Rabu, 3 November 2010

…SEDIH MENGHARUNGI PELANTAR KEMISKINAN,SAYU DIHATI TIDAK SIAPA TAHU..WAKTU SENANG AKAN ADA YANG TAHU….


Hamba allah ini dilahirkan dalam keluarga yang fakir bak perpatah 
“KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG MAKAN PETANG”
Dengan keaadan begitu beliau ini pulak anak tunggal daripada keluarga yang fakir itu tadi..beliau tidak pernah disekolah kan kehidupan harian beliau hanyalah menolong bapa mencari rezeki dengan mengambil upah apa yang orang suruh buat bergajikan seiklas dari orang yang memberi upahan tadi habis sahaja menolong bapa pulanglah beliau kerumah untuk menolong ibunya pula…begitulah hari2 berikutnya dengan hari demi hari,masa demi masa…hinggalah ke usia remajanya..dalam masa itu pula tuhan telah memberi dugaan yang amat berat kepada beliau,bapa beliau ditimpa sakit lumpuh maka dari itu mencari rezeki tidak dapat diteruskan oleh bapanya…hanya beliau sahaja lah seorang diri pergi mencari rezeki(BELIAU HARUNGI DENGAN CUKUP TABAH DAN KESABARAN)
 Tidak lama kemudian bapa beliau telah pun kembali kerahmatullah  dikerana sakit yang dialami nyer,tinggal lah beliau  berdua beranak bersama ibu nya…sehinggalah giliran ibu nya pula kembali ke rahmatullah..tinggal lah beliau seorang diri terkontang kanting…rintangan demi rintangan…waktu meninggalkan masa yang lalu perjalanan masa hadapan belum ”KELIHATAN SINARNYA PELANTAR ONAK DURI” diteruskan jua dengan berbekal kan doa serta kesabaran yang beliau gengam selama ini..sekali lagi beliau terima dugaan tuhan yang maha kuasa iatu disatu malam hujan yang lebat angin ribut petir menyambar-nyambar terjadilah rumah yang berliau berteduh selama ini sejak beliau dilahirkan dipukul angin ribut maka tiada lagilah beliau tempat berteduh…dimana mata  terlelap disitulah tempat perteduhan beliau yang baru kelak..tiada siapa pedulikan keadaan beliau begini baik yang SEDANG-SEDANG AJERRR dan HARTAWAN sekalipun..kerja upahan pun sudah tiada diberi orang…kemana kan beliau cari rezeki lagi?sehingga beliau pernah meminta sedekah daripada orang2 yang hartawan tapi tidak memandang  dengan sebelah mata sekali pun…apa yang beliau boleh buat?hanya berkata didalam hati”HANYA TUHAN SHJ YANG TAHU” dalam masa yang sama beliau masih tidak berputus asa  lagi cuba beliau untuk meminta sedekah pada hartawan yang lain lagi lalu berjumpalah beliau dengan hartawan lain pula lalu beliau memberi salam pada hartawan tadi :”ASSALAMMUALAIKUM TUAN”=hartawan hanya berdiam diri dan memandang kemuka beliau yang kotor dan berbaju yang usang.beliau berkata lagi :”SAYA NAK MINTA SEDEKAH NAK MAKAN SAYA LAPAR=lalu hartawan tadi berkata BOLEH!tapi kamu ada wang untuk bayarnya?”beliau berkata : TIADA KERANA KU TIDAK MEMPUNYAI PEKERJAAN! Hartawan berkata kalau begitu bagaimana saya ingin beri kamu makanan?beliau hanya :“KAKU BERDIAM DIRI DAN TIADA JAWAPAN UNTUK DIBERI KEPADA HARTAWAN TADI”sekilas lalu hartawan tadi berfikir dan berkata =AKU BOLEH BAGI KAMU MAKAN TETAPI SECARA HUTANG DAN DITULIS DIDALAM BUKU,ITUPUN KALAU KAMU SETUJU?dengan pantas beliau menjawab:SAYA SETUJU TUAN! Hartawan berkata lagi =KAMU TIADA PEKERJAAN? BAGAIMANA KAMU NAK BAYAR HUTANG KUNANTI?beliau memberi jawapannya : saya akan usahakan untuk mendapat pekerjaan dan membayar hutang TUAN secepat mungkin,hartawann berkata:BAIK AKU TUNGGU JANJIMU ITU DAN MAKANAN AKAN KUBERI.. TETAPI SEKIRANYA KAMU LEWAT MEMBAYARNYA AKAN DIKENAKAN BAYARAN LEBIH…beliau hanya boleh berkata:BAIK TUAN… DENGAN HATI YANG TENANG BERSYUKUR SESANGAT PADA TUHAN REZEKI YANG DIBERIKAN..di jadikan cerita satu hari datang lah seorang yang kaya raya membeli tanah di kampung beliau lalu dibukanya kedai menjual gas memasak untuk penduduk kampung…toke gas ni tadi menawarkan pekerjaan pada beliau maka bekerjalah beliau dengan toke gas tadi…sehinggalah diberi gaji selepas mendapatnya beliau terus pergi berjumpa dengan HARTAWAN tadi untuk membayar hutang serta cas tambahan yang dikenakan kerana lewat membuat pembayaran……
Dengan pertunjuk dari ALLAH SWT terjadinya disatu malam sedang hartawan memandu motorsikal yang berkuasa tinggi dari mana nak kemana pun tak tahu yang sayu melintas di depan mata hamba allah ini secara tiba2 seekor binatang melintas lalu HARTAWAN terlanggarlah binatang tersebut,hartawan tadi terjatuh lalu motorsikal yang diboncengnya tadi menghempap kedua belah kakinya  oleh kerana motorsikal berkuasa tinggi ini terlalu berat maka tidak berdayalah HARTAWAN untuk mengangkatnya kembali sambil menahan kesakitan kesan dari luka-luka yang ada dianggota tubuh badan HARTAWAN tersebut nak dijeritnya terasa malu la pulak…hamba allah yang fakir tadi melihat kejadian tersebut lalu ia bergegas segera pergi menolongnya dan mengangkat motorsikal yang menghempap hartawan tadi…selesai sahaja beliau pun nk beredar lah dari situ tiba2 HARTAWAN memanggil dan berkata KENAPA KAMU TIDAK MINTA UPAH?beliau berkata : ku tak boleh minta upah kerana TUAN pernah menolong ku tempoh hari…dengan memberi makanan kalau lah TUAN tak memberinya mungkin aku mati kebuluran..

