Sabtu, 6 November 2010

Sifat Pemarah

Sifat marah ialah merasa panas hati atas sesuatu sebab yang tertentu seperti tersinggung
perasaan, atau di hina, atau di tipu dan lain-lain sebab.

Sifat pemarah yang dicela oleh syarak ialah marah pada tempat yang bukan menyuru pada
membuat kebaikan dan menegah daripada kemungkaran.

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Marah itu merosakkan iman, seperti jadam merosakkan madu.”

“Tiada marah seseorang itu melainkan ia hampir kepada api neraka jahanam.”

“Bahawa marah itu daripada syaitan, dan syaitan itu dijadikan daripada api, dan sesungguhnya api itu dipadamkan dengan air, oleh itu apabila seseorang daripada kamu marah maka hendaklah ia mengambil wudhuk.”

Marah Yang Di Puji Oleh Syarak:
1.      Marah kerana menyeru berbuat kebajikan.
2.      Marah kerana menegah berlakunya kejahatan.

Marah adalah satu senjata untuk memelihara hak dan keadilan, orang yang tidak mempunyai rasa marah ia mungkin akan di zalimi dan mungkin haknya di cerobohi. Memelihara hak dan keadilan itu adalah perkara kebajikan, maka marah pada tempat dan keadaan yang sedemikian adalah di puji oleh syarak.

Marah kepada kemungkaran atau kejahatan yang berlaku, atau marah kepada orang yang melakukan perkara-perkara tersebut adalah di puji oleh syarak, kerana adalah diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. marah kepada orang yang mengerjakan perkara yang di larang oleh Allah s.w..t.

 “Ahli tasauf menerangkan bahawa marah mempertahankan hak kehormatan itu apabila anggota keluarga kita di cemarkan, di ganggu, di hina dan di rendahkan orang, kita marah dan membalas dengan marah dan mengambil pembalasan. Marah yang sedemikian di beri nama ‘Ghirah Lissharaf’ (cemburu menjaga hak kehormatan).
Orang yang tidak narah dalam keadaan sedemikian, hanya diam saja, orang itu di beri nama Dayus. Kalimat Dayua itu biasa di pakai bagi orang yang tebal teliinga, tidak ada hati.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan