama Rasulullah dan para sahabat yang lain. Beliau telah syahid di medan jihad Uhud, yang mana beliau mengalami luka parah.

Setelah habis iddah, Rasulullah s.a.w telah pun meminang Ummu Salamah menolak pinangan tersebut dengan pelbagai alasan antaranya dia seorang yang sangat cemburu ditakuti tidak dapat menahan cemburu lantaran hidup bermadu. Dia juga mempunyai anak dan banyak tanggungan serta dia mengakui bahawa dia juga telah tua.

Alasan-alasan tersebut di balas dengan baik oleh Rasulullah SAW seraya berkata, “ Wahai Ummu Salamah, jika kerana engkau telah tua maka aku lebih tua daripadamu. Jika kerana engkau bersifat cemburu maka Allah SWT akan menghilangkan sifat tersebut daripada dirimu dan jika engkau banyak tanggungan keluarga maka Allah SWT dan RasulNya akan menanggung.”

WANITA IDEAL

Beliau juga merupakan wanita ideal yang boleh diteladani oleh wanita zaman globalisasi sebagai idola. Yang mana, beliau dihiasi dan terserlah dengan banyak keistimewaan antaranya. Beliau merupakan wanita pertama berhijrah ke Habsyah bersama suami tercinta. Ummu Salamah juga, wanita pertama berhijrah ke Kota Madinah dengan menunggang unta. Beliau juga, tekun mendidik anak-anaknya sedangkan suaminya berperang menegakkan Islam.

Ketabahannya kian terserlah dalam menghadapi ujian hidup yang merentangi mereka sekeluarga dengan kecekalan beliau yang mana turut sama berhijrah ke Habsyah, pulang semula ke Mekah lalu berhijrah lagi ke Madinah. Beliau juga terkenal dengan seorang wanita mukmin yang pintar dan bijak.

KEBIJAKAN UMMU SALAMAH

Kebijakan beliau terbukti di Hudaibiyyah. Sewaktu rombongan Rasulullah s.a.w dalam perjalanan ke Mekah untuk mengerjakan umrah, mereka berhenti di Hudaibiyyah. Utusan Baginda s.a.w yang di hantar ke Mekah telah di tahan oleh tentera-tentera gajah. Ini telah menyebabkan ahli rombongan menyangka mereka dilarang memasuki mekah dan terpaksa pulang ke Madinah. Semasa di Hudaibiyyah ini Rasulullah SAW memerintahkan umat Islam supaya membuat korban binatang dan mencukur kepala tetapi mereka enggan kerana mereka sedang membayangkan bagaimana akan pulang ke Madinah sedangkan mereka belum tawaf, saie dan umrah.

Ummu Salamah telah mencadang kepada Baginda SAW sambil berkata, “ Rasulullah adakah engkau menyukai perkara itu segera diselesaikan? Kalau memang demikian jangan berkata sepatah pun kepada seseorang sebelum engkau menyembelihkan korbanmu. Kemudian engkau panggil tukang gunting mengguntingkan rambutmu.” (Hadis Bukahri, hadis ke 1255 Bab Perjanjian Hudaibiyyah)

Setelah mendengar dan melaksanakan cadangan Ummu Salamah tersebut. Para muslimin telah pun berbuat demikian. Cadangan Ummu Salamah itu, terlalu besar ertinya dalam perjuangan dakwah di mana ia membuktikan bahawa berdakwah secara pratik atau contoh secara langsung mampu mempengaruhi sesuatu keadaan. Berbanding dengan kata-kata yang di keluarkan.

Di petik dari:

Majalah Anis

sumber : http://reocities.com/CollegePark/Locker/1582/tokoh.html