HARTAWAN terfikir mengapa aku menolongnya dengan meminta bayaran? pertolongan yang kuberi untuk dia terus hidup dan menolongku waktu dalam kesusahan kalau tak kerana dia menolong mungkin aku pun dah arwah kerana waktu itu tiada kenderaan atau kelibat orang yang lalu lalang ”HARTAWAN CUKUP KESAL DENGAN PERBUATANNYA!WALAU KAYA DENGAN HARTA SERTA WANG RINGGIT TAPI MISKIN DENGAN TENAGA SERTA BUDI BAHASA..HAMBA ALLAH YANG MISKIN DENGAN WANG RINGGIT TAPI KAYA DENGAN TENAGA DAN BUDI BAHASA”
KESIMPULANNYA:
“SETIAP PERTOLONGAN YANG DIBERI HENDAKLAH IKLAS KERANA MUNGKIN TIADA BALASAN DARI ORANG YANG KITA TOLONG TAPI TUHAN AKAN MEMBALASNYA KEMUDIAN HARI”

SIMPAN DUIT TAK SEMESTINYA JADI KAYA,KELUAR DUIT TAK SEMESTINYA JADI MISKIN..renungkanlah..


Cerita ini hanya sekadar ingin menulis dan dikongsikan bersama tiada berkaitan dengan mana2 pihak…yang masih hidup ataupun yang telah tiada….
                                  
By : zulkifli@www.lekirmai.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan