Rabu, 3 November 2010

Gambar dan Klip Video Gerhana Penuh Matahari








Rakaman klip video yang disiarkan di Youtube mengenai kejadian gerhana matahari di Chile:


Gambar terkini dan klip video daripada Reuter mengenai gerhana matahari penuh (full solar eclipse) yang dapat di rakam dengan jelas di pulau Easter, Chile. Secara ringkasnya kejadian gerhana penuh matahari ini berlaku apabila bulan yang berputar diantara bumi dan matahari melindungi secara penuh sinaran matahari yang memancari bumi dan menjadikan suasana cerah dan terang bertukar menjadi gelap seperti waktu malam.

Salah satu kejadian alam ciptaan tuhan yang sungguh menakjubkan. Mengikut NASA, kejadian gerhana matahari yang berlaku di Pulau Easter Chile tu merupakan kejadian yang pertama berlaku di pulau tersebut semenjak 1,400 tahun.

Sebelum adanya kajian saintifik mengenai fenomena alam semulajadi ini, kejadian gerhana matahari merupakan diantara kejadian yang ditakuti di zaman dahulu kala, masyarakat Cina dahulu kala menganggap kejadian gerhana matahari berlaku apabila seekor naga cuba untuk menelan matahari.

Gerhana penuh matahari juga dicatatkan berlaku setiap 177 hari. Sebelum kejadian pada 11 julai 2010 (waktu tempatan) ni, kejadian yang sama berlaku di Bangui yang terletak di benua Afrika pada 15 Januari 2010.

Kejadian gerhana matahari ni juga dijangkakan akan berlaku lagi pada 4 Januari 2011 dan juga pada 1 Julai 2011 nanti.

Dalam persepektif Islam pula, kejadian gerhana matahari dan gerhana bulan merupakan manifestasi keagungan ciptaan Allah S.W.T. Ia bukanlah berlaku kerana kemurkaan Allah swt, tetapi merupakan petanda kepada kebesaran kekuasaan Allah swt. Ia juga berupaya menjadi peringatan kepada manusia tentang azab dan nikmat yang dijanjikan Allah swt pada hambanya kerana fenomena gerhana ini sangat besar ertinya samada dari penghayatan iman dan sains. Ia bukan fenomena baru yang hanya berlaku pada akhir zaman ini tapi telah berlaku sejak alam ini dijadikan lagi.

Dalilnya adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim dari Aisyah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda maksudnya:

Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua macam tanda dari tanda-tanda kekuasaan Allah. Terjadinya gerhana matahari atau bulan itu bukanlah kerana kematian seseorang atau kehidupannya. Maka jikalau kamu melihatnya, berdoalah kepada Allah, bertakbirlah, bersedekahlah serta bersembahyanglah

Solat Gerhana disebut di dalam bahasa arab dengan khusuf bagi bulan dan kusuf bagi matahari. Solat Khusuf/Kusuf adalah sunat Muakkad sama ada bagi orang yang bermukim atau bermusafir, merdeka atau hamba, lelaki atau perempuan dan sama ada ditunaikan secara berjamaah atau bersendirian.

sumber dan artikel rujukan:

1. Space 11 Jul 2010 Southern hemisphere experiences total solar eclipse di http://www.newsahead.com/
2. Solar Eclipse Photos: Easter Island di http://news.nationalgeographic.com/
3. Solar eclipse of July 11, 2010 di http://en.wikipedia.org/wiki/Solar_eclipse_of_July_11,_2010
4. Solat sunat gerhana matahari dan bulan di http://www.lingkudau.net/Siaran/sunat-gerhana.htm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan